2
GBS adalah salah satu dari ribuan bakteria yang ada di dalam badan kita. Ia biasanya tidak menyebabkan kemudaratan. Ia dianggarkan bahawa satu dalam 4 wanita hamil membawa GBS dalam sistem usus atau vagina mereka. Ia dipanggil kolonisasi oleh GBS.
Di saat melahirkan bagi ibu yang mempunyai GBS, bayi akan terdedah dengan kuman GBS tetapi kebanyakan dari bayi tidak akan dijangkiti dan dilahirkan sihat tanpa sebarang masalah.
Walaubagaimanapun, segelintir kecil dari bayi yang dijangkiti akan mengalami masalah serius dan perlu mendapatkan rawatan selepas dilahirkan.
Siapakah yang berisiko?
GBS tidak boleh dicegah seratus peratus tetapi doktor akan memberikan lebih perhatian kepada mereka yang berisiko tinggi seperti:
- Ibu yang pernah mengalami anak yang pernah mendapat GBS.
- Pernah mengalami jangkitan urin berkuman GBS
- Pecah ketuban sebelum masa
- Pernah melahirkan anak pra matang
Bagaimana Diagnosa di buat?
Diagnosa selalunya dibuat mengunakan swab kultur vagina pada kandungan 32-36 minggu. Sekiranya berpositif terhadap GBS, antibiotik akan diberikan. Ujian ini selalunya tidak dibuat secara rutin cuma wanita berisiko akan dinasihatkan menjalani ujian ini. Walaubagaimanapun anda boleh berbincang dengan doktor anda sekiranya anda rasa ia perlu dilakukan.
Rawatan untuk ibu
Sekiranya anda disahkan positif secara kultur, doktor selalunya akan memberikan rawatan antibiotik dan semasa saat bersalin ibu mungkin akan diberikan antibiotik profilaxis untuk mengurangkan risiko jangkitan terhadap bayi. Rawatan antibiotik juga disarankan pada mereka yang pecah ketuban melebihi 12 jam kerana dikhuatiri mungkin dijangkiti GBS.
Simtom bayi
Kebanyakan bayi yang dijangkiti, akan mengalami gejala dalam tempoh 12 jam selepas kelahiran. Gejala-gejala( simtom) termasuk:
- Kerap tidur dan tidak responsif
- Kurang menyusu
- Nafas berbunyi
- Suhu badan tinggi atau rendah
- Kadar jantung yang cepat atau lambat
- Pernafasan menjadi laju atau lambat
- Kerap merengek
Apakah komplikasi ia boleh menyebabkan?
Kebanyakan bayi yang dijangkiti yang di kesan pada peringkat selalunya pulih seratus peratus selepas rawatan. Sebilangan kecil, menjadi lebih serius sekiranya kuman merebak ke paru paru atau otak yang boleh membawa kepada masalah yang lebih berat seperti cerebral palsi, buta atau pekak.
GBS juga boleh memberikan komplikasi ada ibu seperti jangkitan rahim atau salur kencing. Dalam keadaan yang lebih serius ibu mungkin boleh mendapat septisemia yang boleh membawa maut sekiranya tidak mendapat rawatan yang sepatutnya.
Mencegah Jangkitan awal GBS
Jika anda pembawa GBS atau anak anda pada kandungan yang lepas pernah dijangkiti GBS, doktor selalunya akan memantau kesihatan bayi anda dengan teliti sekurang-kurangnya 12 jam selepas kelahiran. Doktor bayi juga mungkin akan memulakan rawatan antibiotik pada bayi sehingga ujian darah mengesahkan tidak ada jangkitan GBS dalam darah bayi anda.
Jangkitan GBS Lewat
Kuman GBS yang dijangkiti bayi lebih dari tujuh hari selepas kelahiran selalunya tidak berkait dengan kehamilan. Bayi itu mungkin menjadi dijangkiti selepas kelahiran daripada orang lain dan bukan dari faraj ibunya. Jangkitan GBS selepas usia tiga bulan adalah amat jarang berlaku.
Penyusuan susu ibu tidak meningkatkan risiko jangkitan GBS sebaliknya ia akan melindungi bayi anda daripada jangkitan lain.
salam…dr saya nk tanya ..sya pregnent 11 week..dan dr telah sahkan ank sya dlm kandungan telah meninggal …sample urin c&s telah di ambil ..results group b streptococus..sblm pregnant sya ada mkn ubat diabetic. empafloprasine 25mg..ada kah itu kesan dari ubatan.
salam, ubat itu tiada kaitan dengan keguguran.
assalammualaikum dr , saya pembawa GBS , jika saya merancang untuk hamil , boleh ke saya cegah awal GBS ini ? bleh ke dibuang GBS ini ?
jumpa doctor dan buat test sekali lagi, kalau dah hilang anda tidak lagi ade gbs
Assalamulaikum doktor, normal ke tidak mengandung tetapi dijangkiti GBS?
Normal. Jgn risau. Dah makan ubat kan?
Dh complete antibiotik doc.. mcm mne sy nak tau ada GBS lg atau x?
Assalamulaikum doc.. sy nk tanya.. ada kuman GBS ni boleh mnyebabkan hub intim sakit ke?
Boleh sebb ia boleh menyebbkan radang pada vagina, dpt rawatan antibiotic
Selalunya tidak. Mungkin jangkitan kuman lain seperti yis. Elok jumpa doktor untuk pemeriksaan faraj
Assalammulaikum nak tanya klau xmengandung boleh ke nak cek kita kena gbs?? Klau kena punca gbs xmengandung
Puca tak mengandung ade 3 sbb. Salur peranakan tersumbat, sperma tak normal dan tidak bertelur. Gbs cuma jangkitan kuman dalam vagina dan tidak berkait dgn xmengandung
sya dah jawap soalan ni
Assalamualaikum,Dr
saya positif GBS ktika kandungan 18 minggu dan sekarang kandungan saya 21 minggu, GBS mnyebabkan kantung air ketuban saya pecah , jadi kuantiti air ketuban saya kurang, soalan saya, ada tak langkah pencegahan atau nasihat daripada dr berkaitan masalah yang saya hadapi? Terima kasih Dr
tiada langkah pencegahan kerana ia jadi secara sendiri.
Hii Dr,nak tanya..sy mengandung 12 minggu dan dr telah sahkan anak sy meninggal dlm kandungan,ujian c&s mengesahkan sy + kuman GBS..Dan telah pun sy mengalami keguguran…dh pun masuk 3 bulan..boleh ke sy cuba untuk mengandung lagi??? Kuman itu berterusan lagi ke dlm badan sy??
Tidak lagi tapi boleh berulang, nanti bila mengandung lagi, buat ujian swab vagina
Assalamualaikum doktor..adakah gbs ni akan hilang selaps bersalin atau ianya xkan hilang??…
Boleh hilang tapi ia boleh juga menjelma balik