11 Punca Berlaku Pendarahan Selepas Hubungan Seks

berdarah-selepas-seks

Pendarahan semasa atau selepas hubungan seks boleh disebabkan oleh pelbagai punca. Kanser pangkal rahim adalah salah satu punca yang paling serius. Walau bagaimanapun ia bukan satu-satunya sebab mengapa pendarahan berlaku selepas hubungan kelamin.

Apa juga punca pendarahan yang berkaitan dengan hubungan seks, ia bukan satu gejala yang harus diambil mudah dan anda dinasihatkan berjumpa doktor anda dengan segera jika berlaku pendarahan faraj semasa atau selepas hubungan seks.

Antara punca-punca biasa berlaku pendarahan semasa dan selepas hubungan seks termasuk;

1.  Displasia Serviks

Pendarahan selepas hubungan seks boleh menjadi tanda kepada Displasia Serviks atau juga dikenali sebagai Neoplasia Intraepithelial Serviks (CIN). Displasia Serviks menunjukkan kehadiran sel tidak normal dalam serviks yang boleh menjadi Pre-kanser yang boleh berubah menjadi kanser. Sel-sel ini boleh dikesan dengan membuat ujian pap.

Sel-sel pre-kanser boleh dirawat dengan jayanya dan rawatan awal sangat berkesan bagi mencegah wanita dari mendapat kanser.

2.  Kanser Serviks (Cervical Cancer)

Pendarahan Faraj merupakan gejala utama kanser pangkal rahim. Walaupun kadar kehadiran kanser serviks semakin berkurang disebabkan oleh ujian saringan pap namun ia masih lagi kanser utama kalangan wanita di seluruh dunia.

3.  Kanser Rahim (Endometrial Cancer)

Kanser rahim adalah kanser yang terjadi pada lapisan endometrium dan boleh menyebabkan pendarahan selepas seks.

4.  Ektropion Serviks (Cervical ectropion)

Ektropion pangkal rahim adalah satu keadaan di mana lapisan tisu pada bahagian dalam serviks tumbuh di luar permukaan serviks. Tisu ini sangat lembut dan dipenuhi dengan salur darah kecil dan bila disentuh mudah berlaku pendarahan.

Ektropion Serviks adalah bukan sejenis kanser. Ia kerap terjadi kepada wanita hamil dan mereka yang mengambil pil perancang. Namun kebanyakkan wanita tidak memerlukan sebarang rawatan. Tetapi sekiranya ia kerap memberikan masalah seperti keputihan dan pendarahan, ia boleh dibuang dengan menggunakan prosedur ringkas seperti Laser dan Diathermy.

5.  Polip Serviks

Polip pada serviks adalah ketumbuhan bukan kanser dalam serviks. Ia adalah di antara punca paling utama bagi pendarahan selepas hubungan seks. Polip Seviks juga menjadi punca utama pendarahan semasa hamil disebabkan kehadiran hormon yang datang semasa hamil mengalakkan pertumbuhan polip. Gejala lain termasuk pendarahan di tengah bulan, keputihan dan faraj berbau.

6.  Penyakit Kelamin

Wanita yang mempunyai penyakit kelamin seperti jangkitan Chlamydia, Trichomoniasis dan Gonorrhea boleh berdarah selepas persetubuhan.

7.  Faraj Kering

Hormon Estrogen yang diperlukan untuk mempastikan tisu faraj lembab dan elastik. Jika tahap estrogen berkurangan maka pendarahan boleh berlaku. Ia kerap terjadi kepada wanita yang sudah Menopos (Atrophic Vaginitis) dan juga mereka yang menyusukan badan.

8.  Jangkitan Yis

Jangkitan Yis juga boleh dikaitkan dengan pendarahan selepas hubungan seks. Perhatikan juga gejala-gejala lain seperti pedih, gatal dan keluar keputihan seperti keju dari faraj.

9.  Polip Rahim

Polip Rahim adalah ketumbuhan yang terjadi dari tisu endometrium. Ia boleh menyebabkan pendarahan tidak normal termasuk pendarahan selepas hubungan seks.

10. Fibroid

Fibroid Rahim yang tumbuh di dalam rahim atau pangkal rahim boleh menyebabkan berlaku pendarahan selepas hubungan seks.

11. Faraj Luka

Hubungan seks yang lasak boleh menyebabkan luka pada faraj. Selaput dara yang koyak pada pertama kali berhubungan juga boleh menyebabkan pendarahan. Sekiranya pendarahan teruk terjadi seperti keluar darah ketul, elok jumpa doktor untuk memastikan tiada luka besar pada faraj.

Apa yang anda perlu lakukan?

Setiap pendarahan semasa dan selepas hubungan seks adalah tidak normal dan perlukan pemeriksaan segera dari doktor. Jumpa doktor anda hari ini untuk pastikan ia bukan masalah serius seperti kanser.

125 thoughts on “11 Punca Berlaku Pendarahan Selepas Hubungan Seks

  1. Yana November 28, 2018 / 4:27 pm

    Salam doc . saya baru lepas 3 bln bersalin . Saya baru habis period dan sudah bersih pda hari ke 6 . pd hari ke 8 sy bersama suami . selepas bersama saya basuh n buang air ternampak lendir bercampur darah . bile sy masukkan putik kapas utk cek ade darah skit pd ny . adkh normal keadaan sy ye doc ? Selepas bersama suami , bwh sy terasa seperti ada koyakan . adkh itu darah dr kesan koyakan tersebut ?

    • drju November 29, 2018 / 2:03 pm

      salam, mungkin luka mungkin juga jangkitan kuman, cuma pemeriksaan faraj boleh membuat diagnosa tepat

  2. Rozie Februari 7, 2019 / 12:39 am

    Salam doctor.

    Q1 – Saya baru 4 bulan berkahwin. Bermula bulan (jan 2019), period saya tidak keluar darah tetapi cuma keluar lendiran berwarna coklat gelap dan lebih 14hari. Adakah itu normal untuk saya yang baru berkahwin?

    Q2 – Selepas saya bersama suami, ada pendarahan (lebih kurang 24jam dan ada yg lebih 24 jam) darah keluar. Perkara ini lebih 3 kali dah berlaku dan dikatakan setiap kali bersama, ada darah.

    Boleh doktor jelaskan atau beritahu serba sedikit masalah saya ini? Terima kasih

    • drju Februari 8, 2019 / 1:49 pm

      salam, elok jumpa doktor untuk pemeriksaan faraj dan ultrasound.ada kemungkinan jangkitan kuman ade juga kemungkinan puan hamil. elok jumpa doktor

  3. yana Julai 28, 2019 / 6:56 pm

    salam dr, setiap kali saya bersetubuh dngn suami saya mesti berlaku pendarahan seperti dara pecah 😔

    • drju Ogos 29, 2019 / 4:48 pm

      salam, puan baru berkahwin ke atau sudah lama?, kalau baru mungkin selaput dara pecah, kalau dah lama elok jumpa doktor untuk pemerikaan faraj.

  4. NORHAIDUN BINTI ROSLAN Disember 18, 2019 / 11:19 am

    Assalammualaikum Puan, saya adalah pengguna iucd. Sejak kebelakangan ini, saya dapati period saya berpanjangan (10-16 hari) tapi darah period untuk hari ke 10-16 adalah sedikit-sedikit bukan heavy flow seperti hari 1-10 period. Kemudian, saya rasa ada masalah selepas melakukan hubungan dengan suami, saya akan mengalami pendarahan. Adakah saya tidak perlu bimbang akan keadaan ini, kerana saya menjangkakan pendarahan berlaku disebabkan faktor alat sulit saya yang kering. Terima kasih Puan. Saya amat memerlukan penjelasan. Sebab saya rasa ini memberikan tekanan untuk saya melakukan ibadah solat, kerana was2 akan pendarahan tersebut, yang saya yakin bukan darah period.

    • drju Mei 20, 2020 / 10:33 am

      Salam, maaf kerana mengambil masa yang lama untuk menjwap soalan puan. Sebenarnya masalah puan sangat kerap terjadi dan ia mungkin disebabkan oleh jangkitan kuman dan juga IUCD dalam masa yang sama, elok puan berjumpa doktor untuk memeriksa faraj anda dan mungkin melihat kedudukan IUCD puan.

  5. Rara Januari 5, 2020 / 2:28 am

    Hi, doktor sya cuma ingin bertanya tentang masalah sya. Sya mengalami pendarahan selepas bersama. Adakah ianya normal atau sebaliknya? Kerana sikap was was sya membuatkan sya risau akan risiko bakal dihadapi. Btw, sya sudah berkahwin selama 4 bulan, dan sya mengalami keputihan, adakah ini salah 1 penyebab? Terima kasih.

    • drju Mei 20, 2020 / 10:36 am

      salam, ia tidak normal. elok berjumpa doktor untuk pemeriksaan faraj dan Ultrasound, mngkin puan ade jangkitan kuman dan mungkin juga ade ketumbuhan pada servik dan rahim seperti polip.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s