Risiko Pembedahan Histerektomi

histerektomi

Histerektomi adalah pembedahan membuang Rahim (uterus). Rahim ialah organ otot badan wanita, berbentuk buah pir yang berfungsi sebagai organ reproduksi.

Haid berlaku disebabkan lapisan endometrium (lapisan dinding rahim) luruh apabila tidak berlaku kehamilan.

Jika seorang wanita menjalani histerektomi, dia tidak lagi akan mengalami haid atau tidak lagi berupaya untuk mempunyai anak dan tidak lagi perlu menggunakan kontrasepsi.

Sebab-Sebab Histerektomi

Fibroid – Ketumbuhan bukan kanser yang membentuk dalam tembok otot rahim, luar rahim dan dalam rongga rahim

Haid yang banyak atau tidak teratur yang tidak responsif terhadap ubat dan teknik perubatan yang lain.

Sakit senggugut yang teruk (dysmenorrhoea) disebabkan oleh endometriosis atau adenomyosis.

Kanser atau barah pada rahim, ovari atau pangkal rahim

Histerektomi pada wanita yang masih belum putus haid

Apabila seorang wanita telah mempunyai histerektomi, dia tidak lagi berupaya untuk hamil. Sekiranya ovari juga dibuang bermakna wanita akan mengalami menopos selepas pembedahan. Manakala kesan sampingan dari ketiadaan hormon estrogen termasuklah kekeringan faraj, badan berasa panas, berpeluh dan lain-lain gejala menopos semula jadi boleh berlaku.

Jenis Histerektomi

1. Total Histerektomi – di mana rahim dan serviks dikeluarkan

2. Subtotal Histerektomi – di mana rahim dikeluarkan, tetapi serviks tidak dibuang.

3. Total Histerektomi dan Salpingo-oophorectomy – di mana rahim, tiub fallopian dan ovari dikeluarkan.

4. Radikal Histerektomi – melibatkan pembuangan rahim, tiub fallopio, ovari, nodus limfa dan sebahagian dari faraj pada mereka yang mempunyai barah.

Komplikasi Histerektomi

Komplikasi yang mungkin terjadi

  • Reaksi alahan kepada ubat bius
  • Loya dan muntah
  • Jangkitan Kuman
  • Pendarahan dalam Pelvis
  • Pendarahan di bawah kulit
  • Pembentukan Tisu parut pada Pelvis
  • Masalah Kawalan Kencing
  • Keinginan seks Menurun

Komplikasi yang jarang

  • Kejadian darah beku (contohnya – trombosis, trombosis vena dalam atau embolisma pulmonari)
  • Kecederaan pada usus, pundi kencing atau ureter
  • Pembentukan Fistula (lubang yang tidak normal antara struktur dalaman seperti usus dan faraj) 
  • Sokongan Faraj lemah (prolaps vault)
  • Sakit Pelvis berterusan
  • Perasaan kesedihan dan sugul
Advertisements

2 thoughts on “Risiko Pembedahan Histerektomi

  1. Novita Usman Jun 10, 2018 / 1:44 pm

    Hi doktor

    Saya novi dari aceh Indonesia. Ada sedikit hal yg saya nak tanyakan. 2thn lepas akak saya menjalani pembedahan total histerektomy di salah satu rmh sakit kat KL. Kak saya mempunyai masalah fibroid terletak di tengah rahim.sebelum pembedahan akak saya selalunya lemas dan hemoglobin dalam badan berkisar 6.lepas pembedahan dokter menganjurkan untuk memakan pil hormon selama 5thn kerana masatu umur akak saya 48thn.setelah setahun meminum pil tsb ianya merasa ok, lalu tak makan lagi pil kerana takut kesan tak baik pada tubuh. Sekarang ia sering mengalami keluhan kat mana mana badan. Yg ingin saya tanyakan apa kesan dari pil hormon apabila kita tak lanjutkan. Apakah benar meminum pil hormon selama lima tahun tak memberikan kesan sampingan seperti cancer atau lainnya. Dan apakah benar tindakan dokter melakukan total histerektomy.

    Terima kasih

    • drju Jun 10, 2018 / 5:13 pm

      hi, kalau hb menjadi begitu rendah, histerectomy dicadangkan kerana usia sudah 48 tahun. makan pil hormon tidak perlu jika tidak mahu. walaubagaimanapun elok jumpa doktor dulu untuk pastikan tiada masalah lain yang menyebbkan masalah keluhan tersebut. pil hormon selamat dimakan dan risiko kanser adalah sangat kecil kerana ia dlm dos yg sangat rendah

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s