Pendarahan semasa atau selepas hubungan seks boleh disebabkan oleh pelbagai punca. Kanser pangkal rahim adalah salah satu punca yang paling serius. Walau bagaimanapun ia bukan satu-satunya sebab mengapa pendarahan berlaku selepas hubungan kelamin.
Apa juga punca pendarahan yang berkaitan dengan hubungan seks, ia bukan satu gejala yang harus diambil mudah dan anda dinasihatkan berjumpa doktor anda dengan segera jika berlaku pendarahan faraj semasa atau selepas hubungan seks.
Antara punca-punca biasa berlaku pendarahan semasa dan selepas hubungan seks termasuk;
1. Displasia Serviks
Pendarahan selepas hubungan seks boleh menjadi tanda kepada Displasia Serviks atau juga dikenali sebagai Neoplasia Intraepithelial Serviks (CIN). Displasia Serviks menunjukkan kehadiran sel tidak normal dalam serviks yang boleh menjadi Pre-kanser yang boleh berubah menjadi kanser. Sel-sel ini boleh dikesan dengan membuat ujian pap.
Sel-sel pre-kanser boleh dirawat dengan jayanya dan rawatan awal sangat berkesan bagi mencegah wanita dari mendapat kanser.
2. Kanser Serviks (Cervical Cancer)
Pendarahan Faraj merupakan gejala utama kanser pangkal rahim. Walaupun kadar kehadiran kanser serviks semakin berkurang disebabkan oleh ujian saringan pap namun ia masih lagi kanser utama kalangan wanita di seluruh dunia.
3. Kanser Rahim (Endometrial Cancer)
Kanser rahim adalah kanser yang terjadi pada lapisan endometrium dan boleh menyebabkan pendarahan selepas seks.
4. Ektropion Serviks (Cervical ectropion)
Ektropion pangkal rahim adalah satu keadaan di mana lapisan tisu pada bahagian dalam serviks tumbuh di luar permukaan serviks. Tisu ini sangat lembut dan dipenuhi dengan salur darah kecil dan bila disentuh mudah berlaku pendarahan.
Ektropion Serviks adalah bukan sejenis kanser. Ia kerap terjadi kepada wanita hamil dan mereka yang mengambil pil perancang. Namun kebanyakkan wanita tidak memerlukan sebarang rawatan. Tetapi sekiranya ia kerap memberikan masalah seperti keputihan dan pendarahan, ia boleh dibuang dengan menggunakan prosedur ringkas seperti Laser dan Diathermy.
5. Polip Serviks
Polip pada serviks adalah ketumbuhan bukan kanser dalam serviks. Ia adalah di antara punca paling utama bagi pendarahan selepas hubungan seks. Polip Seviks juga menjadi punca utama pendarahan semasa hamil disebabkan kehadiran hormon yang datang semasa hamil mengalakkan pertumbuhan polip. Gejala lain termasuk pendarahan di tengah bulan, keputihan dan faraj berbau.
6. Penyakit Kelamin
Wanita yang mempunyai penyakit kelamin seperti jangkitan Chlamydia, Trichomoniasis dan Gonorrhea boleh berdarah selepas persetubuhan.
7. Faraj Kering
Hormon Estrogen yang diperlukan untuk mempastikan tisu faraj lembab dan elastik. Jika tahap estrogen berkurangan maka pendarahan boleh berlaku. Ia kerap terjadi kepada wanita yang sudah Menopos (Atrophic Vaginitis) dan juga mereka yang menyusukan badan.
8. Jangkitan Yis
Jangkitan Yis juga boleh dikaitkan dengan pendarahan selepas hubungan seks. Perhatikan juga gejala-gejala lain seperti pedih, gatal dan keluar keputihan seperti keju dari faraj.
9. Polip Rahim
Polip Rahim adalah ketumbuhan yang terjadi dari tisu endometrium. Ia boleh menyebabkan pendarahan tidak normal termasuk pendarahan selepas hubungan seks.
10. Fibroid
Fibroid Rahim yang tumbuh di dalam rahim atau pangkal rahim boleh menyebabkan berlaku pendarahan selepas hubungan seks.
11. Faraj Luka
Hubungan seks yang lasak boleh menyebabkan luka pada faraj. Selaput dara yang koyak pada pertama kali berhubungan juga boleh menyebabkan pendarahan. Sekiranya pendarahan teruk terjadi seperti keluar darah ketul, elok jumpa doktor untuk memastikan tiada luka besar pada faraj.
Apa yang anda perlu lakukan?
Setiap pendarahan semasa dan selepas hubungan seks adalah tidak normal dan perlukan pemeriksaan segera dari doktor. Jumpa doktor anda hari ini untuk pastikan ia bukan masalah serius seperti kanser.
Saye berumur 41 tahun…
Selepas saye bersama…d dapati ade kesan darah ..
Apakah yg terjadi ke atas saya doktor..
Minta jelaskn…
Tq
kena jumpa doktor tu, pastikan bukan kanser
Saya baru sahaja berkhawin. Semasa bersama ada darah yang keluar, ia agak banyak dan berbau hanyir, adakah itu darah haid ataupun darah luka? Pada hari itu, darah tu stop, tetapi ada semua pada keesokan hari nya.
elok jumpa doktor untuk pemeriksaan faraj, mungkin ada luka dalam faraj.
Assalamualaikum Dr.saya Aida dr Swk.saya berumur 37thn.saya dah kahwin 2thn.setiap kali bersama suami,saya mengalami pendarahan semasa bersama.saya dah buat ujian papsmear dan resultnya ok.tetapi yg mengelirukzn saya kenapa terjadi pendarahan semasa bersama?
Saya sarankan ujian hysteroscopy. Punca mungkin dari liang rahim
Terima kasih Dr atas saranan doktor.
Salam dok, apa masala selalu kalau berhubungan sma suami ada keluar darah, walaupun tak banyak tp bau darah itu kuat.. Saya perna preg di luar rahim, dan tiub sebelah suda d buang skrg ada 8 bulan berlalu dan bila bersama suami berlaku pendarah.
mungkin bacterial vaginosis tu, elok jumpa doktor untuk kepastian dan rawatan
pendarahan faraj selepas bersama perlukan perhatian segera. Jangkitan kuman dan ketumbuhan pada pnagkal rahim boleh menjadi penyebab
Masalah bru terjadi bermula bln jan 2018..apabila sy menjalinkan hubungan kelamin..esok hrinya apabila kencing akan keluar darah..tp bkn kerap..dlm sbln ia akan Terjadi dlm 2 kali…nak kata darah haid ada kemungkinan sbb berbau..tp menyebab kitaran haid sy akn berlaku 2-3mggu sekali dlm 2/3hri sj..
bila kencing keluar darah dari faraj ke air kencing?
Assalamualaikum Doc,
Saya berumur 37 tahun. Mengambil pil perancang kehamilan yasmin. Pada kebiasaan saya akan datang period pada hari ke 4 selepas ubat habis ( 21 biji) selama 5 ke 6 hari. Namun begitu pada bulan ini period telah datang lewat iaitu 8 hari selepas ubat habis dimana pada hari yang sama saya perlu mengambil semula ubat tersebut. Darah period pula sedikit dari hari pertama sampai hari ke 4..saya hanya pakai panty liner..setelah kering darah, saya mandi dan solat seperti biasa pada hari ke 4 dan ke 5..pada hari ke 6 saya bersama suami dan ada darah sedikit keluar selepas itu tetapi tidak berpajangan. Saya nak tanya adakah ini darah haid atau ada masalah lain.
pastikan puan tidak hamil dulu dengan membuat ujian air kencing. kalau tidak hamil, ia darah haid
Terima kasih atas jawapan doc
Salam..saya berumur 32..kadang kadang ketika bersama suami akan keluar darah..saya takut..tapi bukan selalu..jika saya melakukan onani pun akan keluar darah..adakah bahaya
setiap pendarahna faraj selepas hubungan seks dianggap serius.elok jumpa doktor. sebab nungkin jangkitan kuman atau ketumbuhan pada serviks dan dalam rahim,
Salam saya umr 27 thn ank 3 org..setiap kli sy habis bersetubuh selepas 5 minit mesti ada drah wrna merah cair bercampur kan lendir keluar tp tk byak.. Sy ada talasemia.. Apa punca nya dokter.??
punca bergantung kepada pemeriksaan faraj. mungkin jangkitan kuman mungkin kanser
Assalamualaikum doktor . Sy berumur 22 tahun . Sy sudah 4tahun berkahwin . Tidak pernah mngndung dan belum punya anak .. smlam slepas bersama dgn suami . Sy dpati ade byk drah keluar . Dan darah tu wrna merah terang … skrg darah tu dah xada . Hnya ade pd malam td shaja . Adakah itu normal ? Cycle period sy sudah lebih 15hari 15 malam . Dan hari bersih sy utk period yg sterus nya adalah 11 hari .. adakah sy mempunyai msalah yg teruk ?
Salam, tak normal sama sekali. elok jumpa dotkr dan buat pap semar. Vaginal Ultrasound juga kena buat.
Saya berumur 29tahun mempunyai 2 anak…Baru2x Ni saya keguguran…Drh keluar hingga Hari ke 8…Hari seterusnya mcm hujung2x period.pastu stop..selepas 2hari bersama Suami,Semalam drh keluar agk byk tp cair tak seperti darah period…Skrg masih ada sikit seperti merah+coklat cair…Adakah itu Tanda Luka pada rahim@faraj atau Mungkin masalah lain…Selain itu terasa Ade denyutan di sekitar pusat…
masih dalam nifas- ambil masa
sila baca https://alamhamilblog.com/2017/11/04/berapa-lama-saya-akan-berdarah-selepas-keguguran/
assalamualaikum doktor,saya berusia 25 tahun dan belum mempunyai anak..kenapa setiap kali saya bersama..selalu keluar darah merah coklat dan bau darah sangat kuat.darah itu kluar skjp je n tak pedih pn doc..dakah itu masalah serius..
mungkin jangkitan kuman pada serviks, elok buat pemeriksaan faraj dan ujian pap
Assalamualaikum doc, saya berumur 23tahun berkahwin 1 tahun 5 bulan dan mempunyai anak berumur 6bulan, ketika bersama suami buat kali pertama selepas pantang ada darah keluar dua tiga titik cair dan warna nya tidak terang.. Kadang2 selepas bersama takda, kadang2 selepas bersama ada.. Selalunya akan keluar bersama saki baki air mani. Saya sudah jalani ujian pap smear tapi nurse kata ok sahaja. Adakah perkara yang berlaku pada saya ini normal?
mungkin puan kena buat ultrasound melalui vagina, pastikan tiada polip atau ketumbuhan dalam rahim
Baik terima kasih ,
Hai dok sy nak Tanya apakah punca ketika suami memasukkan jari kedalam vagina Dan berlaku nya pendarahan tapi Tak banyak ..
Kemungkinan jangkitan kuman tu. elok jumpa doktor
Assalam doc saya nak tanye umur saya 25 tahun, anak bgsu sya 4 bulan.. sy pnah bersama suami sebelum n dah kleuar darah ckit.. n sy bersama lg dan keluar jugak darah.. darah bau mcm hanyir..adakah n darah period sbb sy mnyusu anak xpnh dtg period lgi.. buat pad smear tahun lepas xda apa2 msalah. Sebelum pgnant yg kdua dlu pun sy ada alami bnda yg sama.. tapi 1 bulan kmudian sy disahkan hamil anak k2.. so.. saya confius knp kdg2 kluar darah..kgd2 tidak pun. Tq doc mohon penjelasan ye
mungkin ada jangkitan kuman atau polip pada rahim anda elok jumpa doktor pakar berpengalamn
Assalamualaikum doc.. sya nk tye.. sblm nie sy penah bersentubuh tp xpenah keluar darah walaupon sikit.. kali nie sy bersentubuh Ada keluar titik darah.. memang sy jarang bersentubuh.. titik darah tu time bersentubuh je.. apa punca dia dic.. sy da mula risau takut ada penyakit lain..
salam.setiap pendarahan tak normal kena jumpa dokotr takut benda serius. jumpa doktor ye
Saya berumur 30. Darah merah cair keluar ketika sedang bersama suami dan keesokan harinya saya kerap kencing. Sejam sekali saya akan ke tandas. Dan perut saya juga tidak selesa. Apakah puncanya?
ada jangktan kuman pada faraj dan pundi kencing elok jumpa doktor berdekatan
Assalamualaikum sy umur 34thn… Sy ad buat opk tuk cr kesuburan. CD15 – CD17 opk sy positif.. skrg sy dalam dpo 11. Smlm sy ad bersama ngan suami.. Ms nk basuh ad keluar darah ckit cam lendir darah pastu xde dah. Law ikut kan period lg 4 hari… Rs musykil lak darah ape tu. Spjg dpo ad rs cramping ckit2
jumpa doktor yang bagi rawatan tu, elok buaat pemeiksaan faraj
Assalamualaikum sy umur 34thn… Sy ad buat opk tuk cr kesuburan. CD15 – CD17 opk sy positif.. skrg sy dalam dpo 11. Smlm sy ad bersama ngan suami.. Ms nk basuh ad keluar darah ckit cam lendir darah pastu xde dah. Law ikut kan period lg 4 hari… Rs musykil lak darah ape tu. Spjg dpo ad rs cramping ckit2
elok jumpa dengan doktor puan untuk pemeriksaan faraj
Assalamualaikum dr,
Saya kerap mengalami pendarahan slps bersama suami sejak mendirikan rumah tangga 17 tahun lalu. Tapi bukan setiap kali. Selepas melahirkan anak ke 3, 9 tahun lalu period mula semakin panjang tempohnya namun bukan berterusan. Darah yang amat banyak hanya keluar dlm 3 hari pertama. Hari seterusnya sedikit2 dan boleh berlarutan hingga 15 hari dgn kdg2 berselang 2 hingga 3 hari baru period dtg semula. Beberapa bulan kebelakangan ini saya mula didatangi haid 2 hingga 3 kali sebulan.
Pada bulan februari lalu.. saya dtg haid seperti biasa awal seminggu dr tarikh bulan sblmnya. haid tersebut hanya 3 hari dan berhenti. Haid dtg semula pd hari ke 12 sehingga hari ke 15. Bulan berikutnya saya dtg haid pd 1 hb dgn jarak lbh kurang 13 hari dr period tarikh akhir period terdahulu. Kali ini period selama 5 hari tetapi tidak banyak seperti biasa. Saya juga mengalami kekejangan otot yg lebih teruk dr biasa sepanjang tempoh period dan berlanjutan sehingga bbrapa hari slps period. seterusnya pd 20 hb saya dtg haid lagi dan kali ini dgn kadar yg sangat banyak selama 5 hari dan haid berhenti pd hari ke 9. seterusnya saya period lagi pd 8hb april pd kadar yg banyak dan berhenti slps 11 hari. Saya period lagi pd 2 mei tetapi hanya sehari. Pada waktu ini pun saya mengalami sakit di ari2 seolah hendak period tetapi tiada darah ygvkeluar menyebabkan saya serba salah samada masih haid atau tidak. saya sering mengalami sakit pinggang yg teruk terutama pd waktu pagi. Sebenarnya saya takut nak ke hospital utk pemeriksaan sbb pernah mlakukan pap smear sekali dan berlaku pendarahan teruk selepas itu semasa mengandung anak pertama. Perlukah saya terus melakukan pemeriksaan atau tunggu lg beberapa bulan utk pastikan kitaran haid saya ini.
eloklah jumpa doktor. pastikan puan tidak mengalami sebarang ketumbuhan pada pangkal raahim dan dalam rahim
Aslmlkm doc saya berumur 18 thun bru brkahwin 3mnggu kenapa slps buat hbgn seks slps 3hari darah warne koko ii pudar keluar dri faraj saya xpasti itu darah ape saya rse skit prut
mungkin disebabkan lukaa pada hymen. kalau darah semakin kurang jangan risau
Assalamualaikum doc..sy berumur 27tahun..sblm niey sy bsama suami x prnh kluar sdikit pn darah,tp smlm bila bsama byk darah kluar..bila kencing rsa pedih sgt dkt vagina..adakah mslh sy bbahaya??
mungkin ada jangkitan kuman tu. elok jumpa doktor untuk pemeriksaan faraj
Salam sejahtera Doc..semalam sy melakukan hubungan seks dgn husband, husband pakai kondom..sedang melakukan seks tu tiba2 ada darah d kondom, tp sebelah siangnya memang sy ada rsa sakit2 bwh perut dn pinggang, adakah itu drh haid?sebab 1minggu lg bru sampai masa sy period.. Darah cair2 sikit dn tidak trlalu byk, dn selepas tu teda pendarahan brlaku..mohon bantuan dr Doc..tq..
masih berdarah lagi ke sekarang?
Tidak berdarah sehingga sekarang ..mungkin warna kondom tu kot..sebab kondom tu berwarna pink
Assalamulaikum dok,nak Tanya, selepas ujian pap smear saya ada mengamlami pendarahan yg tidak banyak. adakah ianya bahaya? dan nurse ada memberitahu yang peranakan saya tu berwarna merah? apa maksudnya tu doc?
salam, kalau pap smear berkeputusan normal jgn risau.
asalamualaikum dr.
saya baru menikah tgal 6 mei 2018..umur sauya 20 thn..
pertma sayaa bersetubuh dengan suami saya..saya tidak mengeluarkan drah slama 3 hri ini..entah kenapa pas mlam kmis tgal 9 saya bersetubuh dengan suami saya..saya mengalami keluar drah.entah itu darah haid atau bukan..
boleh mintta saran nya dr☹☹☹
mungkin sebab hymen ( selaput dara) baru pecah sebb itu ia baru berdarah
Assalamualaikum doc, saya nak Tanya, pada 8.5.2018 saya ada ujian pap smear, selepas membuat ujian tersebut ada keluar pendarahan sedikit saja adakah itu berbahaya? ke esokkan hari nya darah tersebut dah tak ada lagi. dan ada jururawat memberitahu saya yang saya peranakan saya berwarna merah. apa maksud nya tu doc?
salam selalunya normal kalau keputusan pap puan normal. pastikan puan mendapat keputusan norma ye
terima kasih doc. makna peranakan saya berwarna merah tu doc?
assalam doc..dlm sbulan ni da 2x slepas bsama suami,kua lendir seakan awl period..tapi x banyak.x juga mengalami sakit.
apa masalah yg tjdi pada saya ye doc…terima ksh
elok jumpa doktor mungkin luka pada hymen dan ia seperti darah awal haid bercampur dengan air mani suami puan
baik…terima ksh doc
sama sama
On Mon, May 14, 2018 at 10:14 PM, Dr R Juhaidah Blog wrote:
>
Assalamulaikum doctor, jikalau peranakan saya berwarna merah itu apa maksudnya? adakah bahaya atau tidak?
salam nak tnya setiap kali leoas bersama suami darah akn kluar tpi tak bnyak..ada juga kadang tak ada darah apa punca tu
jumpa doktor untuk pemeriksaan faraj, ia mungkin kanser
assalamualaikum .Dr ..saya Farah ..setiap mali saya bersama suami ..akan ade pendarahan keesokannye ..dan berlarut selama 4 ke 5 hari ..adakah ini tanda kanser dr ..
elok jumpa doktor mungkin ia kanser atau jangkitan kuman
saya juga mengalami kegatalan di kawasan faraj saya dr
mungkin jangkitan kuma YIS- apapun elok jumpa doktor
assalamualaikum doktor .saya ada masalah period tak stabil. bulan Mei period saya dtg 11 hari (11-21hb). pada bulan yg sama (25 dan 27hb) selepas bersama suami, terdapat darah di kwsn faraj. adakah itu darah haid? sebab bau darah tu bau darah haid. sebelum ni masa period saya tak keluar, takde pendarahan selepas bersama suami…
elok jumpa doktor, cari sbb kenapa haid delay. Puan mungkin hamil dan gugur
Assalamualaikum doktor,sy period pada 3/5/18-11/5/18 dan sy bersama suami pd 26/5/18 dan sy dapati ada darah merah bersama lendir sedikit,keesokan hari darah tak ada tp ada tompokan coklat saja..jadi ape patut sy buat doktor?adakah tu darah period?mohon pencerahan doktor.
salam, mungkin ada jangkitan kuman , elok jumpa doktor
baik doktor t.kasih.
salam doktor,sy dah buat pemeriksaan pap smear dan keputusannya.. Sample adequency: Satisfactory for evaluation.Endocervical cell present..interpertation : benign cellular changes associated with inflammation/typical repair..so sy tak faham keputusan ni doktor..jadi sy ni ade masalah pape ke..harap doktor boleh tlg jelaskan..t.kasih doktor.
ada jangkitan kuman tetapi tidak serius. elok jumpa doktor untuk rawatan antibiotik
Salam doc..saya da berkawen hampir 4y..belum pernah mgandung dan period jugak x regular..setiap kli lpas bersama selang 1 hari atau esok pagi nya akn ada darah seakan period tapi amat sikit..kadang2 saya masuk kn jari utk cek masih ade lg ke darah ai akn blnjutan 2..3.. hari. Tapi sikit sangat kuantiti sbb saya cuma pkai pntyliner.. boleh doc saran kn ape perlu saya buat..tq
Salam, setiap pendarahan tak normal terutama berdarah selepas bersama perlu diberi perhatian. jumpa doktor, ia mungkin jangkitan kuman atau ada ketumbuhan tidak normal dalam rahim atau pangkal rahim
salam doc.. sya mengalami pendarah berwana coklat gelap.. sya msukan jari utk cek ternyata darah itu bnyak…bila sya mengunakan pad darah pada pad setitik pun tiada…adakah itu berbahaya doc??
salam, sebarang pendarahan yang tidak normal elok diberikan perhatian, ia mungkin tanda serius, jumpa doktor ye
Assalamualaikum dr. Sye ada terbaca artikel tentang luka dlm faraj akibat persetubuhan dimana isteri belum bersedia dan akhrnya membawa kpd luka itu. Sye baru sebulan bernikah dan mggu lepas sye bersama suami sye. Sehari selepas itu sye dapati ada darah keluar dr faraj dan pada awalnya sye rasa ia darah haid kerana sye sudah 6 hari lewat. Tp bila dibiar semalaman, tkde lg darah yg keluar. Hari seterusnya, sye cuba tekan kan pantiliner pada bhgn tersebut dan dapati ada darah lg. Harini merupakan hari ke 3 sye rse begini. Tp sye belum pergi ke klinik utk apa2 pemeriksaan. Boleh sye minta pendapat dr?
salam, luka pada selaput dara boleh sembuh dengan sendiri kecuali ia pendarahan berpanjangan atau disertai dgn darah beku. jadi jangan risau kalau ia sedikit sahaja.
Assalamualaikum dr,saya x smpi dua bln berkahwin tp setiap kli bersetubuh akn keluar darah ,klu tekap dgn tisu ada dlm 2/3 tompok sdhana besar,sy stop smgu dri hbgn ttapi bila bersetubuh masih berdarah lagi spt sblm ni,,adakh ianya normal sbb selaput darah pecah,adakh slput dra pch byk kali ?
mungkin luka dalam faraj elok jumpa doktor
Salam doc..sy baru lahirkan anak kedua secara czer september tahun lepas dan sy memang ada fibroids masa mengandung tapi fibroids tu dah kecut lepas bersalin..tapi sejak sebulan dua ni setiap kali bersama mesti akan keluar darah period..kadang darah tu continue sampai 2 3 hari tapi xbanyak..adakah disebabkan fibroids atau sebab sy menyusu badan ye doc ?
pendarahan semasa seks kebanyakannya disebabkan oeh jangkitan kuman, tetapi ia juga boleh disebabkan oleh sebarang ketumbuhan dalam rahim bukan sahaja fibroid. elok jumpa doktor untuk pemeriksaan rapi
Assalammualaikum doktor. Sblm ni haid saya normal. Cuma bln ni, kluar sikit sangat. Seminggu. Keluar seperti setitis bercampur dgn lendiran jernih. Adakah itu darah haid. Bila dh hbs, semasa bersama, tiba2 keluar banyak. Dan kesokkan paginya dh xde. Normal ke mcm tu dktr…
Salam, Tak normal sangat la puan. Mungkin jangkitan kuman atau yang leboh serius ketumbuhan pada faraj atau serviks, elok jumpa doktor
Assalammualaikum doc..
Sy berumur 36 tahun.. Berkahwin dan mmpunyai 5 org anak. Sy pernah mngalami keguguran pada April 2017. Pada awal tahun ni.. Sy mmbuat ujian pap smear dan telah mndapat keputusan. Perlu merujuk pada doktor utk rawatan antibiotic. Sy ingin mengetahui penjelasan lanjut bgi keputusan ujian saya iaitu..
Sample adequacy :
-satisfactory for evaluation
-endocervical cells/ transformation zone present
:thick inflammatory exudate
Interpretation :
-negative for intraepithelial lesion or malignancy (NILM)
-organism present : shift in flora suggestive of bacterial vaginosis
-benign cellular changes associated with inflammation / typical repair
Mohon penjelasan segera. Tq doc..
tiada kanser tapi ada jangkitan kuman. ambil fluomizin 1 tab – insert dalam vagina for 6 days.
Saya baru pertama kali bersama suami. Mulanya saya tidak ambil kisah berdarah kerana ianya pertama kali bagi saya. Tetapi pendarahan berlanjutan selepas beberapa hari tetapi cuma sedikit. Pendarahan akan teruk apabila sya aktif bergerak. Saya tidak merasa sebarang kesakitan. Perut juga kurang selesa. Dan pada hari kedua selepas bersama perut saya kejang.
kemungkinan adik memngalimi luka pada faraj, elok jumpa doktor untuk periksa dengan teliti ade luka atau tidak dalam faraj
Thanks doc. secara peribadi suami menjadi takut utk brsama kerana takut kesan smpingan. Kerana kali kedua kmi brsama sya masih mengalami pendarahan ttapi hanya sedikit.
Salam doktor..baru2 ni sy ada dapat result fari hospital..ni resultnya…infiltrating squamous cell carcinoma, non- keratinising large cell type. Adakah kanser ni bahaya untuk sy? Boleh ke di rawat melalui operation..sebab sy tak ada anak lagi.
Salam, itu kanser puan dan ia sangat berbahaya, eloklah buat pembedahan yang disarankan oleh doktor. berapa umur puan?
Umur saya 29thn..boleh ke buat pembedahan tanpa buang rahim? Sebab sebelum ni saya gugur..x lama lepas je gugur terus detact kanser ni..
puan , kanser boleh membunuh . bincang dengan doktor puan ye. sbb saya tidak tahu puan dalam peringkat ape. ( stage berapa)
Assalamualaikum,doc semalam saya bersama suami lepas bersama masing2 bangun basuh cuci dalam kemaluan masa tengah membasuh dalam cuci tiba2 keluar darah ,Pas tu esok pulak keluar lendir campur darah,apa yg patut saya buat,umur saya 24tahun
salam, ada kemungkinan berlaku luka selepas seks, elok jumpa doktor utk pastikan ia benar beanr terjadi. doktor selalunya akan membuat pemeriksaan faraj untuk mencari luka berkenaan.
Assalam..nak tanya doktor,bulan lps tarikh sy datang haid 8 hb..bila bersama suami pd 8 hb berikutnya sy dpt ada sedikit darah keluar dr faraj sy..tidak sakit…padahal sy belum dtg bulan pd masa tu..contohnya sy dtg bulan 10 hb 6,8 hb 8..sy bimbng jika ini petanda kanser..sbb sy x pernah mengalaminya sebelum ini..
salam, punca pendarahan kerap terjadi disebabkan oleh jangkitan kuman, buat temujanji dengan doktor untuk pemeriksaan faraj dan pap smear. rawatan yang tepat akan dapat diberikan
Dr assalamualaikum saya aida..umur 30thun..saya ada buat ujian pep smear dan keputusannya normal..tapi baru2 ni saya bersama dgn suami lepas habis bersama ada darah byk juga bole kata macm period..lepastu esoknya xda..masa saya pregnantkn anak saya no2 pun pernah mcm tu doctor check katanya luka..ni da kira 2thun lebih da..baru bru ni ja bersama ngn suami ada keluar darah byk.soknya xde darah da..bole doctor bg pendapat..saya perlu rawatan ke doc
salam. setaip pendarahan selepas bersama adalah tidak normal sama sekali walaupun ia sudah berhenti. mungkin ada jangkitan kuman atau ketumbuhan didalam rahim seperti polip
salam doktor. Sy baru habis haid 7hari lalu. Smlm adalah hr ke 14. Hr ke 14 tsebut sy bersama suami. Dan dua jam selepas itu keluar darah agak berketul Warna merah tua. Kmudian sebelah pagi keluar lagi sedikit tapi warna dia warna merah koko. Tu darah apa dktr?.
salam, pendarahan selepas seks memerlukan pemerhatian segera tidak kisah sekiranya ia merah atau warnan koko. jumpa pakar
assalamualaikum doc.. saya baru nak masuk 3bulan kawen..dan saya belum hamil. sebelum ni bila bersama suami xde masalah . tp baru2 ni sewaktu bersama , ade darah keluar , jd saya terkejut . saya pikir darah period . jd saya pakai pad . dan hari2 seterusnya darahnya xde.. saya pakai pantiliner pun xde keluar darah pape . jd saya sangatla risau . saya banyak baca tentang ovarian cyst . saya takot sekiranya saya salah seorang pesakit ovarian cyst. pendapat doc ? TERIMA KASIH DARI INSAN YANG MEMERLUKAN 😢
Salam, ada dua kemungkinan: faraj puan luka atau aa jangkitan kuman dalam faraj. Jumpa doktor ye
assalamualikum doc. .saya baru kahwin 2 bulan..sbelum ni period sy mmg xteratur tapi dekat dgn tarikh perkhwinan period terus jdi normal n dtg stiap bulan. .4.8.18 sy dtg period smpai 9.8.18. .11.8.18 sy berkahwin dan mlakukan persetubuh dgn suami sya. 4.9.18 dn 22.9.18 sy dtg period 2 kli sebulan tpi period sy skit hnye keluar ketulan drah 2 hri je. .hari keesokan trus xkluar drah lgsung. .dan 12.10.18 sy bersetubuh dgn suami tba2 ad keluar drah pda faraj sya. .sya rsa bukan period sbb esoknye xde keluar darah lagsung. .Apa pndpat doc blh tlong jlaskn pda saya. .terima ksih. ,
Salam.mungkin puan ada ada Luka dalam faraj tapi elok jumpa doktor pakar utk kepastian
salam doktor, saya 6bulan tidak period …. 9/10 saya onani dan kluar darah mcm warna cair dan darah itu berterusan tetapi tidak banyak .. adakah itu berbahaya ?
Salam. Radio sudah kawin?
Maaf salah typo. Maksud saya adik sudah berkahwin ke ?
sudah berkahwin doctor dan darah itu tidak ada lagi 😊
baguslah
Assalammualaikum dokter…sy nk tny.sy dh habis period dalam 3 hari .kemudian sy bersama dengan suami..selepas beberapa jam keluar darah..agak bnyk seperti awal period.sebenarnye ini bukan kali pertama bila bersama dengan suami akan ada darah yang keluar..sy juga telah berjumpa doc..cuma lupa ambk kelutusan ujian pap smear.adakan bahaya..dekat setahun bile bersama dengan suami mesti ada darah.. kadang2 pernah jugak tak ada
salam, punca pedarahan boleh disebabkan dari masalah dalam rahim, pada servix dan dalam faraj. jadi pap smear tidak cukup kerana ia cuma chek masalah pada servix. pastikan buat ujian ultrasound faraj untuk pastikan rahim normal dan tidak ketumbuhan terutama kalau pap normal