Uri adalah organ yang terdapat didalam rahim wanita hamil, bertanggungjawab membawa oksigen dan nutrisi dari ibu kepada bayinya. Kedudukan uri yang normal ialah apabila ia berada di tengah atau di bahagian atas rahim. Ini bermakna ia jauh dari kawasan dimana bayi sepatutnya keluar dari rahim. Uri di kedudukan bawah pula berada di kawasan bawah rahim, menutup ruang laluan bayi semasa kelahiran. Ini seterusnya akan memberikan komplikasi semasa proses bersalin.
Ia bukanlah sesuatu yang jarang ditemui diawal kehamilan kerana 20% daripada uri berada dibawah apa awalnya, tetapi apabila kandungan berusia 28 minggu kebanyakkan dari uri sudah tertarik keatas oleh rahim yang semakin membesar dan cuma 5% sahaja yang masih berada pada bahagian bawah rahim. Pada masa ini keadaan ini dipanggil Placenta Previa.
Komplikasi dan rawatan
Sekiranya uri anda masih dibawah selepas kandungan 28 minggu, tidak banyak yang anda boleh buat untuk mengalakkannya naik ke atas. Rawatan pula bergantung kepada tahap placenta previa (PP) tersebut, samada ia menutup keseluruhan laluan bayi atau separuh sahaja. Tahap keterukan dibahagikan kepada 4 jenis. Jenis 1-4. Jenis 1 adalah yang paling ringan, iaitu uri berada di kedudukan bawah tanpa menutup pintu rahim manakala jenis ke 4 pula bermaksud uri menutup keseluruhan pintu rahim.
Sekiranya wanita mengalami PP jenis ke 4, terdapat risiko tinggi untuk kelahiran pra-matang dan pendarahan. Kadang-kadang pendarahan boleh menjadi terlalu banyak sehingga membahayakan nyawa. Doktor selalunya memantau simtom pesakit dengan memasukkan pesakit ke wad pada usia kandungan 32 minggu sekiranya terdapat risiko pendarahan yang tinggi. Sekiranya anda mengalami pendarahan tidak normal dari faraj, cepat-cepatlah berjumpa dengan doktor untuk memastikan yang anda tidak mengalami PP.
selamat malam doktor. Semasa kandungan saya tempoh 25 minggu doktor telah mendapati bahawa uri saya berada d bahagian bawah rahim dan dikenali sebagai Placenta Previa Covering Os. Walau bagaimanapun kes saya tidak dirujuk ke pakar untuk pemantauan lanjutan. Kemudian hari ini saya demam, dan pergi ke klinik berdekatan untuk mendapatkan rawatan. Doktor itu memberitahu saya bahawa placenta previa covering os terlalu awal untuk disahkan semasa kandungan 25 minggu. Saya keliru kerana ia melibatkan nyawa saya dan bayi dalam kandungan. Saya ada mengalami sakit seperti senggugut d bahagian tersebut. Sekarang kandungan saya berusia 28minggu. Mohon pendapat dan nasihat doktor.
buat US melalui vagina. ia dgn jelas dapat mengetahui samda puan ada uri bawah atau tidak