Sekiranya anda mendapati ada ketulan pada payudara. Jangan panik. Tisu payudara secara semulajadi mempunyai tekstur yang beralun (tidak rata) dan bagi sesetengah wanita, tekstur sebegini lebih ketara daripada wanita yang lain.
Untuk memastikan ia bukan sesuatu yang serius, periksa payudara anda yang sebelah lagi. Jika kedua-dua payudara mempunyai rasa dan tekstur yang sama, benjolan tersebut kemungkinan besar normal dan anda tidak perlu risau
Walaubagaimanapun, jika ketulan tersebut baru sahaja anda temui dan tidak hilang selepas walau haid sudah berakhir, anda mungkin ingin membuat temujanji dengan doktor anda.
Anda juga perlu berjumpa doktor dengan segera jika anda perasan ada perubahan pada puting payudara seperti lekok (kulit tertarik ke dalam) atau anda mendapati keluar cecair dari puting anda.
Doktor anda mungkin akan mencadangkan ujian Mammogram (MMG) untuk melihat sebarang tanda kanser payudara jika benar ketulan ditemui.
Sekiranya anda pernah menjalani ujian MMG sebelumnya, bawa salinan filem Mammogram itu untuk doktor membuat perbandingan.
Ujian Ultrasound payudara mungkin akan dibuat sebagai ujian tambahan untuk mendapatkan keputusan optimal terutama bagi wanita yang mempunyai payudara yang padat atau anda didapati mengalami sista payudara.
Gejala Lain- Lain
- Bengkak di semua atau sebahagian daripada payudara
- Iritasi pada kulit.
- Perubahan pada salah satu saiz payudara
- Sakit berpanjangan pada payudara atau puting.
- Puting tertarik kedalam (puckering)
- Kemerahan, bersisik,atau penebalan pada kulit puting atau payudara.
- Keluar darah dari puting
- Ada Benjolan Pada ketiak
Jumpa doktor anda hari ini.
Dr sy nk tye,sblm ini sy dikategorikan gemuk,n sy cuba turunkn brt bdn sy, skrg brt sy 45kg, malangnya payudara sy trut mngecil,jd sprti kosong xada isi..dn sy mncari produk yg bgus n xmerbahayakn sy..sprti boleh dpt kanser payudara atau apa pon..Boleh x dr beri pndapat..skrg byk jnis produk yg kata mngandungi mirifica pueraria..dan pada pegetahuan dr adakah ubat thanyaporn yg dikatakan femes tu bahaya..tlg bls email sy…harap sgt dr dpt bntu sy
elok elak segala jenis ubat atau krim yang claim membesarkan payudara kerana ia megandungi estrogen. estrogen boleh meyebabkan kasner rahim dan payudara
Assalamualaikum wbt Dr. Dsini saya ada sedikit pertanyaan berkenaan kanser rahim. Isteri sya beberapa hari baru ini adakah mengalami gejala keluar darah sedikit2 pada kemaluan. perkara tu berlaku hanya sekejap-sekejap bukan berlarutan. Itu pengetahuan Dr. juga, pada beberapa minggu yang lalu, isteri pernah mmpunyai benjolan seperti bisul dipermukaan kemaluan. namun selepas pada 2 minggu benjolan itu hilang. Soalan saya, apakah simptom itu berkaitrapat dengan kanser rahim ini atau hnya simptom biasa..? Yang kedua, apakah kaedah diagnosis keatas tanda- tanda begini kerana mgkin si pesakit agak segan atau malu jika pemeriksaan dilakukan pada bahagian sensitif itu. Mohon pencerahan dan nasihat dari Dr. Bantuan Dr amatlah saya hargai dan diucapkan dengan ribuan terima kasih.
Setiap pendarahan tidak normal dianggap serius. Punca tidak semestinya kanser. elok pujuk isteri tuan utk berjumpa dgn doktor pakar. tiada cara lain untuk diagnosa selain dari pemeriksaan faraj
Asslm doktor sy ingin brtnya sy mendapati ada ketulan kecil dipyudara kanan sy lama kelamaan ketulan semakin mmbesar tapi tidak sakit.sejak2 ini pyudara kiri sy pula ada ketulan kecil yg baru tumbuh mohon penjelasan sy amat memerlukan😇
Salam. Ape ape yang berkit dgn payu dara elok la jumpa doktor. Jgn berlengah ye