Komplikasi yang Boleh terjadi Selepas Keguguran

keguguran

Keguguran pada trimester pertama iaitu dari usia kandungan 5-12 minggu agak kerap terjadi dan jarang memberikan komplikasi. Ini disebabkan kandungan yang masih kecil dan keguguran berlaku sepenuhnya.

Walaubagaimanapun segelintir wanita tidak dapat mengelak dari komplikasi keguguran. Bertanya dengan dengan doktor anda jika anda mengesyaki yang anda mungkin ada masalah supaya rawatan awal boleh diberikan untuk mengelak dari komplikasi yang lebih teruk.

Komplikasi yang mungkin terjadi termasuk:

Isu janin tidak keluar habis

Pendarahan selepas keguguran akan mengambil masa 2 minggu untuk berhenti. Tetapi sekiranya pendarahan masih tidak berhenti melebihi tiga minggu, anda perlu jumpa doktor untuk memastikan tiada tisu yang tertinggal. Jika Ujian ultrasound mengesahkan kehadiran tisu tersebut, doktor selalunya akan menyarankan D+C untuk mengeluarkan semua tisu yang tertinggal.

Tumpah darah

Pendarahan kecil dan ringan adalah normal selepas keguguran tetapi jika berlaku tumpah darah yang banyak, ia sama sekali tidak normal. Jumpa doktor anda dengan segera.

Jangkitan Selepas Keguguran

Kira-kira 3 peratus wanita mendapat jangkitan selepas keguguran tetapi dengan mudah dirawat dengan antibiotik sekiranya ia dikesan lebih awal. Pastikan anda menghubungi doktor anda jika anda  mempunyai tanda-tanda jangkitan selepas keguguran, seperti demam yang tinggi atau pendarahan dan kekejangan selepas keguguran.

Sindrom Asherman

Sindrom Asherman adalah komplikasi keguguran yang sangat jarang terjadi. Keadaan ini terjadi apabila tisu parut terbentuk dalam rahim dan berlaku perlekatan (adhesion) pada rahim selepas D+C. Gejala yang kerap termasuk haid menjadi sikit atau tiada langsung.

Sindrom Asherman juga boleh menyebabkan wanita menjadi sukar hamil dan dan keguguran berulang. Selalunya doktor akan menyarankan pembedahan untuk membuang parut atau perlekatan yang terjadi pada dinding rahim.

Apa yang anda perlu buat?

Jumpa doktor anda hari ini jika anda mengesyaki berlaku komplikasi selepas keguguran anda.

 

Advertisements

4 thoughts on “Komplikasi yang Boleh terjadi Selepas Keguguran

  1. Suzie Ogos 27, 2017 / 12:50 am

    Salam Dr.. sy disahkan keguguran pada 22ogos17 tempoh hari setelah ptama kali melakukan scan dan didapati baby tiada di dalam katung. Sy dberikan tempoh selama 2minggu sebelum dnc.. Tetapi shingga ke hari ini cuma keluar
    darah seakan period biasa(sikit) sudah 3hari.. apakah yg perlu sy lakukan kerana sy belum pernah alami keguguran.

    • drju Ogos 28, 2017 / 11:08 pm

      kalau puan tidak ingin menunggu lebih lama untuk dnc, elok jumpa balik dengan doktor yang merawat, bincang samada boleh dipercepatkan dnc tu.

  2. SITI HAWA September 11, 2017 / 5:12 pm

    Salam doktor, sy ingin bertanya berkenaan berpantang untuk wanita y keguguran untuk usia kandungan 8minggu. Seperti Panduan pemakanan, Do & don’t, y plg penting berapa lama jangka masa berpantang y sesuai.

    • drju September 12, 2017 / 6:15 pm

      2 minggu dah cukup untuk 8 minggu keguguran

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

w

Connecting to %s