Soalan:
Saya hamil 5 minggu dan mengalami sedikit pendarahan faraj sejak pagi semalam. Pada mulanya ia berwarna merah dan setelah berterusan selama beberapa jam, ia menjadi berwarna coklat kehitaman dan sekarang ia sudah berhenti. Apa sebenarnya yang terjadi?
Jawapan
Pendarahan boleh berlaku disebabkan oleh beberapa faktor. Ia mungkin pendarahan ringan yang berhenti dengan sendirinya, tetapi ada juga wanita yang mengalami pendarahan sekali sekala sahaja. Ada juga yang mengalami pendarahan teruk dan mengejut.
Berikut adalah sebab sebab kenapa wanita berdarah semasa di awal kehamilan
1. Pendarahan Implantasi
Dianggarkan 25% daripada wanita mengalami pendarahan semasa trimester pertama. Salah satu sebab pendarahan ini ialah pendarahan implantasi.
Baca lagi: Tanda-tanda Implantasi Yang Anda Perlu Perhati
2. Keguguran
Pendarahan semasa awal hamil tidak semestinya anda akan gugur kerana 50% daripada wanita hamil yang mengalami pendarahan tidak mengalami keguguran. Keguguran boleh berlaku pada bila-bila masa pada 12 minggu pertama dan berlaku pada 15-20% kehamilan.
Sekiranya anda merasa yang terdapat tisu seperti daging keluar dari faraj, bawa tisu tersebut ke klinik supaya doktor boleh memeriksanya. Kebanyakkan keguguran tidak dapat dielakkan. Ia adalah cara badan untuk mencegah daripada mengandung janin yang tidak normal. Keguguran tiada kaitan dengan cara hidup yang aktif dan tiada bukti yang senaman atau seks boleh menyebabkan keguguran.
Baca lagi: 8 Sebab Mengapa Anda Gugur
3. Hamil di luar rahim (Ectopic Pregnancy)
Sebab lain yang boleh menyebabkan pendarahan ialah kehamilan diluar rahim. Sekiranya ia berlaku pada salur fallopian, ia mungkin akan pecah dan boleh membahayakan nyawa. Ini berlaku pada 1 dalam 60 kehamilan
Baca lagi : 6 Tanda Hamil Yang Anda Perlu Risau
4. Kandungan Anggur
Sebab lain yang boleh menyebabkan pendarahan ialah mengandung anggur. Ia disebabkan oleh ketumbuhan tisu tidak normal hasil dari persenyawaan yang membesar dengan cepat didalam rahim. Tiada janin didalam kehamilan ini.
5. Ketumbuhan pada pangkal Rahim
Kanser pangkal rahim atau polip juga boleh menyebabkan pendarahan. Pemeriksaan faraj akan dapat memberikan diagnosa pada masalah ini.
Jika pendarahan kecil anda berterusan, elok jumpa doktor untuk memastikan ia bukan sesuatu yang boleh membahayakan.
Jumpa doktor anda hari ini.
Salamm.. saya nk bertnya skit.. harap doc dapat membantu… istri saya baru disahkan hamil 6mggu… dah duaa hari ada spotted darah … kenapa yee kluar darah mcm tue??
ada kemingkina gugur, elok jumpa doktor
Salam. Sya nak tanya hrap doc dpt mnjwab. Sya d sah kan hamil 5minggu dan mengalami sedikit pendarahan faraj sejak 11/3 sehingga 25/3 ke hari ini. Pada mulanya ia berwarna merah2 jambu lama2 berwarna coklat kehitaman. Tetapi sedikit. Adakah normal atau tidak ya doc? Rasa risau. Sbb ni kehamilan pertama sya. 😌
Pendarahna tak normal, mungkin jangkitan kuman, mungkin juga masalah lain seperti gugur, jumpa doktor