Ujian air kencing saya menunjukkan tanda samar. Adakah saya hamil?

samar.jpg

Untuk mendapat keputusan ujian yang positif, tubuh kita harus mempunyai hormon HCG ( hormon kehamilan)  yang cukup untuk untuk membuatkan ujian UPT menjadi positif.

Walaubagimanapun, tidak semua alat UPT dipasaran boleh mengesan kehamilan pada jumlah hormon HCG yang sama.

Ada yang lebih sensitif dengan kandungan hormon yang sedikit, jadi ia lebih tepat. Sekiranya keputusan hanya menunjukkan jalur yang samar, kemungkinan ia bukanlah satu kit ujian yang sensitif.

Sebab lain pula ialah, usia kandungan yang terlalu muda, jadi horman HCG dirembeskan masih terlalu sedikit untuk memberikan keputusan ujian yang jelas.

Anda perlu menunggu 2-3 hari untuk mengulangi ujian tersebut dan sekiranya anda betul-betul hamil, ia akan menjadi positif seratus peratus dan tidak lagi samar.

Kehamilan yang bermasalah juga boleh menyebabkan kesan samar pada ujian air kencing. Sekiranya anda mempunyai keputusan positif tetapi beberapa hari kemudian ia menjadi negatif, anda mungkin mengalami keguguran pada peringkat yang sangat awal.

Penyelidikan telah menunjukkan, 60% dari kehamilan berakhir dengan keguguran dan kebanyakkan dari wanita tidak menyedari tentang keguguran ini kerana ia terjadi terlalu awal dan berlaku lebih kurang sama tarikhnya dengan haid anda yang seterusnya.

Sekiranya anda risau dan ingin mengetahui dengan pasti samada anda hamil atau tidak, ujian darah untuk mengesan Beta HCG akan dapat menunjukkan keputusan yang tepat dan hampir 100% boleh mengesahkan samada anda betul betul hamil atau tidak.

Jumpa doktor anda hari ini.

 

Gambar menunjukkan tahap beta HCG yang dirembeskan selepas ovulasi. Kehamilan anda boleh dikesan seawal 10 hari dari tarikh ovulasi dengan menggunakan ujian darah.

HCG

 

* UPT – Urine Pregnancy Test

** HCG– Human Chorionic Gonadotrophin

2 thoughts on “Ujian air kencing saya menunjukkan tanda samar. Adakah saya hamil?”

  1. Assalamualaikum / Salam Sejahtera Dr Ju.
    Nama saya Nur Amira dan sy telah mndirikan rumah tangga hampir 7bln dan kitaran haid sy normal. Pada bulan ni, sy dijangka haid 12/7/2017. Namun, 4hari sbelum dijangka haid, brlaku pendarahan semasa mlakukan hubungan. Sy ingatkan haid awal tapi slepas tu dh xda. Tiba hari yg spatutnya haid, xda haid juga. Sy ingatkan hamil, jd sy lakukan UPT tp keputusan negatif. Tiba2 17/7/2017, sy dtg haid. Pndarahan blaku 3hari dan 2hari lg coklat2. Perlukah sy lakukan UPT lg atau ini petanda sy ade kanser?

    1. kalau baru kawin 7 bulan ia bukan kanser tapi pendarahan mungkin sbb hormon tak stabil bulan ni. elok jumpa doktor kerana mungkin juga ia disebbkan oleh jangkitan kuman

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: