Manfaat ‘Delayed Cord Clamping’ selepas lahir

potong-tali-pusat

Adalah menjadi satu amalan biasa untuk memotong tali pusat bayi sejurus selepas kelahiran, iaitu dalam tempoh 15-20 saat. Walau bagaimanapun, kajian terbaru menunjukkan apabila tali pusat dipotong sekurang-kurangnya 30-60 saat lebih lewat,ia boleh memberikan manfaat yang besar terhadap bayi terutamanya kepada bayi yang dilahirkan tidak cukup bulan.

Manfaat -Manfaat

1. Ia meningkatkan tahap hemoglobin ketika lahir dan meningkatkan zat besi dalam beberapa bulan pertama selepas bayi dilahrkan dan ini boleh memberikan kesan yang baik terhadap tumbesaran bayi.

2. Bayi yang dilahirkan didapati mengalami peredaran darah yang baik dengan jumlah sel darah merah yang ketara terutama kepada bayi pramatang. Ini mengurangkan risiko transfusi darah  disamping pengurangan insiden necrotizing enterocolitis, pendarahan dalam otak dan kematian bayi.

Disebabkan kebaikan ini, WHO mencadangkan tali pusat hendaklah dipotong tidak kurang dari 1 minit selepas bayi dilahirkan.

Kesan Sampingan

Terdapat peningkatan kecil jaundis yang memerlukan fototerapi.

Bincang dengan doktor anda sekiranya anda inginkan ‘Delayed Cord Clamping’ selepas bayi anda dilahirkan.

Rujukan

WHO. Guideline: Delayed umbilical cord clamping for improved maternal and infant health and nutrition outcomes. Geneva, World Health Organization; 2014 (http://www.who.int/nutrition/publications/guidelines/cord_clamping/en/).

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

w

Connecting to %s