7 Fakta Ringkas Tentang Endometriosis

Endometriosis adalah penyakit kronik yang boleh menjejaskan organ pembiakan wanita. Ia berlaku apabila sel-sel dalam lapisan rahim yang dipanggil endometrium tumbuh di luar rahim. Ia kerap dijumpai di dalam dan di sekitar organ-organ pelvis termasuk ovari dan salur fallopian

Berikut adalah 7 fakta menarik tentang Endometriosis yang mungkin anda tidak tahu

1. Ia terjadi pada 10% wanita

Kajian menunjukkan satu dalam 10 orang wanita mengalami endometriosis dan selalunya dikesan pada usia 20-40 tahun.

2. Simtom utama Endometriosis adalah Senggugut

Gejala lain termasuk sakit semasa seks dan haid yang banyak. Kesakitan mungkin terlalu teruk sehingga menganggu kehidupan seorang wanita.

3. Ia berkait rapat dengan infertiliti

Ia boleh merosakkan organ peranakan anda terutama tiub fallopian dan menyebabkan ketidaksuburan.30-50% wanita dengan Endometriosis gagal hamil.

4. Ia mempunyai unsur genetik

Jika ada ahli keluarga anda mengalami endometriosis, ada juga berkemungkinan anda mengalami penyakit yang sama.

5. Gejala tidak bergantung kepada saiz

Sakit tidak bergantung kepada saiz endometriosis. Endometriosis peringkat awal boleh memberikan kesakitan luar biasa manakala ada pesakit yang mengalami endometriosis peringkat teruk tidak mengalami sebarang gejala.

6. Pertumbuhan Endometriosis dirangsang oleh hormon.

Endometriosis tumbuh dengan rangsangan hormon estrogen. Endometriosis mengecut selepas menopos kerana estrogen yang berkurangan.

7. Endometriosis boleh tumbuh pada organ selain dari pelvis

Endometriosis boleh juga tumbuh pada paru paru dan juga usus. Ia juga boleh tumbuh dalam otak tetapi ia sangat jarang terjadi.

Baca lagi: #Endometriosis

Video : Pembedahan laparoscopic cystectomy

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: