Rahim dan lapisan endometrium yang normal amat perlu dalam usaha untuk hamil dan mengekalkan kehamilan. Haid terjadi dari lapisan endometrium rahim yang luruh dan ia akan digantikan dengan lapisan baru.
Kitaran ini perlu untuk memastikan endometrium dalam keadaan optimal untuk implantasi janin yang telah bersenyawa. Jika terdapat masalah pada endometrium implantasi sukar terjadi.
Ini boleh menyumbang kepada masalah infertiliti seperti kesukaran hamil atau keguguran berulang.
Punca Utama Kerap Terjadi Kesukaran Hamil
1. Polip rahim – Ketumbuhan dalam rahim ini kerap terjadi dan di antara punca utama mengapa wanita gagal hamil kerana kesukaran janin untuk melekat pada rahim.
2. Fibroid rahim – Fibroid yang tumbuh di dalam ruang rahim menyukarkan implantasi dari terjadi dan juga menggalakkan keguguran berulang.
3. Parut dalam rahim – Tisu parut dalam ruang rahim yang juga dikenali sebagai Sindrom Asherman meningkatkan risiko keguguran di samping menghalang implantasi.
4. Kecacatan rahim – kecacatan sejak lahir seperti rahim bicornuate, rahim berbentuk T dan rahim berseptum menyebabkan persekitaran rahim menjadi tidak normal untuk janin membiak dan menggalakkan keguguran.
5. Fasa Luteal tidak normal – di mana lapisan endometrium terlalu nipis untuk menerima kehadiran telur yang disenyawakan menyebabkan implantasi sukar terjadi.
Bagaimana Diagnosa Terhadap Masalah Ini Dibuat
Ketepatan Diagnosa selalunya dibuat dengan menggunakan Ultrasound melalui faraj terutama menggunakan teknik 3D.
Hysteroscopy adalah prosedur pembedahan di mana alat teleskop berkamera kecil yang dimasukkan melalui vagina dan serviks ke dalam rongga rahim (endometrium).