Risiko Pembedahan Histerektomi

histerektomi

Histerektomi adalah pembedahan membuang Rahim (uterus). Rahim ialah organ otot badan wanita, berbentuk buah pir yang berfungsi sebagai organ reproduksi.

Haid berlaku disebabkan lapisan endometrium (lapisan dinding rahim) luruh apabila tidak berlaku kehamilan.

Jika seorang wanita menjalani histerektomi, dia tidak lagi akan mengalami haid atau tidak lagi berupaya untuk mempunyai anak dan tidak lagi perlu menggunakan kontrasepsi.

Sebab-Sebab Histerektomi

Fibroid – Ketumbuhan bukan kanser yang membentuk dalam tembok otot rahim, luar rahim dan dalam rongga rahim

Haid yang banyak atau tidak teratur yang tidak responsif terhadap ubat dan teknik perubatan yang lain.

Sakit senggugut yang teruk (dysmenorrhoea) disebabkan oleh endometriosis atau adenomyosis.

Kanser atau barah pada rahim, ovari atau pangkal rahim

Histerektomi pada wanita yang masih belum putus haid

Apabila seorang wanita telah mempunyai histerektomi, dia tidak lagi berupaya untuk hamil. Sekiranya ovari juga dibuang bermakna wanita akan mengalami menopos selepas pembedahan. Manakala kesan sampingan dari ketiadaan hormon estrogen termasuklah kekeringan faraj, badan berasa panas, berpeluh dan lain-lain gejala menopos semula jadi boleh berlaku.

Jenis Histerektomi

1. Total Histerektomi – di mana rahim dan serviks dikeluarkan

2. Subtotal Histerektomi – di mana rahim dikeluarkan, tetapi serviks tidak dibuang.

3. Total Histerektomi dan Salpingo-oophorectomy – di mana rahim, tiub fallopian dan ovari dikeluarkan.

4. Radikal Histerektomi – melibatkan pembuangan rahim, tiub fallopio, ovari, nodus limfa dan sebahagian dari faraj pada mereka yang mempunyai barah.

Komplikasi Histerektomi

Komplikasi yang mungkin terjadi

  • Reaksi alahan kepada ubat bius
  • Loya dan muntah
  • Jangkitan Kuman
  • Pendarahan dalam Pelvis
  • Pendarahan di bawah kulit
  • Pembentukan Tisu parut pada Pelvis
  • Masalah Kawalan Kencing
  • Keinginan seks Menurun

Komplikasi yang jarang

  • Kejadian darah beku (contohnya – trombosis, trombosis vena dalam atau embolisma pulmonari)
  • Kecederaan pada usus, pundi kencing atau ureter
  • Pembentukan Fistula (lubang yang tidak normal antara struktur dalaman seperti usus dan faraj) 
  • Sokongan Faraj lemah (prolaps vault)
  • Sakit Pelvis berterusan
  • Perasaan kesedihan dan sugul

29 respons kepada “Risiko Pembedahan Histerektomi”

  1. Hi doktor

    Saya novi dari aceh Indonesia. Ada sedikit hal yg saya nak tanyakan. 2thn lepas akak saya menjalani pembedahan total histerektomy di salah satu rmh sakit kat KL. Kak saya mempunyai masalah fibroid terletak di tengah rahim.sebelum pembedahan akak saya selalunya lemas dan hemoglobin dalam badan berkisar 6.lepas pembedahan dokter menganjurkan untuk memakan pil hormon selama 5thn kerana masatu umur akak saya 48thn.setelah setahun meminum pil tsb ianya merasa ok, lalu tak makan lagi pil kerana takut kesan tak baik pada tubuh. Sekarang ia sering mengalami keluhan kat mana mana badan. Yg ingin saya tanyakan apa kesan dari pil hormon apabila kita tak lanjutkan. Apakah benar meminum pil hormon selama lima tahun tak memberikan kesan sampingan seperti cancer atau lainnya. Dan apakah benar tindakan dokter melakukan total histerektomy.

    Terima kasih

    1. hi, kalau hb menjadi begitu rendah, histerectomy dicadangkan kerana usia sudah 48 tahun. makan pil hormon tidak perlu jika tidak mahu. walaubagaimanapun elok jumpa doktor dulu untuk pastikan tiada masalah lain yang menyebbkan masalah keluhan tersebut. pil hormon selamat dimakan dan risiko kanser adalah sangat kecil kerana ia dlm dos yg sangat rendah

  2. Salam, wife saya telah membuang rahim 2 tahun yg lalu sebab melahirkan justeru percreta tahap 4, tapi yg meeisaukan saya, hari ini terdapat tompokan darah….apakah masalahnya dan beliau kata sakit pinggang.kenapa ya.mohon pencerahan

    1. Elok jumpa doktor untuk pemeriksaan faraj. Mungkin jangkitan kuman tapi diagnosa tepat tu kena tengok faraj dgn teliti

  3. assalam dr..sya telah buang rahim,ovari dan tiub pd 2021 ogos pd usia 51 thn krn pendarahan yg teruk…ttp sekrng sya selalu sakit sendi,otot, bahu,sengal badan…..ada tak makanan tambahan yg dpt bantu merawat masalah sya ini…adakah sya perlu ambil terapi hormon?

    1. Salam, eloklah puan makan hormon dulu sbb ia kemungkinan disebbkab kekurangan hormon estrogen.jumpa doktor pakar sakit puan

  4. Salam doktor…saya dah buang rahim dan ovari ..kerana fibroid ..bagaimana seks saya bersama suami adakah terkesan

    1. Tidak terkesan sebb faraj tidak di buang semasa hysterectomy to

      1. Salam dr,3 bulan lepas isteri saya melaku kan pambedahan buang rahim dan kedua2 telur akibat cyst,apakah keinginan sex isteri saya telah putus,ini kerana beliau sering menolak tiap kali saya mengajak melakukan hubungan,dengan alasan beliau tidak ada rasa nak bersama,isteri saya berumur 45,dan saya 46,ini membuatkan saya rasa amat tertekan,harap dr dapat membantu dan beri cadangan,terima kasih

      2. salam tuan, puan pujuk isteri jumpa pakar utk pastikan sebb kenapa dia bersikap sedemikian. mesti ada sebbnya bukan tiada nafsu, kalau sebb kurang hormon, ubat tambah hormon ade

      3. Assalam dr,boleh kah saya berjumpa doc pakar tanpa membawa isteri bersama,dan ceritakan msalahnya pada pakar,ini kerana isteri saya agak keberatan untuk bincangkan hal2 sulit secara terbuka,boleh kah doctor pakar tersebut sarankan ubat hormon yang sesuai tanpa memeriksa isteri saya,terima kasih

      4. tuan boleh bagi tab Premarin 0.625mg sekali sehari dulu kalau isteri segan, bagi diamakan untuk 2-3 bulan tengok macam mana tetapi kalau tak berhasi, jumpa doctor, kena bawa isteri

      5. Salam drju,terima kasih atas respont dr,saya telah bawa isteri berjumpa dr pakar,dr telah berikan pil hormon dan krim faraj,
        Sekiranya isteri berhenti makan pil hormon,adakah tubuh badannya akan kembali lemah seperti dulu,sampai bila kah perlu bergantung dengan pil hormon,ada kah pil hormon ada di jual di kedai2 farmasi

      6. mungkin boleh jadi balik tapi elok isteri encik makan sekurang kurangnya 3 tahun, ubat boleh dapat difarmasi

  5. Assalam dr,selepas isteri saya mnjalani pmbedahan hysteriktomi 3 bulan lepas,dia sering mengadu lesu,sakit badan,lenguh lutut,rasa kekeringan pada faraj,dan tidak bermaya,ini lah sebabnya dia tidak ada keinginan untuk bersama,saya ingin minta nasihat dari dr,terima kasih

  6. Assalamualaikum drju, sekarang ini isteri saya mengamalkan makan pil hormon premarin 0.625mg,enervon c+ dan calcium,boleh kah saya beri dia makan ekstrak kacip fatimah sebagai tambahan,

  7. As salam drju, doktor telah mencadangkan saya utk buang rahim dan kedua ovari saya. Atas pembacaan saya pil hormon yg diambil selepas itu ada risiko cancer, terjadinya sakit pelvik kronik, reput tulang dan kulit muka cepat tua.. Benarkah risiko ini semua dan berapa tinggi kemungkinan ini berlaku.

    1. tipu semua tu, saya pon makan pil hormon tu

  8. Dr Jue

    Sy ada fibroid saiz 6.7×7.4cm dan tidak mengalami sebarang simptom, doktor menyarankan untuk buang rahim n juga ovary sbb dah umur 46 dan family history sy ada ovarian cancer (ibu sy), adakah wajar sy melakukan hal ini dan ambil pil hormon selepas itu? Apa komplikasi pil hormon pd sy selepas pengambilan dan adakah akan menjejaskan kehidupan seksual sy n suami?

    1. tak perlu buang, kenapa puan nak ambil risiko pembedahan tu, risiko kena berbaloi dgn sx , kalau tak ade monitor sahaja

  9. Dr Ju
    Saya baru lepas operation buang fibroid dan buat rahim dan ovari. selepas 4 minggu operation tiada sebarang darah yang keluar .tetapi masuk ke minggu ke 5 ada pendarahan yang keluar tetapi tidak kerap . kadang ada kadang tiada tp masih berlarutan hampir seminggu . saya tidak mengalami sebarang simptom seperti sakit ,demam dan sebagainya . cuma darah kadang kluar seperti period. adakah ia disebabkan luka bahagian kulit dalam . ada ada sebab kemungkinan lain.

    1. mungkin period puan aje, jgn risau kalau ia berhenti lepas 10 hari

      1. Avatar LOH KHAI YUEN
        LOH KHAI YUEN

        Dr Ju,

        Saya 42tahun,doctor nampak fibroid 9cm di uterus semasa menjalankan scan dan baru baru ini saya ada kesan anemia. Doctor sarankan saya buang rahim. Perlukah saya buang pangkal rahim sekali atau kekalkan? Adakah Hospital kerajaan memberi pesakit option utk kekalkan pangkal rahim ?atau terus buang uterus bersama pangkalnya sekali. Kalau kekalkan , apakah kesan sampingan.

      2. sori lambat jawap. sebaiknyer kita buang sekali pangkal rahim sebb ia sebahagian dari rahim, tapi kalau puan tidak buang, puan tidak dapat protection dari kanser rahim bermaksud risiko puan dapat kanser pangkal rahim in the future menjadi 0. itulah sebabnya.

    2. puan buang rahim tapi masih berdarah? elok jumpa doktor kalau darah tu masih merah, mungkin jangktan kuman

  10. salam – omega 3, vit d3, creatine

    1. Avatar Lucyana Bunai Dajau
      Lucyana Bunai Dajau

      Hye drju. Saya ada endometriosis dan adenomyosis. Sudah operation laparoscopic tahun 2021, Dan Endo datang balik 2024 ni. Kebelakangan ini,saya semakin sakit period,paling sakit bahagian punggung belakang Dan bahagian kaki kirismpai berdiri lama pun dh tak tahan..nak duduk pun sakit..baring pun sakit.. adenomyosis tu dlm 7x5cm mcm tu…skrang dokter swasta sugge8sya buat Microwave ablation untuk buang adenomyosis,tapi saya risau bila dh buang adenomyosis Dan Endo Alan datang balik juga beberapa tahun akan datang. Saya sekarang berumur 33 tahun Dan sudah mempunyai Dua orng anak Dan tiada keinginan untk tambah anak lagi. Bolehlah saya consider untuk buang Rahim dokter? Adalah terlalu awal untuk saya..Tapi saya sudah letih sakit period..Dari sekolah menengah lagi saya tak normal mcm orng lain kalau datang bulan..sangat sakit Dan memang tiap² bulan akan period..sebab sya jenis yg peirod setiap bulan..tak pernah missed. Boleh dokter tolong terangkan possibility kes mcm sya ni..adakah Rahim akan dibuang atau ovary juga akan dibuang..sekiranya mempunyai endometriosis d ovary..Dan juga kesan pengambilan ubat hormon selepas buang ovari. Terima kasih dokter.

      1. salam, saya tidak buat lagi hysterectomy puan especially pada case endometriosis sebb pembedahan tu complicated

Tinggalkan Jawapan kepada Novita Usman Batal balasan