Komplikasi yang Boleh terjadi Selepas Keguguran

keguguran

Keguguran pada trimester pertama iaitu dari usia kandungan 5-12 minggu agak kerap terjadi dan jarang memberikan komplikasi. Ini disebabkan kandungan yang masih kecil dan keguguran berlaku sepenuhnya.

Walaubagaimanapun segelintir wanita tidak dapat mengelak dari komplikasi keguguran. Bertanya dengan dengan doktor anda jika anda mengesyaki yang anda mungkin ada masalah supaya rawatan awal boleh diberikan untuk mengelak dari komplikasi yang lebih teruk.

Komplikasi yang mungkin terjadi termasuk:

Isu janin tidak keluar habis

Pendarahan selepas keguguran akan mengambil masa 2 minggu untuk berhenti. Tetapi sekiranya pendarahan masih tidak berhenti melebihi tiga minggu, anda perlu jumpa doktor untuk memastikan tiada tisu yang tertinggal. Jika Ujian ultrasound mengesahkan kehadiran tisu tersebut, doktor selalunya akan menyarankan D+C untuk mengeluarkan semua tisu yang tertinggal.

Tumpah darah

Pendarahan kecil dan ringan adalah normal selepas keguguran tetapi jika berlaku tumpah darah yang banyak, ia sama sekali tidak normal. Jumpa doktor anda dengan segera.

Jangkitan Selepas Keguguran

Kira-kira 3 peratus wanita mendapat jangkitan selepas keguguran tetapi dengan mudah dirawat dengan antibiotik sekiranya ia dikesan lebih awal. Pastikan anda menghubungi doktor anda jika anda  mempunyai tanda-tanda jangkitan selepas keguguran, seperti demam yang tinggi atau pendarahan dan kekejangan selepas keguguran.

Sindrom Asherman

Sindrom Asherman adalah komplikasi keguguran yang sangat jarang terjadi. Keadaan ini terjadi apabila tisu parut terbentuk dalam rahim dan berlaku perlekatan (adhesion) pada rahim selepas D+C. Gejala yang kerap termasuk haid menjadi sikit atau tiada langsung.

Sindrom Asherman juga boleh menyebabkan wanita menjadi sukar hamil dan dan keguguran berulang. Selalunya doktor akan menyarankan pembedahan untuk membuang parut atau perlekatan yang terjadi pada dinding rahim.

Apa yang anda perlu buat?

Jumpa doktor anda hari ini jika anda mengesyaki berlaku komplikasi selepas keguguran anda.

 

72 respons kepada “Komplikasi yang Boleh terjadi Selepas Keguguran”

  1. Salam Dr.. sy disahkan keguguran pada 22ogos17 tempoh hari setelah ptama kali melakukan scan dan didapati baby tiada di dalam katung. Sy dberikan tempoh selama 2minggu sebelum dnc.. Tetapi shingga ke hari ini cuma keluar
    darah seakan period biasa(sikit) sudah 3hari.. apakah yg perlu sy lakukan kerana sy belum pernah alami keguguran.

    1. kalau puan tidak ingin menunggu lebih lama untuk dnc, elok jumpa balik dengan doktor yang merawat, bincang samada boleh dipercepatkan dnc tu.

  2. Salam doktor, sy ingin bertanya berkenaan berpantang untuk wanita y keguguran untuk usia kandungan 8minggu. Seperti Panduan pemakanan, Do & don’t, y plg penting berapa lama jangka masa berpantang y sesuai.

    1. 2 minggu dah cukup untuk 8 minggu keguguran

      1. Doktor, saya baru lepas keguguran kandungan 12 minggu 3 hari. Harini hari ketiga saya berpantang tapi perut saya bahagian ari ari sakit sangat secara tiba tiba dan darah lebih banyak sedikit dari semalam. Kenapa ye?

      2. mungkin darah beku block aliran darah, seppatutnya makin sedikit lepas keluar kalau makin banyak elok julpa doktor

  3. Salam Dr. sya telah keguguran (complete miscarriages) pada 27/2/2019 yang lalu diusia kandungan 12 minggu. Ini kandungan sy kedua dan anak pertama telah berusia setahun sembilan bulan. Nifas keluar dalam tempoh 10-12 hari sahaja. Kemudian saya period pada 26/3/2019 hingga 2/4/2019 (kitaran normal seperti sebelum kehamilan). Kemudian pada 7/4/2019 keluar fresh blood sehari shja dan kering. Kemudian 15/4/2019 darah kembali keluar spt period dgn byk dan keluar ketulan-ketulan darah yang besar. Saya ke wad tempat dptkan rwtan keguguran dan Staff Nurse ambil upt dan result -ve. Tidak dapat berjumpa dengan Doktor. Saya bercadang untuk berjumpa Doktor Pakar Sakit Puan pada hari esok untuk bertanya hal ini. Deep inside my heart, i feel very stress and worried

    1. salam, kalau haid atau darah keluar dengan banyak, tak kesah kalau UPT negative atau tidak, d+C perlu dilakukan. eloklah jumpa doktor dengan segera

  4. Assalam doktor sy keguguran pd 6/2/2020, darah keluar disertai ketulan dlm 5hari… Selepas tu darah mula keluar sedikit2 wrna coklat sehingga 27/2/2020
    28/2/2020 darah period pula keluar sehingga 7 hari 4hari tu darah keluar byk, 3hari sedikit2, 2hari selepas tu darah stop dh xde keluar 5/3/2020 tapi 8/3/2020 darah coklat cair pula keluar sehingga hari ini masih ada lendir2 coklat cair… Adakah itu normal atau ada “tisu” tertinggal, dan boleh sy tau apa maksud doktor dgn “tisu”

    1. salam, agak normal, tapi kalau pendarahan beterusan sehingga 1 bulan, elok buat UltrasoundS rahim

      1. Avatar Nurhidayah binti sulaiman
        Nurhidayah binti sulaiman

        Sy pernah gugur PD pertengahan bulan 12 dan pendarahan hbis tapi Sy tidak berpantang kerana pegawai Sy diberitahu Sy sihat akibat itu Sy selalu sakit bhgiakn peranakan kaki kejang badan sejuk sehingga mnghil

      2. Tak perlu berpantang badab sejok dan tengak tidak berpunca dari berpantang

  5. assalammulaikum doc saya nak bertanye saya da 7 hari keguguran tapi still ade kua darah ketul2 warne darah merah pekat patot saya pergi klinik atau pergi urut
    kadang2 rasa sakit,tiba2 okay balik boleh jelas kan>?

    1. salam , kalau darah berketul elok jumpa doktor takut tertingal tisu dan jangkitan kuman

      1. Salam doc, sy gugur pada usia 8minggu tarikh 2/4. Pendarahan berlanjutan selama 2minggu dan kemudian keluar lendir coklat sehingga 8/5 . 9/5 darah fresh keluar. Kemudian sy bertungku mlmkerana ketidak selesaan yg sy alami. 11/5 ketulan darah beku sebesar tapak tgn keluar. Adakah itu normal? Sy telah pergi ke klinik utk scan rahim sy dan doc ckp rahim sy dah kosong pada penghujung bulan 4 .

      2. scan dgn doktor pakar. kalau gp tu tak pasti accurate ke tak?

  6. Saya pregnant tp kantung baby dok bawah…usia baru 8 mnggu …darah keluar dh seminggu ada kah ia normal

  7. Sy kegguran pd 10/1/22 smpai sekarang belum period…dlm perut selalu sakit lagi klau lepas brsame kenapa ea..

    1. Salam. Elok jumpa doktor ubtuk memastikan tiada cyst atau jangkitan kuman. Ultrasound perku dibuat

  8. Saya keguguran 7mggu usia kndungan. 5hb sept sy d&c . Dah 13hri selepas d&c tapi darah masih kluar . Hari ke 8-11darah dah mcm coklat sikit2 hari yang seterusnya kluar darah balik. Sy mkn mmg pantang . Bubur sayur n sunkist yang disaran oleh doctor. Takde ketulan ape2,normal ke ?

    1. Elok puan berjumpa dgn doktor untuk pastikan tiada tisu janin yang tertinggal. Buat ujian ultrasound

  9. Hi. Saya keguguran pada 17/9/2022. Ni dah masuk 5 hari pertama darah ketul2. Selapas hari keenam darah dah mula berkurang dan masuk hari ke 11 darah keluar sedikit dan berwarna coklat. Adakah ini normal? Atau saya perlu scan rahim?

    1. hi, agak normal jgn risau, tapi kalau tiba tiba ia keluar darah beku atau kena pakai sanitari pad, kena juma doktor untuk scan

  10. Salam Dr Ju. Saya sedang mengalami keguguran sejak 5 hari lepas. Saiz kantung semasa scan ialah 6minggu 3 hari (tiada fetal pole / fetal heartbeat dikesan). Saya mendapati yg keluar ialah tisu berwarna coklat / merah gelap macam tali berukuran 10cm dan cuma sedikit darah keluar setiap kali pergi ke tandas. Tiada pendarahan yang banyak atau ketulan darah besar. Adakah ini normal?

    1. Tak normal. Elok jumpa doktor sbb dah gugur tu dan keguguran perlu dicuci

  11. Hai doc, saya mengalami keguguran di usia kandungan 6 minggu, selepas sehari keguguran, darah yang keluar seperti darah period tapi kuantitinya sedikit, adakahbitu normal?

    1. Normal sebb selalunya ia akan heavy beberapa hri kemudian

  12. Salam dr sy baru lepas keguguran 2 minggu lepas , tapi bila sy test pregnant c test tu naik 2 line kenapa yea dr ? Tapi memang darah keluar masa gugur tu warna merah pekat lepas tu coklat2

    1. Memang akan masih positf sebb hormon kehamilan tu ambil masa untuk hilang sepenuhnya dari basan kita darah collat dari kemerahan normal

  13. Adakah normal sakit bawah perut seperti ditoreh pisau selepas keguguran?

    1. Sama sekali tidak normal, elok jimpa doktor secepat mungkin

    2. salam doktor lepas abis pantang gugur saya datang keputihan banyak tapi tidak berbau adakah ada masalah ?

      1. kalau gatal dan macam cheese mungkin yis. jumpa doktor

  14. salam dr . saya gugur kandungan 3 bulan lebih 11hb lepas keluar darah ketulan hari firstday tu bnyk lepas hari seterusnya keluar tak banyak sngt . hari ke enam pulak darah tak keluar dia ada mcm warna kelabu hari ke tujuh keluar darah pulak pastu keluar darah pastu jadi warna kelabu . adakah normal?

  15. Assalamualaikum doktor..semlm saya keguguran janin keluar masih dalam air ketuban,tak perlu buat dc kan dok…
    Perut saya masih sakit kejap sakit lepas tu tak lagi normal tak doktor?berapa hari ye darah behenti kluar?

    1. Tak normal. Elok jumpa doktor. Mungkin kena dnc

  16. Dr. Saya gugur kandungan 11 minggu pada 5hb bulan ni. Darah masih keluar kadang2 warna light brown mcm tu kdg2 waktu pagi atau malam. Darah keluar jika banyak berjalan / buat aktiviti berat. Adakah itu normal ? Dan berapa lama darah akan berhenti ?

    1. ambil masa sikit kalau gugur 11 minggu, mungkin 1-2 minggu lagi baru hilang sepenuhnya. tapi kalau makin heavy, jumpa doktor

      1. Salam Dr . sy pernah keguguran 12/2 haritu.. kandungan waktu tu usia 5 minggu.. baru2 ni lebih kurg 15/3 sy period sehingga ke harini lebih kurg dah 17 hari.. warna darah sy agak hitam , dan bahagian kanan tempat tempelan janin dulu kelihatan mcm bengkak berbanding belah kiri.. nampak la perbezaan nya.. normal ke Dr ? Atau sy perlu ke klinik utk cek?

      2. Ye. Elok jumpa doktor dan scan

  17. salam dokter,saya alami keguguran kandungan 7minggu..hariny ke 4 saya berpantang..saya masih keluar darah dan kadang2 sakit di bahagian ari2 di perut…adakah normal selepas keguguran??

    1. Salam , elok jumpa doktor dan buat scab, takut tisu masih banyak tertinggal

  18. salam doktor saya lepas pantang ada keputihan lendiran tak rasa gatal apa pon lepas tu ada turun darah sedikit mcm period lepastu sakit rasa pinggang . adakah ada masalah ?

    1. Kalau ia berpanjangan elok jumpa doktor. Mungkin ada jangkitan kuman pada faraj

  19. assalamualaikum doctor, saya baru sahaja gugur pada 20/2/2023, dan kandungan saya 9weeks. harini dh masuk 4 hari saya berpantang. Saya cuma nk tahu adakah rahim saya betul dicuci ? Haritu doc yg check saya dia kata complete miscarriage. So kalau complete miscarriage tak perlu cuci rahim ke? sbb harini masih sakit perut bahagian bawah. cumanya tidak la terlalu sakit cuma mcm nyeri sedikit. Tapi saya jadi risau. darah kalau ikutkan dh berkurang. .

    1. Kalau ultrasound menunjukkan rahim sudah kosong bermaksud complete. Walaubagaimanapun, jika sakit berterusan atau darah semakin banyak—elok jumpa doktor

  20. Assalamualaikum doktor..
    Saye keguguran pada 18/1/23 dan darah berat keluar 2minggu lebih kemudian hanya darah yg sedikit2..setlah sebulan darah stop..dan selepas 13hari darah keluar semula tetapi seperti darah period tebal selaps 7hari berhenti..kemudian selang 5hari darah keluar semula tetapi hanya selirat dan seperti daun kecil sizenya..dan masih keluar..kemudian pada hari ini 25/12 saya mandi sperti biasa pada waktu ptg kemudian keluar darah yg banyak tp tidak terlalu banyak..adakah normal perdarahan seperti saya berlaku selepas keguguran?

    1. salam, elok jumpa doktor untuk scan- pastikan tiada yang tertinggal dalam rahim

  21. salam doktor..saya keguguran (5minggu) pada 23/2/23 tempoh hari..pada 23/2 sya telah membuat scan dan doktor beritahu hanya tinggal sedikit darah beku d dlm rahim..harini masuk hari ke4, sepanjang tempoh ini darah keluar agak sedikit dan hanya keluar apabila buang air kecil saja dan pada hari ke4 totaly langsung tiada darah sdh keluar..adakah ini normal?

    1. Normal. Tetapi kalau tiba tiba berdarah dgn banyak lepas beberapa hri ni. Jumpa doktor

    2. Salam Doc, saya baru keguguran 10/5/23 kmudian sy mengalami pendarahan nifas selama 15hari dan darah totally kering selepas 15hari tu. Selepas 2minggu keguguran, Dr sahkan yang rahim saya sudah totally kosong, tak ada fibroid/cyst dan dinding rahim juga sudah tidak tebal.

      Tapi pada 4/6/23, darah keluar semula dalam jumlah yang banyak. Saya tak mengalami sebarang rasa sakit di perut. Adakah itu normal Dr?

      1. mungkin ia darah haid. jadi jgn risau

  22. Assalamauaikum doktor… pada 13/3/23 sya baru cuci rahim dekat hospital dan lepas cuci rahim tuu darah saya keluar hanya 1 hari saja darah pun tak byk .. 19/3/23 nie keluar darah adakah itu darah haid ?

    1. Bukan darah haid. Masih darah nidas

  23. Salam doktor. Saya baru lepas keguguran 8 minggu. Harini hari ke-5 saya berpantang tapi harini perut saya sakit macam rasa sakit perut keguguran haritu. Adakah normal?

    1. tak normal. elok jumpa doktor kena buat scan

  24. Assalamualaikum doktor, sy gugur 28/3 dan masih ada pendarahan ada kah ia normal?

    1. tak normal samasekali, kena buat scan tu

  25. Salam dr..saya keguguran 1/5 darah stop lepas 5 hari dari hari first gugur and lepas pada tu ada kluar lendiran koko ada masa banyak ada masa sikit..tapi start semalam keluar tompokkan hitam dan hari ni start berdarah balik..hari ni hari ke 17 saya gugur..kes mcm ni normal atau tak dr ?

    1. kalau darah tu merah dan fresh elok jumpa doktor takut banyak tertinggal, kalau aliran cuma spotting ia agak normal

  26. Salm dokter saya keguguran 6minggu…saya gugur 18/06/2023… hari kedua sye pening on off chek tekanan darah ok..knpe ye normal ke

    1. kena check hemoglobin tu normal ke tidak

  27. Assalamualaikum doc.. sy hamil blighted ovum dan buat D&C pd usia kndngn 16w4d pd 3/1.. selepas 5 hari, keluar darah bercampur dgn something berwarna kuning susu kehijauan spt nanah@hingus tp berbau darah.. hari ke7 tiada keluar apa² dan hari ke8 keluar semula something berwarna kuning susu kehijauan dlm kuantiti sedikit.. hari ke8 keluar lg dlm kuantiti yg byk.. setiap kli sblm keluar, perut sy rs skt spt senggugut nk keluar darah beku keguguran dan pd hari ke8 hingga ke hari ni hari ke10 perut sy skt bagaikan dihiris².. utk mklmn doc, sy pernah 2x keguguran complete (keluar sendiri tnp D&C) utk kndgn pertama dan kedua.. ni kndgn ke5.. adakah normal atau sy perlu berjumpa doc?

    1. macam tertinggal aje tisu janin mungkin keluar semua, elok jumpa doktor untuk scan

    2. betul, puan kena berjumpa doktor, buat scan takut tertinggal, kalau normal, mungkin jangkitan yeast sahaja. jumpa doktor berdekatan- doktor [akar atau kalau nak jumpa sahaya kalau kat selangor ni boleh datang ke columbia asia puchong –

      1. Alhamdulillah. Lepas beberapa hari sy tnya doc, sy terus ke hsptl sbb skt bwh perut yg sgt² teruk smpai tak blh duduk dan baring hingga hmpir pengsan. Doc bg 2 jenis antibiotik dan 2 jenis 2 tahan skt utk 2 minggu. Doc juga ada ambik sample. Sejak dr tu skt msh ada tp semakin berkurang dan 26hb darah mula keluar dlm kuantiti yg sedikit. Pagi ni sy apoimen pakar. Doc kta, hasil dr sample yg diambik ada kulat dan doc bg ubat Clotrimazole Vaginal 500mg utk hari ini sj. Terima kasih ats bantuan doc ya. Semoga sentiasa dirahmati Allah

  28. Avatar Flora Nayan Anak Jadot
    Flora Nayan Anak Jadot

    Hai…. saya keguguran pada kandungan 20 week pada 5/4/2025… Dan sekarang saya telah mengalami demam panas serta menggigil selama 4 hari. Adakah itu normal?

    1. tak normal -pergi emergency sekarang

  29. Avatar futuristicallyd5b5e9c8fd
    futuristicallyd5b5e9c8fd

    Assalam doc.. saya keguguran pada 19/7/25, berlaku bleeding yg banyak dan saya ke emergency.. doc yg rawat saya cakap dah korek keluar habis semuanya pada masa tu. darah nifas masih keluar hingga harini. harini genap 2 minggu saya keguguran tiba-tiba berlaku bleeding yg banyak iaitu darah merah terang fresh dan keluar banyak ketulan. paling besar macam ketulan daging dan saiznya panjang. sebelum berlaku bleeding.. kepala saya sakit berdenyut area belakang. ketika bleeding berlaku ari² saya sakit seperti senggugut bila ade ketulan nak keluar dan saya rasa mual nak muntah. adakah perkara ni normal walau selepas 2 minggu keguguran? ketika saya tulis komen ni keadaan saya dah sedikit baik.. darah dah tak banyak seperti tadi, dah takde ketulan keluar buat masa ni, cuma kepala je masih rasa sakit.

    1. maaf lambat jawap- tak normal dikelok jumpa doktor kalau jadi lagi

Tinggalkan Jawapan kepada Flora Nayan Anak Jadot Batal balasan