10 Tanda Saat Bersalin Hampir tiba

saat-bersalin

Ramai wanita hamil, terutamanya mereka yang mengandung kali pertama tertanya-tanya bilakah tanda-tanda bersalin akan bermula.

Tempoh matang kehamilan adalah di antara 38 hingga 42 minggu tetapi hanya 5% bayi yang dilahirkan pada tarikh jangkaan lahir yang diberikan oleh doktor mereka iaitu pada usia kandungan 40 minggu.

Bila berada di lewat kehamilan, perasaan resah semakin menjadi-jadi kerana anda akan bersalin pada bila-bila masa sahaja. Anda juga bimbang tidak dapat meneka apakah itu tanda kelahiran dan tertanya-tanya bilakah saat bersalin akan bermula.

Berikut 10 tanda yang mungkin menunjukkan anda bakal melahirkan dalam masa terdekat.

1. Anda Rasa Bayi Anda “turun”

Kira-kira satu hingga empat minggu sebelum bermula saat bersalin, anda mungkin merasakan bayi anda “jatuh” atau turun ke dalam pelvis anda. Bagi wanita yang hamil kali pertama, rasa sebegini datang pada 2 hingga 4 minggu lebih awal. Ia juga dipanggil dengan nama ‘engaged”. Tekanan kepala bayi pada pundi kencing semasa bayi ‘engaged” menyebabkan anda kerap ke tandas untuk kencing.

2. Anda Kerap Sakit Belakang

Kepala bayi yang ‘engaged’ juga menekan pelvis anda menyebabkan sakit belakang yang lebih ketara di akhir kehamilan, gejala bertambah disebabkan oleh kontraksi Braxton Hick yang semakin kerap.

3. Ada Perasaan ‘ Nesting”

Anda mungkin rasa ingin mengemas barang-barang keperluan bersalin dan bayi secara tiba tiba. Ini merupakan satu perasaan nesting iaitu satu tanda anda mungkin akan bersalin tidak lama lagi.

4. Sendi Terasa longgar

Pada lewat kehamilan, badan anda akan merembeskan hormon semulajadi yang dinamakan relaxin yang akan melembutkan urat dan ligamen anda sebagai persediaan menghadapi saat kelahiran. Hormon ini akan menyebabkan sendi pelvis anda longgar untuk memberikan lebih ruang kepada bayi anda keluar melalui faraj anda. Akibatnya, anda mungkin merasa sendi anggota badan anda yang lain menjadi longgar.

5. Anda Kerap Mengalami Cirit

Rembesan hormon relaxin yang tinggi juga memberikan kesan sampingan lain seperti merangsang peristalsis pada usus menyebabkan anda kerap ingin membuang air besar. Amalkan meminum air yang cukup untuk mengelak dari dehidrasi.

6. Berat Badan Menurun

Jangan risau sekiranya timbangan berat anda tidak naik dilewat kehamilan kerana ia juga merupakan tanda-tanda anda bakal melahirkan dalam masa terdekat.

7. Pangkal Rahim (Serviks) Terbuka

Disebabkan kekerapan kontraksi Braxton Hicks, doktor anda mungkin ingin membuat pemeriksaan faraj semasa lawatan klinik. Sekiranya serviks anda masih tebal dan tertutup, jangkaan bersalin mungkin lambat lagi tetapi serviks yang menipis dan terbuka mungkin memberi tanda akan melahirkan dalam masa sehari dua.

8. Keluar Mukus Pekat

Mukus yang berada pada serviks bertindak menutup lubang serviks dan mencegah dari jangkitan kuman dari menular kepada bayi. Bila berlaku kontraksi yang kerap, mukus tersebut di tolak keluar dan anda akan dapati terdapat keputihan pekat dan tebal keluar dari faraj. Sekiranya ia bercampur dengan sedikit darah, anda mungkin akan melahirkan sedikit masa lagi.

9. Perut Tegang Dengan Kerap

Kontraksi yang semakin kuat merupakan tanda pasti bersalin, tetapi sebelum ia bermula anda sudah pun dapat merasai kontraksi Braxton Hick yang lebih kerap. Sekiranya kontraksi menjadi 5 minit sekali dan semakin ketara, anda mungkin sudah pada tahap awal bersalin.

10. Air Ketuban Tiba-tiba Pecah

Apabila anda perasan terdapat semburan air keluar dari faraj atau tiba-tiba kain atau seluar anda basah, kemungkinan besar anda sudah pecah ketuban. Jika anda kurang pasti dan keliru yang itu mungkin pancutan air kencing, pergi ke tandas, kencing sehabisnya, lap faraj, berdiri dan batuk. Sekiranya air keluar dari faraj, anda sudah pecah ketuban.

bayi02

Bila Pergi ke Hospital

Tanda- tanda di atas cuma sebagai panduan yang anda mungkin akan bersalin dalam masa terdekat tetapi bukan tanda bersalin sebenar.

Tanda bersalin yang lebih jelas adalah kontraksi yang semakin kuat dan semakin kerap dan ia mungkin disertai dengan kehadiran lendir bercampur darah (show).

Pecah ketuban sebelum sakit bermula cuma dialami oleh segelintir wanita iaitu lebih kurang 15% sahaja, jadi anda tidak perlu menunggu untuk air ketuban pecah sebelum pergi ke hospital apabila sakit semakin ketara.

Sekiranya anda mengalami kontraksi, ambil jam anda dan kira berapa jarak di antara kontraksi tersebut. Sekiranya terdapat satu kontraksi setiap lima minit dan ia berterusan melebihi 2 jam, kemungkinan besar saat bersalin anda sudah bermula.

Sekiranya anda masih keliru, elok datang ke hospital kerana bidan sentiasa bersedia untuk memeriksa anda 24 jam sehari untuk mempastikan samada anda sudah sampai masa untuk bersalin atau tidak.

One thought on “10 Tanda Saat Bersalin Hampir tiba

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

w

Connecting to %s