Tanda-Tanda IUD Anda Mungkin Sudah Beralih

iud.jpg

IUD adalah satu kaedah perancang kehamilan yang popular. Ia diperbuat dari plastik dan mempunyai dua tali yang melekat pada hujungnya. IUD sangat efektif untuk menghalang kehamilan tetapi ia bukan kaedah yang mempunyai 100% keberkesanan kerana kadar kehamilan masih boleh terjadi 1 dalam 100 orang.

Jika anda bimbang yang anda mungkin hamil, anda perlu mengesan kedudukan IUD tersebut dari masa ke semasa.

Terdapat beberapa tanda yang menunjukkan IUD anda mungkin sudah berpindah dari tempat yang sepatutnya, jadi adalah penting untuk anda memerhati tanda-tanda seperti berikut;

Baca Lagi : Alat Perancang IUD
Baca Lagi : Mengapa Penting untuk memeriksa tali IUD anda

Tali terasa lebih panjang

Tali yang terpasang pada IUD anda untuk memudahkan doktor menarik keluar IUD apabila anda tidak lagi memerlukannya. Ia boleh dipotong secukupnya untuk anda merasai dengan menggunakan jari anda ke dalam faraj.

Apabila ia terasa lebih panjang mungkin IUD anda sudah beralih ke bawah. Jika anda langsung tidak merasa kehadiran tali tersebut, mungkin ia sudah terkeluar dari rahim tanpa anda sedari

IUD dalam Serviks

IUD sepatutnya berada di dalam rahim anda tetapi sekiranya anda merasa ada benda keras dalam faraj anda, ia mungkin IUD tergelunsur keluar dan sekarang berada dalam faraj anda.

Pendarahan Faraj luar biasa

Jika pendarahan haid menjadi lebih banyak dari biasa dan sama sekali tidak dijangka, anda perlu mengesyaki yang ia mungkin sudah berpindah dari tempat asal.

Keluar keputihan yang banyak

Keputihan memang salah satu kesan sampingan akibat pemakaian IUD. Walau bagaimanapun, jika ia menjadi banyak secara tiba-tiba maka sudah tiba masanya untuk anda berjumpa doktor anda untuk memastikan IUD anda masih di dalam rahim.

Seks menjadi sakit

Anda harus mensyaki sesuatu yang tidak kena jika hubungan seks tiba-tiba menjadi sakit. Ini mungkin satu petunjuk IUD anda telah berpindah ke pangkal rahim.

Senggugut

Salah satu kesan sampingan IUD adalah senggugut yang ringan dan tidak terlalu menyakitkan tetapi jika senggugut anda semakin teruk eloklah buat temu-janji segera dengan doktor anda untuk pastikan kedudukan IUD masih berada di tempat yang sepatutnya.

 

76 respons kepada “Tanda-Tanda IUD Anda Mungkin Sudah Beralih”

  1. Avatar Nur alia syafinaz
    Nur alia syafinaz

    Nak tanya kalau benang iucd dah terkeluar dekat faraj, nak buat macam mana? Klinik semua tutup, pie klinik swasta ade sorang dokter je yang buat tapi dia cuti

    1. salam, tak per.. boleh tunggu sampai hari kerja

  2. Nak Tanya, saya baru shajar periksa waktu haid dan terasa mcm ad rase keras mcm plastic tp x panjang. Mcm hujungnya saja… dan benang panjang dari biasa.. Adakah bermaksud iucd saya dh tergelincir dan sekiranya tergelincir adakah akan ditukar baru atau gunakan yang sama… Saya sudah gunakan iucd ni dlm tempoh hampir dua tahun dah.. Terima kasih

    1. salam, mungkin IUCD puan sudah beralih dan akan jatuh tak lama lagi

  3. Assalamualaikum. . Nak tanya kalau tali iucd tidak dapat rasa dgn jari itu bermakna dia berada di kedudukan yg salah ke?keputihan akan jadi ke perangan mcm bercampur darah ke kalau kite pakai iucd ni?

    1. Memang kekadang berdarah kecil. Tapi elok jumpa doktor kalu tak rasa sebab takut beralih. Doktor juga akan buat pemeriksaan faraj nak pastikan anda tiada jngkitan kuman

  4. Salam dok..kalo tali iucd panjang Dri kebiasaan adakah perlu diganti.?

    1. Salam, buat ultrasound dulu. Kalau ia masih dalam rahim tak perlu tukar kalau belum sampai tempoh

  5. salam , nak tanya , masa ultrasound iucd masih berada di kedudukkan tapi nak cabut tali tiada , apa kaedah yang akan di lakukan untuk keluarkan iucd itu ? adakah secara pembedahan ?

    1. jumpa doktor pakar dulu, dan sekiranya IUCD masih sukar dibuang, kena guna cara hysteroscopy
      lihat video ni–>https://alamhamilblog.com/2019/01/23/buang-iud-melalui-hysteroscopy/

  6. salam doktor selepas period saya berasa tidak selesa di bahagian bawah dan rasa benang iud menyucuk adakah kedudukan iud sya telah tergelincir ke bawah doktor?

    1. Salam.kemungkinan besar is dah beralih kedalam pngkal rahim. Elok jumpa doktor

  7. Salam dr,saya baru pasang iucd 15/9 /22.Dr pakar pasang sebab rahim saya senget.selepas pasang hari ke 3 saya period lama 23 hari.saya ke klinik scan iucd saya berada dkedudukan yg betul.dr juga bg ubat stop darah.dlm 2 hari lps tu haid saya stop.soalan saya macamana saya nak kira kitaran haid saya utk next month?utk pengetahuan dr sblm psg iucd saya cucuk depo.period saya tidak teratur.

    1. Memang susah nak kira kalau haid tidak teratur sebb depo,

  8. Assalam doc…..bulan lepas saya baru buat pemeriksaan IUCD saya di Klinik Kerajaan…..Nurse mengatakan IUCD saya dalam keadaan yg ok dan nampk talinya…dalam masa yang sama semasa pemeriksaan tersebut saya dalam haid hari yang ke-8 dan nurse cakap masih banyak lagi darah dan pada bulan ini haid saya tidak datang…sepatutnya klu ikut kalendar haid saya jatuh pada 8 disember 2022 persoalan saya adakah saya mengandung???

    1. saya rasa tidak hamil. cuba buat ujian kehamilan

  9. Doktor saya sudah pakai iucd ni 2 tahun… selama 2 tahun ni,saya terasa keputihan saya agak kental dan banyak… kadang2 rasa nyeri di bahagian bawah perut…dan setiap kali waktu period pulak…saya akan ada migrain dan sakit pinggang yg teruk …apa perlu saya buat ye…

    1. Mungkin anda ada jangkitan yis dan kalau sakit pinggang elok pastikan tidak ada cyst atau masalah lain

  10. Assalamualaikum saya ada masalah tali iucd tiada dah di pintu rahim bila scan iucd tu masih didalam

    1. Dah jumpa doktor pakar ke?

    2. Avatar Norhayati binti Nordin
      Norhayati binti Nordin

      Assalamualaikum Doctor,sya baru sahaja pasang iucd pada 5/1. Sya pasang kali ke 2 .
      Skg ni sya haid pada hari ke 8. Hari pertama hingga ke 6 keluar x keluar darah nya. Hingga lh ke hari ni baru keluar banyak yg luar biasa. Dan masa sya buang air kecil di pad sya ada seurat benang berwarna hitam. Sya x pasti adakah benang itu putus.

      Bila sya rasa benang masih ada didalam tp sya x pasti adakah benang tersebut pendek atau mmg macam tu.

      Adakah benang boleh putus2 DR.
      Apakah risiko yg iucd sya berubah kedudukan.
      Macam mana saya nk buat.

      1. Jgn risau,selagi boleh rasa benang iud tak beralih,

  11. Assalamualaikum doktr..
    saya pakai iucd pada 2021 dan blan 8 2023 nt bru buka
    tapi dah 1 bulan piriod saya x dtang..
    adakah saya mgandung

    1. elok cek, ade kmungkinan

  12. Assalam doc. Ini kali ke 2 saya memakai iud utk tempoh masa 5 tahun. Sejak kebelakangan ini faraj saya mengeluarkan bau yg amat busuk. Saya da mkn antibiotik keadaan msih sama. Saya teramat risau, adakah saya kena jangkitan?

    1. Antibiotics tu mungkin tidak sesuai jenis jangkitan Kuman yg puan ade. Cuba ni- tab metronidazole 400mg twice a day for 7 days

  13. Assalamualaikum dok.. saya baru pakai iucd 19.2.2023 di klinik kesihatan.. 8.5.2023 saya ada ke klinik utk pemeriksaan iucd.. tapi misi cek tak nampak tali pon.. selepas tu refer dok utk scan tgk kedudukan alat tersebut.. tapi setelah dok scan tak nampak juga alat tu dlm rahim saya.. mana hilangnya alat tu ye.. period da dtg 2 kali selepas pasang iucd tu.. dok bagi masa 2 mggu utk scan semula..

    1. kena buat xray tu, takut tergelincir kedalam pelvis. kalau xray tak menunjukkan ade iucd dalam pelvis, ia mungkin keluar dari faraj,

  14. Avatar Nur ain bt juhari
    Nur ain bt juhari

    Assalammualaikum docktor..sy baru pertama kali pakai iucd ni. Pd 21/3/23 dan 9/5/23 sy ke kk utk cek kedudukan tali..alhamdulilah ok. Cuma pd 19/5/23 sy dtg period yg agak banyak dan sy terkejut iucd terkeluar semasa saya hendak buang air kecil..adakah ini bahaya..mohon pencerahan dan sy perlu ke kk semula utk permasangan baru ke doktor

    1. tak bahaya. mungkin iucd tu tak sesuai utk puan, elok cuba kaedah lain

  15. Assalam doc..sy bru pkai iucd 2bln..sy check tali ada 2..mmg 2tali ke doc.

    1. betul, ade 2 tali

  16. Salam doc, saya baru pasang iucd bulan 5/2023 tapi baru tadi saya basuh miss v saya terasa benda keluar dari kemaluan dan untuk pengetahuan doc saya sedang period adakah normal benang akan terkeluar semasa period sahaja?? Apa perlu saya buat ye doktor

    1. mungkin dah beralih tu, jumpa doktor

  17. Sy baru pasang IUCD tidak sampai 1 bulan..mula2 sy terasa benang menyucuk dinding rahim..agak sakit..mgkn melecat..hari ni benang iucd terkeluar hampir panjang 1 jari..follow up dgn Dr pada bulan September..lambat lgi..adakah iucd sy sudah beralih arah?apa yg perlu sy lakukan..

    1. kemungkinan besar dah beralih, jumpa doktor utkbscan kalau iud tu dalam rahim mungkin tali aje yang panjang, selalunya doktor potong sikit utk kasi pendek

  18. Assalamualaikum doktor. saya baru pakai sebulan Iucd. hari ke 5-9 period saya agak banyak. dan benang turun sikit dalam 0.5cm. masih okey ye doktor?

    1. saya rasa masih ok sebb benang tu dapat rasa

  19. Avatar Hillisiana Ak Linsong
    Hillisiana Ak Linsong

    Hai doc , Sya bru sebulan(05/08/23) pkai iud tpi selepas memasang iud Sya tak pernah check kedudukan iud Sya nie…stlah Sya genap sebulan (05/9/23) mnggunakan iud nie bru check tpi rasa tali tidak ada doc n pangkal rahim Sya keras doc apakah itu normal doc …??

    1. tak normal, elok chek takut ia dah beralih

  20. Salam doktor,
    Saya sedang heavy period,tapi terasa benang terkeluar semasa saya duduk di tandas,tetapi masuk semula ketika bangun.Hendak ke klinik,period sedang sangat heavy,adakah berisiko sekiranya saya tunggu hingga kurang flow.Senggugut saya biasanya kuat tetapi masih dlm kawalan.terima kasih doktor

    1. senggugut keterlaluan mungkin tanda iucd tu terlu terkebawah elok jimpa doktor

      1. Assalammualaikum doktor..sye nk tnye sye pkai iucd thn 2020..then sye nk tnye normal ke klo kite cuci kemaluan klo brsih2 kn kedlm lubang tu akn trase keras iucd tu?dkt2 gan lubang tu?to xde rse tli trkeluar ke ape..normal ke x normal doktor?

      2. mungkin iud tu dah nak terkeluar elok jumpa doktor untuk tarik keluar dah tak berkesan klu teruskan

  21. Assalammualaikum doktor..kalau pkai iucd kite ttbe trase kncing slalu xlawas tu tnde kne jangkitan ke mcm mne ye doktor?

    1. munkin jaktn tu, jumpa doc

  22. Assalamualaikum, doc.. sy pkai iucd dah 10 bulan.. sejak sebulan dua ni sy asyik kerap nk kencing, dlm sejam skli kencing n kadang rsa xboleh tahan sgt tp bila kencing sikitt je kluarnya.. lpstu, period hari 1-3 sikit² je coklat² kluar, hari ke4-7 baru darah kluar banyak sgt².. hari ke3-4 senggugut terlampau sakit sgt² smpai menggigil xlarat.. period habis hari ke8 & hari berikutnya kluar keputihan+kuning n bau busuk kuat sgt².. masa period tu ada rsa benang 1 hari tu, lepastu dh tak rasa benang dah.. n kdg² rsa mcm cramp+ngilu kt rahim kadang kuat kt bhgian atas kiri rahim..

    1. itu mungkin jangkitan kuman tu, kena jumpa doktor buang iud tu dan makan antibiotik, elok jumpa pakar bukan doktor biasa

  23. Salam Dr. Masa pasang iucd, haid Sy byk sgt. Hri kedua LPs pasang iucd, rasa benang btul2 dkt lubang pintu Faraj. LPs berapa hari haid Dan pasang iucd , Sy cek benang tuu dh kedalam. Cri2 xjumpa
    Sy cangkuk cek btul2 bru jumpa. Benang nya mcm berlipat gitu . Blomm msuk pintu Rahim lgi. Adakah iucd duduk dlm keadaan yg btul?

    1. kalau camtu mingkin dah beralih, elok buat scan

  24. Hi doc saya baru pakai iucd pada 26 oct2023 , period baru datang sekali pada hujung bulan 12 period yang sangat heavy, dan saya tak dapat rasa benang ketika saya membersihkan faraj ada kemungkin iucd saya beralih ke , kalau saya bersama ada kemungkinan mengandung ke doc?

    1. yes, mungkin dah beralih dan berisiko pregnant elok jumpa doktor untuk buat scan

  25. Avatar Farhanah Rashid
    Farhanah Rashid

    Salam Dr. Saya nak tanya,adakah pengambilan ubatan dan antibiotik ketika demam tonsil boleh menyebabkan period lewat? Utk pengetahuan Dr,bulan 6/24 akan datang cukup 3tahun saya pakai iucd. Sepanjang 3tahun, period saya teratur lewat pun tak sampai seminggu. Bulan Jan (2/1-12/1) period saya sampai 11hari tapi tak heavy. Bulan Feb ni mcm dah terlewat hampir seminggu. Bulan Dis 23’ saya demam tonsil ketika saya masih period. Saya takde mengalami keputihan yang teruk ataupun pendarahan,tali iucd pun saya masih dapat rasa. Adakah period saya memang lewat atau ada kemungkinan saya pregnant? Terima kasih Dr.sudi baca permasalahan saya.

    1. betul, ia mungkin sebb masalah tonsil dan antibiotic tu, tapi elok cek juga takut terpregnant

  26. Saya baru pasang iud dalam 2 bln,selepas sebulan pasang saya mengalami batuk kuat,dalam 3 minggu,lepas dtg period tak ada rasa tali lagi

    1. check buat ultrasound di klinik berdekatan atau puan nak jumpa saya whatsapp this number for appoitment 0193887689

    2. ada kemungkinan dah beraloh tu, buat scan dulu ye. kalau betul betul dalam rahim tak payah buat apa apa lagi, tunggu sampai tamat tempoh atau hari bila puan nk mengandung lagi

      1. Benang iucd sye kadang bile sye rase tak ade. Kadang² ade. Adakah itu normal??

  27. saya bru 4hari period..sengugut memng sakit sngat2…lpas tu rse ad tali panjang same pnjng dgn jari..pstu ad rse bnde keras..saye nk tnye…blh ke buat hari isnin..sbb klinik cuti..pstu nk ke swasta sye xmmpu….xde ap2 kesan ke..smntr tunggu luse🥺…

  28. salam doc, sy pasang iud merina pd bulan 6.. lepas pasang sy period dlm 15 hari, sebelum pasang x pernah lagi period lama mcm ni..lepas tu belum waktu period tetiba darah banyak keluar tanpa sedar n terus sambung mcm period..adakah biasa atau sy perlu ke klinik jumpa doc.tq

    1. Tak sesuai pkai iuc tu

  29. salam doc.sy baru pasang iucd pd 16/8..30/8 dtg heavy period 9hari.bln 9 ni xdtg lg..normal ke?

    1. dijangka tu tapi kalau berbulan heavy mungkin tak sesuai

  30. Kebiasaan saya rasa benang iucd jauh dlm tapi harini rasa mcm dekat je. Saya juga mengalami sakit pinggang dlm seminggu & mudah terkucil. Adakah iucd saya beralih atau peranakan saya jatuh ye doctor?

    1. kemungkina besar sudah berlalih tu– jumpa doktor untuk pemeriksaan faraj dan ultrasound tengok kat mana ia duduk

  31. salam doc..sy da 1tahun pakai iucd, kebiasaannye xdpt rasa benang tu duduk didalam rahim, tp segr tb² rasa benang terkeluar panjang..apakah tanda nye itu doc ..terima kasih

    1. dag turun la tu, elok jumpa doktor- check guna ultrasound dulu, kalau dalam rahim betul betul, mungkin tiada apa apa, doktor boleh trimkan benang tu

  32. Doc, saya rasa satu benang jer bukan 2 benang. Saya sepatutnya dah kena keluarkan iud ni sbb dah 5 tahun 2 bulan, tapi terlepas tarikh dan kena tunggu waktu period datang semula. Apa kesannya ye doc. Saya sekarang alami keputihan dan kegatalan vagina yg teruk.

    1. tak pe simpan sampai 8 tahun

      1. masih selamat ye Doc?

      2. 👌🏻

  33. Iucd

    Salam doc… baru2 ni saya period terlalu heavy sehingga ada benda tajam mencucuk cucuk di lubang kemaluan saya… bila saya rasa benang terlalu Pendek. Dan Bila saya cuba tarik ada benda mcm isi ikut skli nk terkeluar… adakah Itu peranakkan saya? Saya takut Dan risau

    1. ade kemungkinan tundik- jumpa doktor- nanti kota akan buat pemeriksaan faraj-

Tinggalkan Jawapan kepada Ika Batal balasan