Jika anda merancang untuk hamil, anda semestinya ingin mengetahui dengan cepat adakah anda hamil atau tidak.
Ujian kehamilan memang tepat untuk mengesahkan kehamilan anda tetapi jika ia terlalu awal adakah ia tepat dan boleh dipercayai keputusannya.
Ujian kehamilan awal berasaskan air kencing berfungsi dengan mengukur jumlah hormon chorionic (hCG) dalam air kencing. Biasanya anda harus menunggu satu minggu selepas ‘missed period’ untuk keputusan optimal kerana jumlah hCG yang banyak akan memberikan keputusan tepat, tetapi apakata kalau anda tidak mahu menunggu.
Sekiranya ujian dibuat terlalu awal, ada kemungkinan anda akan mendapat ujian yang negatif dan ini boleh menyebabkan anda menjadi kecewa.
Ini tidak bermakna anda tidak hamil, cuma ia tidak positif disebabkan air kencing anda tidak mengandungi cukup hCG untuk menunjukkan anda sebenarnya hamil.
Baca lagi : Berapa lama saya perlu tunggu untuk membuat ujian kehamilan ulangan
Baca lagi: Tahap HCG dan kaitan dengan keguguran
Baca Lagi : Ujian kehamilan menunjukan tanda samar ( kabur), adakah saya Hamil?
Tip- tip Ujian Kehamilan
Keinginan untuk mengetahui sama ada anda betul betul hamil memang kuat. Tetapi perlu diingatkan setiap ujian tidak seratus peratus sempurna. Jenama ujian kehamilan tidak semua mempunyai tahap yang boleh dipercayai. Satu kajian pada tahun 2014 yang dijalankan di Jerman menunjukkan bahawa, dari 15 jenama komersial , 50 peratus daripadanya tidak tepat terutama jika ujian dibuat pada awal kehamilan.
Jadi,
- Cuba lengahkan untuk ujian sehinggalah anda lewat haid selepas beberapa hari
- Pastikan anda menyemak tarikh tamat tempoh dan ikut arahan produk dengan tepat
- Tunggu selama 10 minit sebelum menyemak hasil ujian.
- Sekiranya ujian positif, buat temu janji dengan doktor anda untuk memastikan kehamilan anda sempurna.
- Sekiranya keputusannya negatif dan anda masih percaya anda hamil, tunggu 48 jam untuk ujian semula kerana tahap hCG biasanya akan berganda pada masa itu.
- Walaupun garisnya kabur, dalam kebanyakan kes ia bermakna anda hamil. Ulang lagi ujian 1-2 hari kemudian.