Komplikasi yang Boleh terjadi Selepas Keguguran

keguguran

Keguguran pada trimester pertama iaitu dari usia kandungan 5-12 minggu agak kerap terjadi dan jarang memberikan komplikasi. Ini disebabkan kandungan yang masih kecil dan keguguran berlaku sepenuhnya.

Walaubagaimanapun segelintir wanita tidak dapat mengelak dari komplikasi keguguran. Bertanya dengan dengan doktor anda jika anda mengesyaki yang anda mungkin ada masalah supaya rawatan awal boleh diberikan untuk mengelak dari komplikasi yang lebih teruk.

Komplikasi yang mungkin terjadi termasuk:

Isu janin tidak keluar habis

Pendarahan selepas keguguran akan mengambil masa 2 minggu untuk berhenti. Tetapi sekiranya pendarahan masih tidak berhenti melebihi tiga minggu, anda perlu jumpa doktor untuk memastikan tiada tisu yang tertinggal. Jika Ujian ultrasound mengesahkan kehadiran tisu tersebut, doktor selalunya akan menyarankan D+C untuk mengeluarkan semua tisu yang tertinggal.

Tumpah darah

Pendarahan kecil dan ringan adalah normal selepas keguguran tetapi jika berlaku tumpah darah yang banyak, ia sama sekali tidak normal. Jumpa doktor anda dengan segera.

Jangkitan Selepas Keguguran

Kira-kira 3 peratus wanita mendapat jangkitan selepas keguguran tetapi dengan mudah dirawat dengan antibiotik sekiranya ia dikesan lebih awal. Pastikan anda menghubungi doktor anda jika anda  mempunyai tanda-tanda jangkitan selepas keguguran, seperti demam yang tinggi atau pendarahan dan kekejangan selepas keguguran.

Sindrom Asherman

Sindrom Asherman adalah komplikasi keguguran yang sangat jarang terjadi. Keadaan ini terjadi apabila tisu parut terbentuk dalam rahim dan berlaku perlekatan (adhesion) pada rahim selepas D+C. Gejala yang kerap termasuk haid menjadi sikit atau tiada langsung.

Sindrom Asherman juga boleh menyebabkan wanita menjadi sukar hamil dan dan keguguran berulang. Selalunya doktor akan menyarankan pembedahan untuk membuang parut atau perlekatan yang terjadi pada dinding rahim.

Apa yang anda perlu buat?

Jumpa doktor anda hari ini jika anda mengesyaki berlaku komplikasi selepas keguguran anda.

 

58 thoughts on “Komplikasi yang Boleh terjadi Selepas Keguguran”

  1. Salam Dr.. sy disahkan keguguran pada 22ogos17 tempoh hari setelah ptama kali melakukan scan dan didapati baby tiada di dalam katung. Sy dberikan tempoh selama 2minggu sebelum dnc.. Tetapi shingga ke hari ini cuma keluar
    darah seakan period biasa(sikit) sudah 3hari.. apakah yg perlu sy lakukan kerana sy belum pernah alami keguguran.

    1. kalau puan tidak ingin menunggu lebih lama untuk dnc, elok jumpa balik dengan doktor yang merawat, bincang samada boleh dipercepatkan dnc tu.

  2. Salam doktor, sy ingin bertanya berkenaan berpantang untuk wanita y keguguran untuk usia kandungan 8minggu. Seperti Panduan pemakanan, Do & don’t, y plg penting berapa lama jangka masa berpantang y sesuai.

  3. Salam Dr. sya telah keguguran (complete miscarriages) pada 27/2/2019 yang lalu diusia kandungan 12 minggu. Ini kandungan sy kedua dan anak pertama telah berusia setahun sembilan bulan. Nifas keluar dalam tempoh 10-12 hari sahaja. Kemudian saya period pada 26/3/2019 hingga 2/4/2019 (kitaran normal seperti sebelum kehamilan). Kemudian pada 7/4/2019 keluar fresh blood sehari shja dan kering. Kemudian 15/4/2019 darah kembali keluar spt period dgn byk dan keluar ketulan-ketulan darah yang besar. Saya ke wad tempat dptkan rwtan keguguran dan Staff Nurse ambil upt dan result -ve. Tidak dapat berjumpa dengan Doktor. Saya bercadang untuk berjumpa Doktor Pakar Sakit Puan pada hari esok untuk bertanya hal ini. Deep inside my heart, i feel very stress and worried

    1. salam, kalau haid atau darah keluar dengan banyak, tak kesah kalau UPT negative atau tidak, d+C perlu dilakukan. eloklah jumpa doktor dengan segera

  4. Assalam doktor sy keguguran pd 6/2/2020, darah keluar disertai ketulan dlm 5hari… Selepas tu darah mula keluar sedikit2 wrna coklat sehingga 27/2/2020
    28/2/2020 darah period pula keluar sehingga 7 hari 4hari tu darah keluar byk, 3hari sedikit2, 2hari selepas tu darah stop dh xde keluar 5/3/2020 tapi 8/3/2020 darah coklat cair pula keluar sehingga hari ini masih ada lendir2 coklat cair… Adakah itu normal atau ada “tisu” tertinggal, dan boleh sy tau apa maksud doktor dgn “tisu”

      1. Sy pernah gugur PD pertengahan bulan 12 dan pendarahan hbis tapi Sy tidak berpantang kerana pegawai Sy diberitahu Sy sihat akibat itu Sy selalu sakit bhgiakn peranakan kaki kejang badan sejuk sehingga mnghil

  5. assalammulaikum doc saya nak bertanye saya da 7 hari keguguran tapi still ade kua darah ketul2 warne darah merah pekat patot saya pergi klinik atau pergi urut
    kadang2 rasa sakit,tiba2 okay balik boleh jelas kan>?

      1. Salam doc, sy gugur pada usia 8minggu tarikh 2/4. Pendarahan berlanjutan selama 2minggu dan kemudian keluar lendir coklat sehingga 8/5 . 9/5 darah fresh keluar. Kemudian sy bertungku mlmkerana ketidak selesaan yg sy alami. 11/5 ketulan darah beku sebesar tapak tgn keluar. Adakah itu normal? Sy telah pergi ke klinik utk scan rahim sy dan doc ckp rahim sy dah kosong pada penghujung bulan 4 .

  6. Saya keguguran 7mggu usia kndungan. 5hb sept sy d&c . Dah 13hri selepas d&c tapi darah masih kluar . Hari ke 8-11darah dah mcm coklat sikit2 hari yang seterusnya kluar darah balik. Sy mkn mmg pantang . Bubur sayur n sunkist yang disaran oleh doctor. Takde ketulan ape2,normal ke ?

  7. Hi. Saya keguguran pada 17/9/2022. Ni dah masuk 5 hari pertama darah ketul2. Selapas hari keenam darah dah mula berkurang dan masuk hari ke 11 darah keluar sedikit dan berwarna coklat. Adakah ini normal? Atau saya perlu scan rahim?

    1. hi, agak normal jgn risau, tapi kalau tiba tiba ia keluar darah beku atau kena pakai sanitari pad, kena juma doktor untuk scan

  8. Salam Dr Ju. Saya sedang mengalami keguguran sejak 5 hari lepas. Saiz kantung semasa scan ialah 6minggu 3 hari (tiada fetal pole / fetal heartbeat dikesan). Saya mendapati yg keluar ialah tisu berwarna coklat / merah gelap macam tali berukuran 10cm dan cuma sedikit darah keluar setiap kali pergi ke tandas. Tiada pendarahan yang banyak atau ketulan darah besar. Adakah ini normal?

  9. Hai doc, saya mengalami keguguran di usia kandungan 6 minggu, selepas sehari keguguran, darah yang keluar seperti darah period tapi kuantitinya sedikit, adakahbitu normal?

  10. Salam dr sy baru lepas keguguran 2 minggu lepas , tapi bila sy test pregnant c test tu naik 2 line kenapa yea dr ? Tapi memang darah keluar masa gugur tu warna merah pekat lepas tu coklat2

    1. Memang akan masih positf sebb hormon kehamilan tu ambil masa untuk hilang sepenuhnya dari basan kita darah collat dari kemerahan normal

  11. salam dr . saya gugur kandungan 3 bulan lebih 11hb lepas keluar darah ketulan hari firstday tu bnyk lepas hari seterusnya keluar tak banyak sngt . hari ke enam pulak darah tak keluar dia ada mcm warna kelabu hari ke tujuh keluar darah pulak pastu keluar darah pastu jadi warna kelabu . adakah normal?

  12. Assalamualaikum doktor..semlm saya keguguran janin keluar masih dalam air ketuban,tak perlu buat dc kan dok…
    Perut saya masih sakit kejap sakit lepas tu tak lagi normal tak doktor?berapa hari ye darah behenti kluar?

  13. Dr. Saya gugur kandungan 11 minggu pada 5hb bulan ni. Darah masih keluar kadang2 warna light brown mcm tu kdg2 waktu pagi atau malam. Darah keluar jika banyak berjalan / buat aktiviti berat. Adakah itu normal ? Dan berapa lama darah akan berhenti ?

    1. ambil masa sikit kalau gugur 11 minggu, mungkin 1-2 minggu lagi baru hilang sepenuhnya. tapi kalau makin heavy, jumpa doktor

      1. Salam Dr . sy pernah keguguran 12/2 haritu.. kandungan waktu tu usia 5 minggu.. baru2 ni lebih kurg 15/3 sy period sehingga ke harini lebih kurg dah 17 hari.. warna darah sy agak hitam , dan bahagian kanan tempat tempelan janin dulu kelihatan mcm bengkak berbanding belah kiri.. nampak la perbezaan nya.. normal ke Dr ? Atau sy perlu ke klinik utk cek?

  14. salam dokter,saya alami keguguran kandungan 7minggu..hariny ke 4 saya berpantang..saya masih keluar darah dan kadang2 sakit di bahagian ari2 di perut…adakah normal selepas keguguran??

  15. salam doktor saya lepas pantang ada keputihan lendiran tak rasa gatal apa pon lepas tu ada turun darah sedikit mcm period lepastu sakit rasa pinggang . adakah ada masalah ?

  16. assalamualaikum doctor, saya baru sahaja gugur pada 20/2/2023, dan kandungan saya 9weeks. harini dh masuk 4 hari saya berpantang. Saya cuma nk tahu adakah rahim saya betul dicuci ? Haritu doc yg check saya dia kata complete miscarriage. So kalau complete miscarriage tak perlu cuci rahim ke? sbb harini masih sakit perut bahagian bawah. cumanya tidak la terlalu sakit cuma mcm nyeri sedikit. Tapi saya jadi risau. darah kalau ikutkan dh berkurang. .

    1. Kalau ultrasound menunjukkan rahim sudah kosong bermaksud complete. Walaubagaimanapun, jika sakit berterusan atau darah semakin banyak—elok jumpa doktor

  17. Assalamualaikum doktor..
    Saye keguguran pada 18/1/23 dan darah berat keluar 2minggu lebih kemudian hanya darah yg sedikit2..setlah sebulan darah stop..dan selepas 13hari darah keluar semula tetapi seperti darah period tebal selaps 7hari berhenti..kemudian selang 5hari darah keluar semula tetapi hanya selirat dan seperti daun kecil sizenya..dan masih keluar..kemudian pada hari ini 25/12 saya mandi sperti biasa pada waktu ptg kemudian keluar darah yg banyak tp tidak terlalu banyak..adakah normal perdarahan seperti saya berlaku selepas keguguran?

  18. salam doktor..saya keguguran (5minggu) pada 23/2/23 tempoh hari..pada 23/2 sya telah membuat scan dan doktor beritahu hanya tinggal sedikit darah beku d dlm rahim..harini masuk hari ke4, sepanjang tempoh ini darah keluar agak sedikit dan hanya keluar apabila buang air kecil saja dan pada hari ke4 totaly langsung tiada darah sdh keluar..adakah ini normal?

  19. Assalamauaikum doktor… pada 13/3/23 sya baru cuci rahim dekat hospital dan lepas cuci rahim tuu darah saya keluar hanya 1 hari saja darah pun tak byk .. 19/3/23 nie keluar darah adakah itu darah haid ?

  20. Salam doktor. Saya baru lepas keguguran 8 minggu. Harini hari ke-5 saya berpantang tapi harini perut saya sakit macam rasa sakit perut keguguran haritu. Adakah normal?

  21. Salam dr..saya keguguran 1/5 darah stop lepas 5 hari dari hari first gugur and lepas pada tu ada kluar lendiran koko ada masa banyak ada masa sikit..tapi start semalam keluar tompokkan hitam dan hari ni start berdarah balik..hari ni hari ke 17 saya gugur..kes mcm ni normal atau tak dr ?

    1. kalau darah tu merah dan fresh elok jumpa doktor takut banyak tertinggal, kalau aliran cuma spotting ia agak normal

Tinggalkan Jawapan kepada drju Batal balasan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: