Pernahkah anda tertanya-tanya apa tentang kumpulan darah Rhesus dan kepentingannya semasa hamil?
Manusia mempunyai terdapat beberapa kumpulan darah iaitu(A, B, O, AB), faktor Rh atau Rhesus akan ditulis sama ada positif atau negatif. Kebanyakan orang adalah Rhesus positif dan cuma 15% dari manusia berdarah Rhesus negatif.
Rhesus selalunya tidak memberikan masalah kepada kesihatan tetapi sekiranya wanita yang berdarah Rhesus negatif hamil, ia boleh memberikan komplikasi yang serius terhadap bayi yang dikandung.
Bagaimana Rhesus Boleh Mempengaruhi Kehamilan
Kehamilan wanita berdarah Rh Negatif menjadi berisiko sekiranya pasangannya mempunyai faktor Rh positif. Gabungan ini boleh menghasilkan bayi yang positif Rh.
Walaupun sistem darah ibu dan bayi terpisah dan tidak bercampur, masih terdapat risiko dimana darah bayi berjaya menyeberangi placenta dan masuk kedalam sistem darah ibu.
Ini boleh menyebabkan ibu mencipta antibodi terhadap faktor Rh dan antibodi ini akan menyerang darah bayi Rhesus positif, dimana sel darah bayi akan pecah dan anemia yang teruk akan terjadi.
Ini boleh menyebabkan kerosakan otak dan juga kematian bayi dalam kandungan.
Pembentukan antibodi juga boleh berlaku semasa transfusi darah, semasa keguguran,, kehamilan ektopik dan semasa prosedur invasif seperti amniosentesis. Jadi, sekiranya anda tahu yang anda mempunyai Rh negatif, beritahu doktor anda untuk mengelakan risiko yang bakal terjadi jika anda hamil.
Bagaimana Masalah ini Dihalang
Sekiranya anda hamil dan mempunyai factor rhesus negatif, suntikan immunoglobulin akan diberikan untuk menghalang sebarang peredaran darah dari anak ke ibu semasa. Suntikan akan diberikan pada usia kandungan 28 minggu, 32 minggu dan juga selepas kelahiran iaitu dalam masa 72 jam anda melahirkan.
Immunoglobulin juga diberikan selepas prosedur invasif amniosentesis atau selepas kerana terdapat kemungkinan kecil pencemaran darah semasa prosedur ini. Ini untuk mengelakan wanita dari menjadi sensitif.