Apakah Sista Ovari Atau Ovarian Cyst?

sista-ovari-besar.jpg

Sista ovari kantung yang berisi cecair yang biasanya bukan kanser. Tidak ramai yang menyedari kehadiran sista ovari kerana pesakit jarang mengalami sebarang gejala.

Kehadiran sista ovari mungkin berkait dengan kitaran haid dan ia boleh hilang sendiri beberapa bulan kemudiannya.

Walau bagaimanapun, sista ovari yang besar boleh menyebabkan rasa sakit dan senak terutama pada bahagian bawah abdomen.

Walaupun kebanyakan sista ovari adalah benign (bukan kanser), tetapi setiap kehadiran sista ovari perlu diambil serius dan perlu dipantau.

Sista ovari yang berisi air selalunya akan hilang dengan sendiri tetapi sekiranya ia mengandungi cecair likat atau mempunyai daging ia mungkin menunjukkan wanita  mengidap sista yang lebih serius seperti endometriosis atau ia mungkin kanser.

Apakah rawatan untuk sista ovari?

Sista ovari kecil yang mengandungi cecair di dalamnya selalunya tidak memerlukan sebarang rawatan dan akan hilang dengan sendiri.

Jika sista bersaiz besar dan menyebabkan kesakitan, pembedahan mungkin perlu kerana ia boleh terpintal atau berdarah.

Pembedahan yang kerap dilakukan ialah pembedahan membuang sista tanpa membuang ovari.

Bagi mereka yang sudah menopos, pembedahan disarankan kerana risiko kanser yang lebih tinggi.

Berbincang dengan doktor anda mengenai apa yang akan dilakukan semasa pembedahan. Anda mungkin akan disarankan untuk menjalani pembedahan histerektomi sekiranya anda disyaki mengalami kanser ovari.

Pilihan rawatan termasuk:

  • Tunggu dan lihat
  • Terapi hormon untuk mengurangkan saiz sista.
  • Cystectomy untuk membuang sista tersebut.
  • Oophorectomy untuk membuang ovari yang terjejas.
  • Histerektomi. Ini biasanya tidak perlu melainkan jika sista tersebut adalah kanser.

4 thoughts on “Apakah Sista Ovari Atau Ovarian Cyst?”

  1. Salam dr. Sy nak tanya. Bulan lps sewaktu haid, ade sesuatu keluar dari rahim sy. Bentuk dan rupa mcm cyst. Bila sy pecahkan,dalamnya ade gumpalan darah yg sudah terbentuk mcm seketul daging. Boleh ke cyst itu keluar dgn sendirinya? Dan ada apa2 effect tak selepas benda itu keluar?

  2. Assalamu’alaikum Dr. Dulu sy hamil anak pertama (Kini berumur 11 thn) slps 7 thn berkahwin stlh menjalani laparoscopy utk membuang ovarian cyst. Sblm tu sy bnyk kali mengalami keguguran. Haid sy X teratur & mengalami period yg X teratur. Lps 3 thn sy hamil anak ke-2 yg kini berumur 9 thn. Masalahnya, beberapa bln kebelakangan ni darah period sy jadi makin bnyk, berketul² & adakalanya sy mengalami senggugut teruk. Ada pula masanya 2-3 bln yg sy X mengalami senggugut langsung. Yg lbh membimbangkan sy, ada kalanya sy mengalami pendarahan selepas bersama suami. Tapi biasanya selepas pendarahan tu sy akan bleeding spt period biasa & ada senggugut. Adakah gejala ini petanda penyakit berbahaya?

    1. Ia, memang agak serious kalau berdarah dgn banyak dan pendarahn selepas seks kerap dikaitkan dengan ketumbuhan dalam rahim atau pangkal rahim. Elok jumpa doktor dgn segera

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: