
IUD adalah satu kaedah perancang kehamilan yang popular. Ia diperbuat dari plastik dan mempunyai dua tali yang melekat pada hujungnya. IUD sangat efektif untuk menghalang kehamilan tetapi ia bukan kaedah yang mempunyai 100% keberkesanan kerana kadar kehamilan masih boleh terjadi 1 dalam 100 orang.
Jika anda bimbang yang anda mungkin hamil, anda perlu mengesan kedudukan IUD tersebut dari masa ke semasa.
Terdapat beberapa tanda yang menunjukkan IUD anda mungkin sudah berpindah dari tempat yang sepatutnya, jadi adalah penting untuk anda memerhati tanda-tanda seperti berikut;
Tali terasa lebih panjang
Tali yang terpasang pada IUD anda untuk memudahkan doktor menarik keluar IUD apabila anda tidak lagi memerlukannya. Ia boleh dipotong secukupnya untuk anda merasai dengan menggunakan jari anda ke dalam faraj.
Apabila ia terasa lebih panjang mungkin IUD anda sudah beralih ke bawah. Jika anda langsung tidak merasa kehadiran tali tersebut, mungkin ia sudah terkeluar dari rahim tanpa anda sedari
IUD dalam Serviks
IUD sepatutnya berada di dalam rahim anda tetapi sekiranya anda merasa ada benda keras dalam faraj anda, ia mungkin IUD tergelunsur keluar dan sekarang berada dalam faraj anda.
Pendarahan Faraj luar biasa
Jika pendarahan haid menjadi lebih banyak dari biasa dan sama sekali tidak dijangka, anda perlu mengesyaki yang ia mungkin sudah berpindah dari tempat asal.
Keluar keputihan yang banyak
Keputihan memang salah satu kesan sampingan akibat pemakaian IUD. Walau bagaimanapun, jika ia menjadi banyak secara tiba-tiba maka sudah tiba masanya untuk anda berjumpa doktor anda untuk memastikan IUD anda masih di dalam rahim.
Seks menjadi sakit
Anda harus mensyaki sesuatu yang tidak kena jika hubungan seks tiba-tiba menjadi sakit. Ini mungkin satu petunjuk IUD anda telah berpindah ke pangkal rahim.
Senggugut
Salah satu kesan sampingan IUD adalah senggugut yang ringan dan tidak terlalu menyakitkan tetapi jika senggugut anda semakin teruk eloklah buat temu-janji segera dengan doktor anda untuk pastikan kedudukan IUD masih berada di tempat yang sepatutnya.
Nak tanya kalau benang iucd dah terkeluar dekat faraj, nak buat macam mana? Klinik semua tutup, pie klinik swasta ade sorang dokter je yang buat tapi dia cuti
salam, tak per.. boleh tunggu sampai hari kerja
Nak Tanya, saya baru shajar periksa waktu haid dan terasa mcm ad rase keras mcm plastic tp x panjang. Mcm hujungnya saja… dan benang panjang dari biasa.. Adakah bermaksud iucd saya dh tergelincir dan sekiranya tergelincir adakah akan ditukar baru atau gunakan yang sama… Saya sudah gunakan iucd ni dlm tempoh hampir dua tahun dah.. Terima kasih
salam, mungkin IUCD puan sudah beralih dan akan jatuh tak lama lagi