Lendir berdarah (show) dan kaitan dengan bermulanya saat bersalin

keguguran

Sepanjang tempoh kehamilan, plug mukus pada serviks berfungsi sebagai penutup servik untuk mencegah bakteria daripada memasuki rahim. Bila kontraksi anda menjadi semakin kerap, ia akan menolak rahim plug mukus ini keluar dari serviks dan berlakulah pendarahan berlendir dari faraj anda atau yang lebih kerap dipanggil sebagai show.

Bilakah saat bersalin saya akan bermula selepas ‘show’ terjadi?

Show menunjukkan serviks anda sudah terbuka dan badan anda sudah bersedia untuk melahirkan. Saat kelahiran boleh bermula pada bila-bila masa atau dalam masa satu minggu selepas show terjadi.

Bagaimanakah rupa ‘show’?

Ia selalunya kelihatan seperti keputihan yang tercalit darah berwarna merah jambu atau sedikit kelabu dan melekit pada jari anda. Ramai wanita tidak sedar dengan kehadiran ‘show’ kerana masalah keputihan yang kerap terjadi semasa hamil.

lendir-berdarah

Perlukah saya ke hospital segera sekiranya saya mengalami ‘show?

Show cuma memberikan tanda yang anda akan bersalin dalam masa yang terdekat tetapi ia tidak semestinya menandakan saat bersalin sudah bermula.

Tetapi sekiranya ia disertai dengan kontraksi yang semakin kerap dan menyakitkan, bersedialah untuk berangkat ke hospital. Begitu juga sekiranya ia disertai dengan pecah ketuban.

Walau bagaimanpun, sekiranya show anda tiba-tiba menjadi darah merah pekat dan dan jumlahnya melebihi dua sudu eloklah anda berjumpa dengan doktor anda segera kerana ia mungkin tanda Placenta Previa

Baca lagi : 10 tanda saat bersalin hampir tiba

Baca Lagi : Placenta Previa

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: