Anda Mungkin Ada Ovarian Cyst Tapi Anda Tidak Tahu

SISTA-OVARI

Sista Ovari atau Ovarian Cyst adalah nama yang diberikan kepada cyst atau poket yang berisi lendir/air yang terjadi di dalam atau di permukaan ovari

Kebanyakan sista Ovari tidak menyebabkan apa-apa gejala dan hilang dengan sendiri. Walaubagaimanapun bagi sesetengah wanita sista ovari tumbuh dengan lebih besar dan boleh memberikan masalah serius.

Sista ovari yang besar boleh menyebabkan rasa tidak selesa pada perut. Jika ia menekan pundi kencing anda, anda mungkin akan kerap rasa mahu kencing.

Bagi setengah wanita kewujudan sista Ovari langsung tidak disedari sehinggalah berlaku komplikasi serius seperti sista menjadi terpintal (torsion) atau pecah dan berdarah. Kes begini memerlukan pembedahan kecemasan kerana ia membahayakan nyawa.

Video : Ovari Terpintal

Sista juga kerap ditemui secara tidak sengaja semasa pemeriksaan ultrasound. Sekiranya anda sudah mengalami menopos ada kemungkinan ia adalah sista kanser ( Ovarian Cancer)

Itulah sebabnya adalah penting untuk mempunyai pemeriksaan pelvis secara rutin. Pemeriksaan juga disaran terutama jika berlaku rasa ketidakselesaan pada perut yang masih tidak hilang-hilang atau berterusan.

Sekiranya anda mengalami tanda-tanda dan gejala-gejala seperti dibawah, eloklah berjumpa doktor anda tanpa berlengah lagi.

  • Sakit pelvis disertai oleh sakit belakang dan peha
  • Sakit pada perut beberapa hari sebelum haid anda bermula
  • Sakit pelvis semasa hubungan seks (dyspareunia)
  • Sakit semasa buang air besar
  • Rasa ada tekanan atau rasa berat pada perut anda
  • Perut menjadi buncit dan seluar menjadi semakin ketat.
  • Kerap membuang air kecil. Kencing rasa tidak habis.
  • Loya, muntah atau sakit payu dara

Berjumpa doktor dengan segera sekiranya

Sakit memulas secara tiba tiba disertai dengan muntah. Ia mungkin tanda ovari anda sudah terpintal atau pecah.

Ujian ultrasound terutamanya dengan teknologi 3D dengan senang dapat memberikan diagnosa sista ovari dan jenisnya. Jumpa doktor anda hari ini

Video:Imbasan 3D Ultrasound Pelvis

17 thoughts on “Anda Mungkin Ada Ovarian Cyst Tapi Anda Tidak Tahu”

  1. Doc..sya berumur 30thn dan belum berkahwin.sya ada buat ultrasound(female pelvis) baru baru ini dan result die “mulitple anechoic follicle in both ovaries”.adakah itu normal??.dr di klinik ada bgtau saya yg keadaan saya nie sukar untuk mengandung nnt..

  2. Salam doctor..sya berumur 30than sdh berkhawin dan mempunyai 3 org anak. Sejak 2 mggu ni sya sering mengalami slight fever,cough,sakit belakang, sakit bahagian abdomen dan bila buang air besar rasa tk puas. Selera makan pun kurang..rasa mual Dan nk muntah. Soalan sya..ujian saringan apakah yg perlu sy lakukan?

  3. Doctor, saya nak tanya..saya berumur 30tahun dah berkahwin selama 1y7m tapi masih belum dikurniakan anak. Haid sy agak teratur dan setiap bulan buat OPK dan positif Day 17 / 18. Cycle sy 35 hari. sbb sy TTC untuk hamil. Masalah sy sekarang ni, keadaan fizikal sy ni. Perut sy buncit seolah2 hamil 7bulan. Sy sendiri malu sedangkan sy tidak hamil. Sy pergi berjumpa doctor dan lakukan scan. tp tiada penjelasan yg detail, cuma mereka minta sy jumpa pakar gynea untuk kesuburan.. Sy risau dengan ovarian cyst. adakah sy mengalaminya kerana sy sukar hamil.

      1. masih belum jumpa pakar. kebiasaan kalau jumpa pakar berapa kosnye doctor. sbb sy kurang berkemampuan dan tidak bekerja.

  4. Salam Dr. Sy berumur 23tahun dan suda berkahwin selama 1 tahun 1 bulan. Sy belum dikurniakan zuriat. Masalah sy ialah x datang haid. Kdg berbulan2 dan skg sdh hampir setahun sy x datang haid. Perut sy buncit dan tumit kaki sy sblh kanan rasa sakit bila sy berdiri dan berjalan. Harap doktor ble bantu sy apa yg perlu sy buat.

    1. Kalau haid tidak datang sebegitu lama, ia sudah dalam peringkat serius. elok jumpa doktor untuk pemeriksaan darah. Kemungkinan besar ada masalah hormon

  5. Assalamualaikum doc, umur saya 40 thn sudah mempunyai 1 anak…baru2 ni sy tak period hampir 4 bulan…setelah scan didapati ada cyst size 3cm…dan doc bagi pil untuk turun darah…ok…saya period…hari ke10 scan semula & size cyst masih sama….adakah cyst ni menyebabkan saya sukar hamil?

    1. tunggu hingga 6 minggu dari tarikh scan asal. selalunya cyst yang tidak bahaya akan mengecut. Kalau cyst tidak mengecut dan semakin membesar elok jumpa doktor pakar. buat ujian US

  6. assalamualaikum sya brumur 21 thun sya mngalami segugt yg sangt truk dn sakit peha.ada kah sya mngalmi sista ovari yg serius.

  7. Assalamualaikum doc… Usia saya 40 tahun… Ade 3 anak… Teringin nk ada bby lg.. Haid saya skrg dlm 3/4 hari je… Kitaran haid 31 hari… Sejak 3 tahun kebelakangan ini… Dulu2 dlm 8 hari…dh cuba dlm 5 bulan.. Tp masih x hamil.. Adakah masih ade peluang utk saya hamil doktor..tq doc

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: