Apa Itu Rahim Terbalik atau Rahim Retroverted?

Uterine-Suspension.jpg

Adalah nama yang diberikan kepada rahim yang membengkok ke belakang. Rahim Terbalik adalah istilah yang silap diberikan kerana ia sebenarnya tidak terbalik sama sekali.

Kebanyakkan wanita dilahirkan dengan rahim lurus ataupun sedikit terjungkit ke belakang atau ke depan. Rahim Retroverted cuma merupakan salah satu variasi kedudukan rahim dan selalunya tidak berkaitan dengan sebarang masalah kesihatan.

Walaubagaimanapun, ia kadang-kadang menyebabkan kesakitan semasa bersama atau semasa haid dan pada segolongan kecil wanita ia mungkin merupakan salah satu tanda sistem peranakan bermasalah.

Apakah Sebab Terjadi Rahim Terbalik (RT)?

Pada kebanyakkan wanita, penyebab utama ialah genetik kerana mereka dilahirkan dengan RT dan normal secara keseluruhannya.

Tetapi terdapat juga faktor yang lain yang menjuruskan anda untuk mengalami RT, ia termasuklah:

  • Kehamilan: Semasa hamil rahim membesar dan otot yang menyokong rahim akan menjadi lemah. Disebabkan itu, ramai wanita mendapati mereka mengalami RT selepas melahirkan.
  • Menopos: Semasa menopos, hormon estrogen yang berkurangan menyebabkan otot tersebut menjadi lemah dan berada pada kedudukan retroverted.
  • Masalah pada sistem peranakan: Penyakit radang pelvis dan endometriosis boleh menyebabkan rahim retroverted kerana parut yang terjadi akibat penyakit ini menarik rahim ke belakang menyebabkan rahim bertukar posisi.

Apakah Gejala RT?

Kebanyakan tiada apa-apa gejala tetapi sekiranya ada, ia selalunya berkaitan dengan sakit semasa hubungan seks atau semasa haid.
Gejala lain yang jarang ialah:

  • Sakit belakang
  • Sakit semasa kencing
  • Masalah kesuburan

Bagaimana untuk mengetahui samada anda mengalami RT?

Sekiranya anda mengalami simtom seperti di atas, doktor selalunya akan menjalankan:

  • Pemeriksaan pelvis atau vagina
  • Pemeriksaan imbasan ultrasound

Ujian ini dengan senang dapat mendiagnos samada anda mengalami RT atau tidak.

Bilakah RT ini boleh memberi masalah kepada anda?

Sekiranya anda didiagnosakan mengalami RT dan dalam masa yang sama mengalami:

  • Sakit senggugut yang keterlaluan
  • Haid yang tidak teratur
  • Masalah keguguran

Anda mungkin mengalami masalah lebih dari sekadar RT biasa. Pemeriksaan imbasan ultrasound atau ujian diagnostik laparoskopi selalunya dapat memberikan jawapan terhadap punca masalah itu.

Adakah RT boleh memberi kesan kepada kesuburan anda?

Ramai wanita yang mengalami RT risau ia mungkin akan memberi kesan kepada kesuburan tetapi fakta sebenar ialah kebanyakan wanita yang mengalami RT akan hamil dan mengalami kelahiran yang normal sebagaimana yang lainnya.

Walaubagaimanapun, sekiranya anda sukar hamil dalam masa yang sama, ia mungkin tanda masalah sistem peranakan. Berjumpa dengan doktor anda untuk pemeriksaan lanjut. Doktor mungkin akan membuat penilaian samada anda mempunyai endometriosis atau masalah sistem peranakkan yang lain.

Apakah anda memerlukan rawatan?

Sekiranya tiada masalah lain seperti endometriosis atau radang pelvis tetapi anda masih mempunyai masalah sakit semasa haid dan semasa hubungan seks, doktor mungkin menyarankan:

  • Senaman kegel: untuk menguatkan kembali otot yang lemah
  • Pesari: Alat plastik yang yang diletakkan dalam vagina untuk menyokong rahim.
  • Pembedahan: Colposuspension

5 thoughts on “Apa Itu Rahim Terbalik atau Rahim Retroverted?”

  1. salam dr..sya baru2 ni ada scan utk cek jika saya ada masaalah..sbb saya dah kahwin 1 tahun 3 bulan tapi smpai skrg belum mengandung…dr bgtaw rahim saya retroverted..dan tiada masalah apa2 kt rahim..saya dan suami pjj..sebulan sekali je kami berjumpa..ada bbrapa kali yg kami kami sempat dengn waktu subur..tapi masih belum ada rezeki..kadang2 saya jgk akan mengalami pendarahan selepas bersama suami..dan ada jgk pendarahan berlaku bila dah habis waktu period 15 hari..dr adakah semua ni berlaku disebabkan retroverted uterus?.kalau bukan sebab rahim retroverted..puncanya apa ye pendarahan tu .saya amat risau😢

      1. kalau saya buat pap smear akn dpt kesan jgk tak kalau betul polip ni..sbb hritu buat ultrasound takde masalah..dan kalau bt pap smear bila ye wktu yg sesuai?..
        Tq dr atas jwpn..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: