Tanda-Tanda IUD Anda Mungkin Sudah Beralih

iud.jpg

IUD adalah satu kaedah perancang kehamilan yang popular. Ia diperbuat dari plastik dan mempunyai dua tali yang melekat pada hujungnya. IUD sangat efektif untuk menghalang kehamilan tetapi ia bukan kaedah yang mempunyai 100% keberkesanan kerana kadar kehamilan masih boleh terjadi 1 dalam 100 orang.

Jika anda bimbang yang anda mungkin hamil, anda perlu mengesan kedudukan IUD tersebut dari masa ke semasa.

Terdapat beberapa tanda yang menunjukkan IUD anda mungkin sudah berpindah dari tempat yang sepatutnya, jadi adalah penting untuk anda memerhati tanda-tanda seperti berikut;

Baca Lagi : Alat Perancang IUD
Baca Lagi : Mengapa Penting untuk memeriksa tali IUD anda

Tali terasa lebih panjang

Tali yang terpasang pada IUD anda untuk memudahkan doktor menarik keluar IUD apabila anda tidak lagi memerlukannya. Ia boleh dipotong secukupnya untuk anda merasai dengan menggunakan jari anda ke dalam faraj.

Apabila ia terasa lebih panjang mungkin IUD anda sudah beralih ke bawah. Jika anda langsung tidak merasa kehadiran tali tersebut, mungkin ia sudah terkeluar dari rahim tanpa anda sedari

IUD dalam Serviks

IUD sepatutnya berada di dalam rahim anda tetapi sekiranya anda merasa ada benda keras dalam faraj anda, ia mungkin IUD tergelunsur keluar dan sekarang berada dalam faraj anda.

Pendarahan Faraj luar biasa

Jika pendarahan haid menjadi lebih banyak dari biasa dan sama sekali tidak dijangka, anda perlu mengesyaki yang ia mungkin sudah berpindah dari tempat asal.

Keluar keputihan yang banyak

Keputihan memang salah satu kesan sampingan akibat pemakaian IUD. Walau bagaimanapun, jika ia menjadi banyak secara tiba-tiba maka sudah tiba masanya untuk anda berjumpa doktor anda untuk memastikan IUD anda masih di dalam rahim.

Seks menjadi sakit

Anda harus mensyaki sesuatu yang tidak kena jika hubungan seks tiba-tiba menjadi sakit. Ini mungkin satu petunjuk IUD anda telah berpindah ke pangkal rahim.

Senggugut

Salah satu kesan sampingan IUD adalah senggugut yang ringan dan tidak terlalu menyakitkan tetapi jika senggugut anda semakin teruk eloklah buat temu-janji segera dengan doktor anda untuk pastikan kedudukan IUD masih berada di tempat yang sepatutnya.

 

22 thoughts on “Tanda-Tanda IUD Anda Mungkin Sudah Beralih”

  1. Nak tanya kalau benang iucd dah terkeluar dekat faraj, nak buat macam mana? Klinik semua tutup, pie klinik swasta ade sorang dokter je yang buat tapi dia cuti

  2. Nak Tanya, saya baru shajar periksa waktu haid dan terasa mcm ad rase keras mcm plastic tp x panjang. Mcm hujungnya saja… dan benang panjang dari biasa.. Adakah bermaksud iucd saya dh tergelincir dan sekiranya tergelincir adakah akan ditukar baru atau gunakan yang sama… Saya sudah gunakan iucd ni dlm tempoh hampir dua tahun dah.. Terima kasih

  3. Assalamualaikum. . Nak tanya kalau tali iucd tidak dapat rasa dgn jari itu bermakna dia berada di kedudukan yg salah ke?keputihan akan jadi ke perangan mcm bercampur darah ke kalau kite pakai iucd ni?

    1. Memang kekadang berdarah kecil. Tapi elok jumpa doktor kalu tak rasa sebab takut beralih. Doktor juga akan buat pemeriksaan faraj nak pastikan anda tiada jngkitan kuman

  4. salam , nak tanya , masa ultrasound iucd masih berada di kedudukkan tapi nak cabut tali tiada , apa kaedah yang akan di lakukan untuk keluarkan iucd itu ? adakah secara pembedahan ?

  5. salam doktor selepas period saya berasa tidak selesa di bahagian bawah dan rasa benang iud menyucuk adakah kedudukan iud sya telah tergelincir ke bawah doktor?

  6. Salam dr,saya baru pasang iucd 15/9 /22.Dr pakar pasang sebab rahim saya senget.selepas pasang hari ke 3 saya period lama 23 hari.saya ke klinik scan iucd saya berada dkedudukan yg betul.dr juga bg ubat stop darah.dlm 2 hari lps tu haid saya stop.soalan saya macamana saya nak kira kitaran haid saya utk next month?utk pengetahuan dr sblm psg iucd saya cucuk depo.period saya tidak teratur.

  7. Assalam doc…..bulan lepas saya baru buat pemeriksaan IUCD saya di Klinik Kerajaan…..Nurse mengatakan IUCD saya dalam keadaan yg ok dan nampk talinya…dalam masa yang sama semasa pemeriksaan tersebut saya dalam haid hari yang ke-8 dan nurse cakap masih banyak lagi darah dan pada bulan ini haid saya tidak datang…sepatutnya klu ikut kalendar haid saya jatuh pada 8 disember 2022 persoalan saya adakah saya mengandung???

  8. Doktor saya sudah pakai iucd ni 2 tahun… selama 2 tahun ni,saya terasa keputihan saya agak kental dan banyak… kadang2 rasa nyeri di bahagian bawah perut…dan setiap kali waktu period pulak…saya akan ada migrain dan sakit pinggang yg teruk …apa perlu saya buat ye…

    1. Mungkin anda ada jangkitan yis dan kalau sakit pinggang elok pastikan tidak ada cyst atau masalah lain

  9. Assalamualaikum saya ada masalah tali iucd tiada dah di pintu rahim bila scan iucd tu masih didalam

    1. Assalamualaikum Doctor,sya baru sahaja pasang iucd pada 5/1. Sya pasang kali ke 2 .
      Skg ni sya haid pada hari ke 8. Hari pertama hingga ke 6 keluar x keluar darah nya. Hingga lh ke hari ni baru keluar banyak yg luar biasa. Dan masa sya buang air kecil di pad sya ada seurat benang berwarna hitam. Sya x pasti adakah benang itu putus.

      Bila sya rasa benang masih ada didalam tp sya x pasti adakah benang tersebut pendek atau mmg macam tu.

      Adakah benang boleh putus2 DR.
      Apakah risiko yg iucd sya berubah kedudukan.
      Macam mana saya nk buat.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: