11 Punca Berlaku Pendarahan Selepas Hubungan Seks

berdarah-selepas-seks

Pendarahan semasa atau selepas hubungan seks boleh disebabkan oleh pelbagai punca. Kanser pangkal rahim adalah salah satu punca yang paling serius. Walau bagaimanapun ia bukan satu-satunya sebab mengapa pendarahan berlaku selepas hubungan kelamin.

Apa juga punca pendarahan yang berkaitan dengan hubungan seks, ia bukan satu gejala yang harus diambil mudah dan anda dinasihatkan berjumpa doktor anda dengan segera jika berlaku pendarahan faraj semasa atau selepas hubungan seks.

Antara punca-punca biasa berlaku pendarahan semasa dan selepas hubungan seks termasuk;

1.  Displasia Serviks

Pendarahan selepas hubungan seks boleh menjadi tanda kepada Displasia Serviks atau juga dikenali sebagai Neoplasia Intraepithelial Serviks (CIN). Displasia Serviks menunjukkan kehadiran sel tidak normal dalam serviks yang boleh menjadi Pre-kanser yang boleh berubah menjadi kanser. Sel-sel ini boleh dikesan dengan membuat ujian pap.

Sel-sel pre-kanser boleh dirawat dengan jayanya dan rawatan awal sangat berkesan bagi mencegah wanita dari mendapat kanser.

2.  Kanser Serviks (Cervical Cancer)

Pendarahan Faraj merupakan gejala utama kanser pangkal rahim. Walaupun kadar kehadiran kanser serviks semakin berkurang disebabkan oleh ujian saringan pap namun ia masih lagi kanser utama kalangan wanita di seluruh dunia.

3.  Kanser Rahim (Endometrial Cancer)

Kanser rahim adalah kanser yang terjadi pada lapisan endometrium dan boleh menyebabkan pendarahan selepas seks.

4.  Ektropion Serviks (Cervical ectropion)

Ektropion pangkal rahim adalah satu keadaan di mana lapisan tisu pada bahagian dalam serviks tumbuh di luar permukaan serviks. Tisu ini sangat lembut dan dipenuhi dengan salur darah kecil dan bila disentuh mudah berlaku pendarahan.

Ektropion Serviks adalah bukan sejenis kanser. Ia kerap terjadi kepada wanita hamil dan mereka yang mengambil pil perancang. Namun kebanyakkan wanita tidak memerlukan sebarang rawatan. Tetapi sekiranya ia kerap memberikan masalah seperti keputihan dan pendarahan, ia boleh dibuang dengan menggunakan prosedur ringkas seperti Laser dan Diathermy.

5.  Polip Serviks

Polip pada serviks adalah ketumbuhan bukan kanser dalam serviks. Ia adalah di antara punca paling utama bagi pendarahan selepas hubungan seks. Polip Seviks juga menjadi punca utama pendarahan semasa hamil disebabkan kehadiran hormon yang datang semasa hamil mengalakkan pertumbuhan polip. Gejala lain termasuk pendarahan di tengah bulan, keputihan dan faraj berbau.

6.  Penyakit Kelamin

Wanita yang mempunyai penyakit kelamin seperti jangkitan Chlamydia, Trichomoniasis dan Gonorrhea boleh berdarah selepas persetubuhan.

7.  Faraj Kering

Hormon Estrogen yang diperlukan untuk mempastikan tisu faraj lembab dan elastik. Jika tahap estrogen berkurangan maka pendarahan boleh berlaku. Ia kerap terjadi kepada wanita yang sudah Menopos (Atrophic Vaginitis) dan juga mereka yang menyusukan badan.

8.  Jangkitan Yis

Jangkitan Yis juga boleh dikaitkan dengan pendarahan selepas hubungan seks. Perhatikan juga gejala-gejala lain seperti pedih, gatal dan keluar keputihan seperti keju dari faraj.

9.  Polip Rahim

Polip Rahim adalah ketumbuhan yang terjadi dari tisu endometrium. Ia boleh menyebabkan pendarahan tidak normal termasuk pendarahan selepas hubungan seks.

10. Fibroid

Fibroid Rahim yang tumbuh di dalam rahim atau pangkal rahim boleh menyebabkan berlaku pendarahan selepas hubungan seks.

11. Faraj Luka

Hubungan seks yang lasak boleh menyebabkan luka pada faraj. Selaput dara yang koyak pada pertama kali berhubungan juga boleh menyebabkan pendarahan. Sekiranya pendarahan teruk terjadi seperti keluar darah ketul, elok jumpa doktor untuk memastikan tiada luka besar pada faraj.

Apa yang anda perlu lakukan?

Setiap pendarahan semasa dan selepas hubungan seks adalah tidak normal dan perlukan pemeriksaan segera dari doktor. Jumpa doktor anda hari ini untuk pastikan ia bukan masalah serius seperti kanser.

161 thoughts on “11 Punca Berlaku Pendarahan Selepas Hubungan Seks”

  1. Salam doc . saya baru lepas 3 bln bersalin . Saya baru habis period dan sudah bersih pda hari ke 6 . pd hari ke 8 sy bersama suami . selepas bersama saya basuh n buang air ternampak lendir bercampur darah . bile sy masukkan putik kapas utk cek ade darah skit pd ny . adkh normal keadaan sy ye doc ? Selepas bersama suami , bwh sy terasa seperti ada koyakan . adkh itu darah dr kesan koyakan tersebut ?

  2. Salam doctor.

    Q1 – Saya baru 4 bulan berkahwin. Bermula bulan (jan 2019), period saya tidak keluar darah tetapi cuma keluar lendiran berwarna coklat gelap dan lebih 14hari. Adakah itu normal untuk saya yang baru berkahwin?

    Q2 – Selepas saya bersama suami, ada pendarahan (lebih kurang 24jam dan ada yg lebih 24 jam) darah keluar. Perkara ini lebih 3 kali dah berlaku dan dikatakan setiap kali bersama, ada darah.

    Boleh doktor jelaskan atau beritahu serba sedikit masalah saya ini? Terima kasih

    1. salam, elok jumpa doktor untuk pemeriksaan faraj dan ultrasound.ada kemungkinan jangkitan kuman ade juga kemungkinan puan hamil. elok jumpa doktor

  3. salam dr, setiap kali saya bersetubuh dngn suami saya mesti berlaku pendarahan seperti dara pecah 😔

    1. salam, puan baru berkahwin ke atau sudah lama?, kalau baru mungkin selaput dara pecah, kalau dah lama elok jumpa doktor untuk pemerikaan faraj.

  4. Assalammualaikum Puan, saya adalah pengguna iucd. Sejak kebelakangan ini, saya dapati period saya berpanjangan (10-16 hari) tapi darah period untuk hari ke 10-16 adalah sedikit-sedikit bukan heavy flow seperti hari 1-10 period. Kemudian, saya rasa ada masalah selepas melakukan hubungan dengan suami, saya akan mengalami pendarahan. Adakah saya tidak perlu bimbang akan keadaan ini, kerana saya menjangkakan pendarahan berlaku disebabkan faktor alat sulit saya yang kering. Terima kasih Puan. Saya amat memerlukan penjelasan. Sebab saya rasa ini memberikan tekanan untuk saya melakukan ibadah solat, kerana was2 akan pendarahan tersebut, yang saya yakin bukan darah period.

    1. Salam, maaf kerana mengambil masa yang lama untuk menjwap soalan puan. Sebenarnya masalah puan sangat kerap terjadi dan ia mungkin disebabkan oleh jangkitan kuman dan juga IUCD dalam masa yang sama, elok puan berjumpa doktor untuk memeriksa faraj anda dan mungkin melihat kedudukan IUCD puan.

  5. Hi, doktor sya cuma ingin bertanya tentang masalah sya. Sya mengalami pendarahan selepas bersama. Adakah ianya normal atau sebaliknya? Kerana sikap was was sya membuatkan sya risau akan risiko bakal dihadapi. Btw, sya sudah berkahwin selama 4 bulan, dan sya mengalami keputihan, adakah ini salah 1 penyebab? Terima kasih.

    1. salam, ia tidak normal. elok berjumpa doktor untuk pemeriksaan faraj dan Ultrasound, mngkin puan ade jangkitan kuman dan mungkin juga ade ketumbuhan pada servik dan rahim seperti polip.

  6. Salam doctor, sy nk tnye selepas sy bersetubuh dngn suami pastu berdarah pastu dlm 15 minit dia keluar darah berketul,sy bru je kahwin..blh doktor terangkan

  7. Assalamualaikum doktor… Blh saya bertanya… Saya tidak datang period lbh 3bln kemungkinan usia dh hampir 50thn tu saya x kisah.. Tp baru ni period saya datang bslik lbh kurang 6hr… selepas dlm seminggu saya ada bersama suami dlm 2jam selepas bersama saya lihat ada tompokan darah cair d seluar dalam. Dan blh doktor terangkan kenapa kerana selama ini saya x pernah ada masaalah dan ini membuat saya menjadi risau.

    1. Puan, eloklah puan berjumpa dengan doktor secept mungkin untuk memastikan pendarahan tersebut bukan kerana kanser. Jumpa doktor pakar sakit puan, pemeriksaan faraj dan juga ultrasound faraj sgt penting. Puan juga munkin disarankn menjalani endometrial sampling . Jumpa doktor

    1. Saya mengalami pendarahan tompok² halus…tapi xbanyak. Tompokan ni terhasil selepas hari ke empat bersama suami. Apakah ini normal doktor? Tidak selalu keluar…kadang² ke ada pada seluar dlm sehari tu

      1. pendarahan selepas hubungan seks walau sedikit perlu berjumpa degn dr untuk ketahui punca. doktor akan membuat pemeriksaan faraj dan ,mungkin ujian pap untuk memastikan tiada masalah pada pangkal rahim seperti ketumbuhan. ujian ultrasound juga perlu untuk memastikan tiada ketumbuhan dalam rahim

  8. Salam dokter, sy berusia 35thun dn mempunyai seorang ank..maslh sy skrang dalaman sy sentiasa berdarah ketika bersma suami, sy dh buat pap smear keptusan negtif n xde sel² kanser yg aktif dn sy jga tidak alami gejala demam atau sakit² dibhgian abdomen..,ketika bersma pn sy xalami sakit ape² pon.. sy cm nk tau ape punca pendarahan tersebut sedangkan sy dh buat checkup d klinik..

  9. Salam doktor, setelah bersih haid jarak 2 hari bersama dengan suami selama seminggu, setelah itu jarak satu hari waktu petang ada bercak darah pada panty liner dan hanya keluar waktu itu sahaja. Kenapa mcm tu dok?

  10. assalamualaikum dok , masa awal bulan saya sd dtng haid dan baru”ini melakukan seks sama suami saya tetapi saya risau kerana selepas melakukan seks , saya datang haid semula adakah itu berbahaya dokk ??

    1. salam, agak kerap terjadi kalau haid baru saja habis sebb gegaran pada rahim semasa seks tu boleh menyebbkan sisa sisa darah lama keluar. pantau pendarhan tersebut kalau ia masih terjadi pada tengah kitaran haid, elok jumpa doktor dan buat pap smear.,

  11. Assalam doc.. nk tanya.. saya baru 5 bln melahirkan bayi secara emergency czer.. dah bersama suami ketika bayi berusia 3bln.. tp tiap kali bersama mesti berlaku pendarahan selepas bersama.. keesokan harinya darah dah xda.. saya tidak merasa sakit.. tp ada keputihan yg kdg kala keluar berwarna hijau.. rasa perlu berjumpa doktor tp agak risau akan keadaan diri saya.

  12. Hi doktor …Saya nk tanya pada 9 hb 10 Saya telaH melakukan hubungan bersama dan pada 12 hb 10 Saya melakukannya lagi … suami Saya memasukkan jari nya kedlm vagina Saya… lalu memasukkan zakar… selepas melakukan saya dapati ada darah keluar tetapi tidak banyak…apakah puncanya ya doktor..

    1. Mungkin puan ade jangkitan kuman. Elok jumpa doktor untuk pemeriksaan untuk pastikan tiada masaalh yang lebih serius seperti kanser

  13. Assalamualaikum doc. Saya mahu bertanya. Saya last period pada 8.10. Dan sehingga kini period saya masih tak ada . Bila buat ujian kehamilan still lagi negative. Dan saya ingin bertanya , saya ada pendarahan lepas bersama suami. Itu kenapa Ye doc? Boleh bagi pandangan. Saya sudah berkahwin selama 5 bulan. Dan try to conceive. Mohon doc menjawab soalan saya.

  14. salam, ade kemungkinan jangkitan kuman, jumpa doktor untuk pemeriksaan faraj. Kalau masih tidak hamil selepas 6 bulan, elok buat ultrasound pelvis, pastikan tiada tiada cyst atau endometriosis

  15. Assalammualaikum Dr Saya dah Lama berkahwin Baru2 ni bila bersama suami ada keluar terlalu sedikit darah seakan darah yg dh Lama umur Saya 47tahun sudah 5tahun Saya Tak datang period tapi bila buat medical check out Doc bg tahu darah Lama Masih ada tp tak keluar bila Doc bg ubat tuk keluarkan darah period memang Berkesan bila stop tak makan ubat darah tak keluar. Hampir 5tahun Saya sudah ambik suntikan HPV . Boleh Doc terangkan masalah saya ???

    1. salam, puan kena berjumpa dengan pakar untuk buat 3 ujian ini-1. pap test 2. ultrasound vagina untuk tengok endometrium lapisan rahim dalaman 3. ambil sample tissue dari dari rahim puan. Ini untuk memastikan puan tidak ade kanser pada rahim dan pangkalrahim ( serviks)

  16. Salam Dr. saya ingin bertanya. Saya telah melahirkan bayi secara vacuum dan sehingga perlu di bedah episiotomy akibat luka yg agak dalam dan bleeding yg teruk. Setelah 6 bulan bersalin, saya bersama suami dan selepas itu ketika kencing keluar lendir coklat tapi tidak banyak ( kurang dari 24 jam). Selain itu, tiada yg menyakitkan sama ada bahagian perut dan lain lain. Ia terjadi setiap kali selepas saya bersama suami. Adakah itu normal? Saya juga seorang ibu breastfeeding dan belum lagi mengguna ubat/ pil perancang. Jadi, apakah punca nya? Mohon Dr terangkan. Terima kasih.

    1. Mungkin puan ade jangkitan kuman pada faraj dan mungkin juga ia disebbkan terdapat ketumbuhab seperti polip pada pangkal rahim puan.apa pun elok jumpa doktor

  17. Doktor,saya nak tanya saya baru habis haid malam tuh,dan pagi saya terus bersama dgn suami sy,selepas bersama sy keluar darah seperti haid. Adakah itu darah haid atau bukan?

    1. Elok jumpa doktor untuk pemeriksaan faraj, jangkitan kuman dan ketumbuhan kerap dikaitkan dgn pendarahan selepas seks

  18. hello dr , saya mahu bertanya , bila bersama suami selepas 100 hari bersalin ada keluar darah sdikit , lepas tu bila kali kedua okey tak skit normal ja , tapi skali kami bersama balik kali ke tiga ianya sakit dan ada darah keluar sedikit seja , tak lekat pun dkt spndr cuba time cuci tu ada di jari sdikit , tapi kami brsama tidak kerap bsalang² juga , lama baru bersama balik . knpa mcam tu ar ?

  19. hi dr , kenapa saya rasa biji kelentit saya rasa ngilu , mula² fikir kncing kotor tapi bila lama2 kncing saya ,mcam okey ja tak laa kuning jernih ja , saya rasa ngilu yang saya rasa ni brpunca dari biji kelentit sebab lama sngt suda benda ni sya rasa , kjb2 hilang kjb² dtg balik , kdang rasa mcam pedih² sikit ,

    1. kalau ngilu sekali sekali agak normal puan retape kalau sepanjang masa ia ngilu, elok jumpa doctor, tengok kot ade jangkitan kuma ke ape yg lain

  20. Salam Doktor
    Saya baru berkahwin 3 bulan
    Sepanjang 3 bulan kami bersama, tidak pernah terjadinya pendarahan selepas seks sbb kami akan memainkan peranan untuk adakah pelincir
    Saya ada pendarahan lepas bersama, itupun sebab masa kencing saya terasa pedih
    Bila lepas cuci semuanya, dalam beberapa jam saya check darah itu dah berhenti, yg ada hanyalah bekas2 darah. Saya cuci semula. Perlukah saya pergi checkup di klinik? Atau itu normal? Sebab rasa takut pulak sbb ini first time
    Btw saya bersama selepas habis period

    1. Normal puan jgn risau, mungkin juga sebb baru habis period, Apepun, kalau darah dah berhenti sepenuhnya, ia normal aje

  21. Salam doktor mohon penjelasan atas kebimbingan sy pula berfikir belebihan kdg rasa takut tramat😢,setiap kali datang period hr ke 4,5 dh kering hr ke6 sy bersama suamidn seterus nya bersama..keeseokanya akn ada darah cair kuar tp kuar hnya waktu buang air,selepas kiraan hr ke14 stop dh x kuar bgitu la selalu trjadi hr ke 14 akn clear sepenuh nya..jika bersama pd waktu lain bkn lps abis period..tidak kuar mcm tu,hny kuar lps start bersama selepas abis period,adakah normal doktor?period sy regular doktor.

    1. Kalau pendarahan tu berhenti sepenuhnya, ia normal, tetapi jika ia berterusan , elok jumpa doktor

  22. Salam doktor saya nak bertanya . Saya sekarang sedang hamil 3bulan . Tpi saya ada bersama dengan suami semasa sedang hamil . sebelum ni takde darah keluar tapi tiba-ii malam tadi ada keluar darah semasa bersama tak tahu kenapa berdarah takde rasa sakit dan takde pulak ada bau . Mohon penjelasan doktor .

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: