Beberapa sista ovari boleh dikaitkan dengan ketidaksuburan. Walau bagaimanapun, ia bergantung kepada jenis sista ovari yang anda hadapi.
Sista ovari yang boleh menjejaskan kesuburan anda termasuk:
1. Endometriomas. Endometriomas adalah sista yang disebabkan oleh endometriosis, suatu keadaan di mana tisu yang biasanya melapisi rahim anda (endometrium) tumbuh di luar rahim. Sista ini diantara paling kerap dikaitkan dengan masalah kesuburan.
Baca lagi : Endometriosis Dan Sukar Hamil
2. Polisistik ovari ( PCO). Iaitu sista ovari yang disebabkan oleh sindrom ovari polikistik atau PCOS. PCOS adalah keadaan dimana terdapat banyak sista kecil pada ovari anda disertai dengan haid tidak teratur dan ketidaknormalan pada tahap hormon. PCOS dikaitkan dengan masalah tiada ovulasi yang menyumbang kepada masalah ketidaksuburan pada wanita.
Baca lagi : PCOS dan Kesuburan
Video : Sista Ovari
Jenis-jenis sista ovari tidak menjejaskan kesuburan:
1. Sista Functional. Sista folikular atau korpus luteum adalah jenis sista ovari yang paling kerap terjadi. Ia membentuk semasa kitaran haid yang normal dan tidak menyebabkan atau menyumbang kepada ketidaksuburan. Malahan, sista ini sebenarnya menunjukkan bahawa anda sebenarnya subur dan mengalami ovulasi.
2. Cystadenomas. Cystadenomas adalah sista yang tumbuh pada permukaan ovari. Walaupun sista mungkin memerlukan pembedahan untuk membuangnya, namun ia tidak menjejaskan kesuburan anda.
3. Sista dermoid. Sista ini mengandungi tisu seperti lemak, rambut atau gigi tetapi ia tidak dikaitkan dengan ketidaksuburan. Walaubagaimanapun, jika ia terlalu besar, ia boleh menyebabkan komplikasi seperti terpintal, pecah dan berdarah.
Baca lagi : Dermoid Cyst
Jika anda telah didiagnosiskan dengan sista ovari dan bimbang samada ia boleh menjejaskan kesuburan anda untuk hamil, berbincang dengan doktor anda. Doktor pakar akan membincangkan pilihan rawatan yang boleh meningkatkan peluang kehamilan anda.