Mengapa Penting Untuk Memeriksa Tali IUD Anda

iud

Kaedah perancang keluarga Alat Dalam Rahim (IUD) mempunyai banyak kelebihan dan merupakan kaedah perancang keluarga yang berkesan dalam mencegah kehamilan.

Ia juga boleh bertahan selama beberapa tahun dan menjadikan IUD sebagai kaedah yang ideal di kalangan wanita yang ingin merancang keluarga.

IUD mempunyai tali yang akan dipotong lebih kurang 2.0-3.0 cm selepas dimasukkan dan apabila anda sudah bersedia untuk mengeluarkan IUD, doktor cuma akan menarik tali tersebut untuk mengeluarkan IUD anda. Ia adalah prosedur yang ringkas.

IUD boleh dikaitkan dengan beberapa risiko tetapi salah satu risiko yang boleh terjadi ialah kehilangan tali IUD tersebut. Selalunya ia disebabkan oleh tali tertarik dan termasuk ke dalam serviks menyebabkan wanita tidak lagi merasa tali tersebut semasa pemeriksaan.

Baca Lagi : Tanda IUD Sudah Beralih

Baca Lagi : Alat Perancang IUD

Baca Lagi : Alat Perancang Keluarga Mirena

Dalam keadaan yang jarang berlaku, tali IUD terputus secara sendiri dan hilang tanpa disedari oleh wanita.

Sebab-sebab lain termasuk, IUD terkeluar terus dari rahim dan ini boleh menyebabkan wanita menjadi hamil tanpa mengetahui IUD sebenarnya sudah tiada.

IUD juga boleh hilang dengan menembusi rahim anda dan masuk ke dalam pelvis anda dan ini boleh memberikan komplikasi serius, walau bagaimanapun ia sangat jarang terjadi.

Bagaimana memeriksa tali IUD anda

Pertama basuh tangan anda dan dengan posisi duduk atau mencangkung masukkan jari telunjuk atau jari tengah ke dalam faraj anda sehinggalah  anda menyentuh pangkal rahim anda. Rasa tali IUD yang terjuntai pada serviks anda.

Periksa Mona Lisa

Jika tali berasa lebih panjang atau lebih pendek daripada kali terakhir pemeriksaan anda atau anda merasa benda keras pada serviks anda, IUD anda mungkin telah berpindah.

Jumpa doktor anda. Jangan cuba untuk menolak atau menarik IUD tersebut.

Jika anda bimbang IUD anda telah berpindah tetapi tiada masa untuk berjumpa doktor, gunakan kaedah perancang lain seperti condom sehingga anda berkesempatan berjumpa doktor anda.

Pemeriksaan vagina akan dilakukan. Sekiranya IUD anda sudah terlalu rendah, doktor mungkin akan menarik IUD anda dan menggantikan dengan IUD baru. Sebelum itu, doktor akan pastikan dulu samada anda tidak hamil dengan membuat ujian kehamilan.

Sekiranya tali IUD tidak dijumpai, ultrasound akan dibuat  untuk mengesahkan lokasi yang IUD yang hilang.

Sekiranya IUD masih belum juga dijumpai, ujian X-ray akan dilakukan untuk memastikan tiada IUD dalam pelvis anda. Jika kedua-duanya negatif, sudah sah IUD anda terkeluar dari faraj tanpa anda sedari.

Berapa kerap saya perlu memeriksa IUD saya

Kadar IUD terkeluar adalah 4% dan kerap berlaku pada beberapa bulan pertama selepas pemakaian, jadi periksa IUD anda beberapa kali seminggu dalam tempoh tersebut. Selepas 6 bulan anda disarankan untuk memeriksa 1 kali sebulan selepas haid anda.

Sekiranya anda hamil dengan IUD

Jika anda didapati hamil dan IUD masih berada dalam rahim, doktor selalunya akan menyarankan supaya IUD dikeluarkan untuk mengurang risiko kehamilan seperti peningkatan risiko jangkitan pelvis, kehamilan ektopik, keguguran dan kelahiran pramatang

Video: Membuang IUD Dengan Histeroskopi

 

 

Tanda-Tanda IUD Anda Mungkin Sudah Beralih

iud.jpg

IUD adalah satu kaedah perancang kehamilan yang popular. Ia diperbuat dari plastik dan mempunyai dua tali yang melekat pada hujungnya. IUD sangat efektif untuk menghalang kehamilan tetapi ia bukan kaedah yang mempunyai 100% keberkesanan kerana kadar kehamilan masih boleh terjadi 1 dalam 100 orang.

Jika anda bimbang yang anda mungkin hamil, anda perlu mengesan kedudukan IUD tersebut dari masa ke semasa. Teruskan membaca