
Histerektomi adalah pembedahan membuang Rahim (uterus). Rahim ialah organ otot badan wanita, berbentuk buah pir yang berfungsi sebagai organ reproduksi.
Haid berlaku disebabkan lapisan endometrium (lapisan dinding rahim) luruh apabila tidak berlaku kehamilan.
Jika seorang wanita menjalani histerektomi, dia tidak lagi akan mengalami haid atau tidak lagi berupaya untuk mempunyai anak dan tidak lagi perlu menggunakan kontrasepsi.
Sebab-Sebab Histerektomi
Fibroid – Ketumbuhan bukan kanser yang membentuk dalam tembok otot rahim, luar rahim dan dalam rongga rahim
Haid yang banyak atau tidak teratur yang tidak responsif terhadap ubat dan teknik perubatan yang lain.
Sakit senggugut yang teruk (dysmenorrhoea) disebabkan oleh endometriosis atau adenomyosis.
Kanser atau barah pada rahim, ovari atau pangkal rahim
Histerektomi pada wanita yang masih belum putus haid
Apabila seorang wanita telah mempunyai histerektomi, dia tidak lagi berupaya untuk hamil. Sekiranya ovari juga dibuang bermakna wanita akan mengalami menopos selepas pembedahan. Manakala kesan sampingan dari ketiadaan hormon estrogen termasuklah kekeringan faraj, badan berasa panas, berpeluh dan lain-lain gejala menopos semula jadi boleh berlaku.
Jenis Histerektomi
1. Total Histerektomi – di mana rahim dan serviks dikeluarkan
2. Subtotal Histerektomi – di mana rahim dikeluarkan, tetapi serviks tidak dibuang.
3. Total Histerektomi dan Salpingo-oophorectomy – di mana rahim, tiub fallopian dan ovari dikeluarkan.
4. Radikal Histerektomi – melibatkan pembuangan rahim, tiub fallopio, ovari, nodus limfa dan sebahagian dari faraj pada mereka yang mempunyai barah.
Komplikasi Histerektomi
Komplikasi yang mungkin terjadi
- Reaksi alahan kepada ubat bius
- Loya dan muntah
- Jangkitan Kuman
- Pendarahan dalam Pelvis
- Pendarahan di bawah kulit
- Pembentukan Tisu parut pada Pelvis
- Masalah Kawalan Kencing
- Keinginan seks Menurun
Komplikasi yang jarang
- Kejadian darah beku (contohnya – trombosis, trombosis vena dalam atau embolisma pulmonari)
- Kecederaan pada usus, pundi kencing atau ureter
- Pembentukan Fistula (lubang yang tidak normal antara struktur dalaman seperti usus dan faraj)
- Sokongan Faraj lemah (prolaps vault)
- Sakit Pelvis berterusan
- Perasaan kesedihan dan sugul
Tinggalkan Jawapan kepada Emi Batal balasan