Histerektomi adalah pembedahan membuang Rahim (uterus). Rahim ialah organ otot badan wanita, berbentuk buah pir yang berfungsi sebagai organ reproduksi.
Haid berlaku disebabkan lapisan endometrium (lapisan dinding rahim) luruh apabila tidak berlaku kehamilan.
Jika seorang wanita menjalani histerektomi, dia tidak lagi akan mengalami haid atau tidak lagi berupaya untuk mempunyai anak dan tidak lagi perlu menggunakan kontrasepsi.
Sebab-Sebab Histerektomi
Fibroid – Ketumbuhan bukan kanser yang membentuk dalam tembok otot rahim, luar rahim dan dalam rongga rahim
Haid yang banyak atau tidak teratur yang tidak responsif terhadap ubat dan teknik perubatan yang lain.
Sakit senggugut yang teruk (dysmenorrhoea) disebabkan oleh endometriosis atau adenomyosis.
Kanser atau barah pada rahim, ovari atau pangkal rahim
Histerektomi pada wanita yang masih belum putus haid
Apabila seorang wanita telah mempunyai histerektomi, dia tidak lagi berupaya untuk hamil. Sekiranya ovari juga dibuang bermakna wanita akan mengalami menopos selepas pembedahan. Manakala kesan sampingan dari ketiadaan hormon estrogen termasuklah kekeringan faraj, badan berasa panas, berpeluh dan lain-lain gejala menopos semula jadi boleh berlaku.
Jenis Histerektomi
1. Total Histerektomi – di mana rahim dan serviks dikeluarkan
2. Subtotal Histerektomi – di mana rahim dikeluarkan, tetapi serviks tidak dibuang.
3. Total Histerektomi dan Salpingo-oophorectomy – di mana rahim, tiub fallopian dan ovari dikeluarkan.
4. Radikal Histerektomi – melibatkan pembuangan rahim, tiub fallopio, ovari, nodus limfa dan sebahagian dari faraj pada mereka yang mempunyai barah.
Komplikasi Histerektomi
Komplikasi yang mungkin terjadi
- Reaksi alahan kepada ubat bius
- Loya dan muntah
- Jangkitan Kuman
- Pendarahan dalam Pelvis
- Pendarahan di bawah kulit
- Pembentukan Tisu parut pada Pelvis
- Masalah Kawalan Kencing
- Keinginan seks Menurun
Komplikasi yang jarang
- Kejadian darah beku (contohnya – trombosis, trombosis vena dalam atau embolisma pulmonari)
- Kecederaan pada usus, pundi kencing atau ureter
- Pembentukan Fistula (lubang yang tidak normal antara struktur dalaman seperti usus dan faraj)
- Sokongan Faraj lemah (prolaps vault)
- Sakit Pelvis berterusan
- Perasaan kesedihan dan sugul
Hi doktor
Saya novi dari aceh Indonesia. Ada sedikit hal yg saya nak tanyakan. 2thn lepas akak saya menjalani pembedahan total histerektomy di salah satu rmh sakit kat KL. Kak saya mempunyai masalah fibroid terletak di tengah rahim.sebelum pembedahan akak saya selalunya lemas dan hemoglobin dalam badan berkisar 6.lepas pembedahan dokter menganjurkan untuk memakan pil hormon selama 5thn kerana masatu umur akak saya 48thn.setelah setahun meminum pil tsb ianya merasa ok, lalu tak makan lagi pil kerana takut kesan tak baik pada tubuh. Sekarang ia sering mengalami keluhan kat mana mana badan. Yg ingin saya tanyakan apa kesan dari pil hormon apabila kita tak lanjutkan. Apakah benar meminum pil hormon selama lima tahun tak memberikan kesan sampingan seperti cancer atau lainnya. Dan apakah benar tindakan dokter melakukan total histerektomy.
Terima kasih
hi, kalau hb menjadi begitu rendah, histerectomy dicadangkan kerana usia sudah 48 tahun. makan pil hormon tidak perlu jika tidak mahu. walaubagaimanapun elok jumpa doktor dulu untuk pastikan tiada masalah lain yang menyebbkan masalah keluhan tersebut. pil hormon selamat dimakan dan risiko kanser adalah sangat kecil kerana ia dlm dos yg sangat rendah
Salam, wife saya telah membuang rahim 2 tahun yg lalu sebab melahirkan justeru percreta tahap 4, tapi yg meeisaukan saya, hari ini terdapat tompokan darah….apakah masalahnya dan beliau kata sakit pinggang.kenapa ya.mohon pencerahan
Elok jumpa doktor untuk pemeriksaan faraj. Mungkin jangkitan kuman tapi diagnosa tepat tu kena tengok faraj dgn teliti
assalam dr..sya telah buang rahim,ovari dan tiub pd 2021 ogos pd usia 51 thn krn pendarahan yg teruk…ttp sekrng sya selalu sakit sendi,otot, bahu,sengal badan…..ada tak makanan tambahan yg dpt bantu merawat masalah sya ini…adakah sya perlu ambil terapi hormon?
Salam, eloklah puan makan hormon dulu sbb ia kemungkinan disebbkab kekurangan hormon estrogen.jumpa doktor pakar sakit puan
Salam doktor…saya dah buang rahim dan ovari ..kerana fibroid ..bagaimana seks saya bersama suami adakah terkesan
Tidak terkesan sebb faraj tidak di buang semasa hysterectomy to
Salam dr,3 bulan lepas isteri saya melaku kan pambedahan buang rahim dan kedua2 telur akibat cyst,apakah keinginan sex isteri saya telah putus,ini kerana beliau sering menolak tiap kali saya mengajak melakukan hubungan,dengan alasan beliau tidak ada rasa nak bersama,isteri saya berumur 45,dan saya 46,ini membuatkan saya rasa amat tertekan,harap dr dapat membantu dan beri cadangan,terima kasih
salam tuan, puan pujuk isteri jumpa pakar utk pastikan sebb kenapa dia bersikap sedemikian. mesti ada sebbnya bukan tiada nafsu, kalau sebb kurang hormon, ubat tambah hormon ade
Assalam dr,boleh kah saya berjumpa doc pakar tanpa membawa isteri bersama,dan ceritakan msalahnya pada pakar,ini kerana isteri saya agak keberatan untuk bincangkan hal2 sulit secara terbuka,boleh kah doctor pakar tersebut sarankan ubat hormon yang sesuai tanpa memeriksa isteri saya,terima kasih
tuan boleh bagi tab Premarin 0.625mg sekali sehari dulu kalau isteri segan, bagi diamakan untuk 2-3 bulan tengok macam mana tetapi kalau tak berhasi, jumpa doctor, kena bawa isteri
Assalam dr,selepas isteri saya mnjalani pmbedahan hysteriktomi 3 bulan lepas,dia sering mengadu lesu,sakit badan,lenguh lutut,rasa kekeringan pada faraj,dan tidak bermaya,ini lah sebabnya dia tidak ada keinginan untuk bersama,saya ingin minta nasihat dari dr,terima kasih