
Keguguran pada trimester pertama iaitu dari usia kandungan 5-12 minggu agak kerap terjadi dan jarang memberikan komplikasi. Ini disebabkan kandungan yang masih kecil dan keguguran berlaku sepenuhnya.
Walaubagaimanapun segelintir wanita tidak dapat mengelak dari komplikasi keguguran. Bertanya dengan dengan doktor anda jika anda mengesyaki yang anda mungkin ada masalah supaya rawatan awal boleh diberikan untuk mengelak dari komplikasi yang lebih teruk.
Komplikasi yang mungkin terjadi termasuk:
Isu janin tidak keluar habis
Pendarahan selepas keguguran akan mengambil masa 2 minggu untuk berhenti. Tetapi sekiranya pendarahan masih tidak berhenti melebihi tiga minggu, anda perlu jumpa doktor untuk memastikan tiada tisu yang tertinggal. Jika Ujian ultrasound mengesahkan kehadiran tisu tersebut, doktor selalunya akan menyarankan D+C untuk mengeluarkan semua tisu yang tertinggal.
Tumpah darah
Pendarahan kecil dan ringan adalah normal selepas keguguran tetapi jika berlaku tumpah darah yang banyak, ia sama sekali tidak normal. Jumpa doktor anda dengan segera.
Jangkitan Selepas Keguguran
Kira-kira 3 peratus wanita mendapat jangkitan selepas keguguran tetapi dengan mudah dirawat dengan antibiotik sekiranya ia dikesan lebih awal. Pastikan anda menghubungi doktor anda jika anda mempunyai tanda-tanda jangkitan selepas keguguran, seperti demam yang tinggi atau pendarahan dan kekejangan selepas keguguran.
Sindrom Asherman
Sindrom Asherman adalah komplikasi keguguran yang sangat jarang terjadi. Keadaan ini terjadi apabila tisu parut terbentuk dalam rahim dan berlaku perlekatan (adhesion) pada rahim selepas D+C. Gejala yang kerap termasuk haid menjadi sikit atau tiada langsung.
Sindrom Asherman juga boleh menyebabkan wanita menjadi sukar hamil dan dan keguguran berulang. Selalunya doktor akan menyarankan pembedahan untuk membuang parut atau perlekatan yang terjadi pada dinding rahim.
Apa yang anda perlu buat?
Jumpa doktor anda hari ini jika anda mengesyaki berlaku komplikasi selepas keguguran anda.
Tinggalkan Jawapan kepada hiya Batal balasan