Ketahui Kesihatan Anak Anda Dengan Detailed Ultrasound (Anomaly US)

us

Pengenalan

Ramai ibubapa tertanya-tanya sama adakah anak dalam kandungan mereka sihat atau sebaliknya. Ada juga yang berkeinginan untuk mengetahui keadaan anak dalam kandungan disebabkan masalah yang berlaku kepada anak mereka yang sebelumnya.

Mengikut kajian lebih daripada 90% bayi dilahirkan adalah sihat dan kecacatan cuvma merangkumi 2% dari kelahiran.

Risalah ini memberikan anda maklumat tentang ujian Ultrasound (US) yang juga dikenali sebagai Fetal Anomaly Scan atau US semasa trimester kedua. US ini bertujuan untuk mengesan sebarang ketidak-normalan dalam struktur fizikal dan organ dalaman bayi. Ia juga dapat membantu untuk memberikan ketenangan kepada anda sekiranya  bayi dalam keadaan memuaskan.

Perlu diingatkan, US bukan satu ujian saringan untuk mengesan masalah kromosom seperti Down syndrome. Sekiranya puan inginkan ujian khusus untuk Down Syndrome, berbincang dengan doktor anda tentang ujian-ujian yang ada yang boleh mengesan masalah ini.

Saringan ( Screening ) untuk kecacatan fizikal

Objektif utama US ini adalah untuk mengkaji perkembangan organ-organ dalaman bayi. US juga akan menentukan sama ada janin membesar secara normal, mengetahui tahap air ketuban dan kedudukan placenta anda. Ia akan dilakukan oleh sonographer yang dilatih khas.

Beberapa contoh kecacatan yang boleh didedahkan melalui US minggu ke-20 termasuk: spina bifida, anencephaly, hydrocephalus, kecacatan jantung, lubang atau lubang pada diafragma atau kecacatan pada kulit abdomen.

US juga boleh mengesan sebarang kecacatan pada buah pinggang, pundi kencing atau sebarang masalah pada tulang belakang bayi anda.

Walau bagaimanapun menggunakan teknologi yang canggih, tidak semua ujian US ini tepat  dan menjamin anak anda 100% sihat kerana kecacatan yang kecil sukar dikesan melalui US.

Anggota badan bayi yang diperiksa

Kepala dan struktur otak diperiksa dengan teliti. Ukuran termasuk saiz kepala dan bentuk muka bayi. Bibir bayi diperiksa dengan teliti untuk pastikan tiada sebarang ketidak-normalan seperti sumbing. Sumbing pada bibir (Cleft Lip) agak mudah dilihat berbanding Sumbing Palate (cleft palate) yang sangat sukar untuk dikesan.

Tulang belakang diperiksa untuk memastikan bahawa ia dilindungi sepenuhnya oleh kulit dan tulang belakang. Dinding perut diperiksa untuk memastikan ia sempurna dan lilitan perut diukur untuk membantu dengan mengira berat bayi anda.

Jantung diperiksa dengan teliti samada ia dalam empat kamar dan bersaiz normal. Keadaan injap yang boleh dilihat membuka dan menutup dengan setiap denyutan jantung dan laluan utama yang menghubungkan jantung akan diteliti

Jika terdapat kebimbangan mengenai jantung bayi anda ia biasanya akan dikaji semula pada kira-kira 24 minggu apabila saluran yang menghubungkan dapat lebih jelas dilihat.

Perut, diaphragm, buah pinggang, pundi kencing akan diperiksa untuk melihat samada mereka terbentuk dan berfungsi dengan baik.

Tulang lengan, peha, tangan dan kaki diperiksa dan diukur agar ia dalam saiz dan bentuk normal. Kedudukan Plasenta (uri) dalam rahim juga akan direkodkan. Jika ia dalam kedudukan rendah, ujian ulangan selalunya disarankan pada usia kandungan di antara 32 dan 34 minggu untuk memastikan uri sudah beralih daripada serviks. Kebanyakan uri telah berpisah daripada serviks pada masa ini, sekiranya masih rendah, keadaan ini dipanggil Placenta Previa.

Struktur tali pusat akan diperiksa. Biasanya terdapat dua arteri dan satu vena dalam tali pusat. Jumlah air ketuban juga akan periksa untuk memastikan ia dalam kuantiti normal.

Had dan limitasi Ujian US

Walaupun majoriti dari kecacatan bayi yang serius boleh dikenal pasti melalui US, namun kadar pengesanan bukanlah 100 peratus.

Pada 20-24 minggu kadar pengesanan kecacatan fizikal dan organ adalah di antara 40 hingga 70 peratus. Sekiranya US dibuat pada peringkat awal kandungan, kadar pengesanan juga menjadi kurang disebabkan ada organ organ yang masih belum matang dan masih tidak membentuk dengan sepenuhnya.

Anatomi organ jantung, muka dan tangan sukar untuk dinilai dengan teliti dan kecacatan mudah terselindung dan sukar dikesan terutama kecacatan kecil.

Faktor lain yang mempengaruhi ketepatan US adalah bentuk fizikal ibu seperti kulit perut yang tebal, obes, parut tebal kesan pembedahan sebelum dan kedudukan bayi anda juga boleh menghadkan kepekaan diagnostik ujian ini .

Keputusan

Keputusan US ini biasanya akan dikaji semula oleh doktor dan hasil kajian akan diterangkan kepada anda. Jika ketidak-normalan dikesan, ujian lanjut mungkin diperlukan untuk mengesahkan diagnosis dan anda mungkin akan dirujuk kepada pakar maternal-feto.

Kos

Kos ujian US ini adalah lebih kurang RM 350 termasuk laporan rasmi, CD, cetakan hitam dan putih.

Tempahan

Anda boleh membuat temujanji untuk menjalankan uian US dengan menghubungi atau menghantar pesanan ringkan (SMS) kepada talian no. 019-3887689. Ia selalunya dibuat pada hari selasa petang.

Hubungi kami jika anda tidak dapat menepati masa temujanji anda. Jika anda tiba lewat, ia mungkin perlu dijadualkan semula.

Hubungi Dr Raja Juhaidah melalui emel drju99@gmail.com untuk keterangan lanjut

2 thoughts on “Ketahui Kesihatan Anak Anda Dengan Detailed Ultrasound (Anomaly US)

  1. Siti Nazira Januari 8, 2018 / 8:30 am

    Assalammualaikum. Saya nazira dari seremban. Saya sedang mengandung 7 bulan. Saya nak tanya. Adakah normal jika saya rasa sakit pada faraj ketika mahu bersama dengan suami? Rasa seakan faraj menjadi sempit. Bahaya ke kandungan saya?

    • drju Januari 8, 2018 / 8:36 am

      jumpa dulu doktor, mungkin ada masalah lain seperti jangkitan kuman dalam faraj. sellaunya tidak membahayakan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

w

Connecting to %s