Kegunaan CTG Semasa Bersalin

ctg semasa bersalin

Cardiotocography atau CTG adalah ujian yang kerap dilakukan terutama pada lewat trimester ke 3 dan pada saat bersalin.

Ia dilakukan untuk mengesan samada jantung bayi anda berdegup pada kadar normal.

Biasanya, kadar denyut jantung bayi adalah di antara 110 dan 160 denyutan seminit dan meningkat apabila bayi bergerak. CTG juga akan melihat bagaimana kadar denyut bayi anda terjejas oleh kontraksi anda. Teruskan membaca “Kegunaan CTG Semasa Bersalin”

Apa Yang Dijangka Berlaku Selepas Bersalin Normal

sele[as-bersalin.jpg

Soalan

Saya Merancang Untuk Melahirkan Secara Normal. Apa Yang Boleh Saya Jangkakan Akan Berlaku Selepas Bersalin?

Jawapan

Sebaik sahaja bayi dilahirkan, bayi anda akan diletakkan di atas perut anda dan akan dilap dan dibiarkan atas perut anda untuk sentuhan kulit ke kulit. Untuk memastikan dia hangat, bayi akan ditutup dengan selimut hangat kerana bayi kehilangan haba badan dengan cepat. Teruskan membaca “Apa Yang Dijangka Berlaku Selepas Bersalin Normal”

Manfaat ‘Delayed Cord Clamping’ selepas lahir

potong-tali-pusat

Adalah menjadi satu amalan biasa untuk memotong tali pusat bayi sejurus selepas kelahiran, iaitu dalam tempoh 15-20 saat. Walau bagaimanapun, kajian terbaru menunjukkan apabila tali pusat dipotong sekurang-kurangnya 30-60 saat lebih lewat,ia boleh memberikan manfaat yang besar terhadap bayi terutamanya kepada bayi yang dilahirkan tidak cukup bulan.

Manfaat -Manfaat

Teruskan membaca “Manfaat ‘Delayed Cord Clamping’ selepas lahir”

Saya mengandung anak kedua, adakah ia berbeza dengan kandungan pertama?

Screen Shot 2014-05-21 at 7.07.39 PMJawapan:

Setiap kehamilan adalah berbeza dan setakat ini tidak ada cara untuk meramalkan apa yang mungkin berlaku pada kandungan seterusnya.

Walau bagaimanapun, semasa kehamilan kedua, anda mungkin perasan terdapat perbezaan dari kehamilan anak pertama, termasuklah:

Anda lebih penat dari biasa

Mengandung dan menjaga anak sulung terutamanya yang masih kecil sekaligus di samping hamil pada usia lebih tua mungkin boleh memberikan lebih kepenatan berbanding kandungan pertama. Teruskan membaca “Saya mengandung anak kedua, adakah ia berbeza dengan kandungan pertama?”

Oh… Saya Sudah Pecah Ketuban!

amnionSoalan : Doktor, saya rasa saya sudah pecah ketuban! Apa saya perlu buat?

Bayi anda berkembang dan membesar dalam kantung amnion yang juga bertindak untuk melindungi bayi dari sebarang gegaran dan hentakan. Jika amnion bocor, anda sudah pecah ketuban.

Sekiranya anda rasa ketuban sudah pecah, jangan panik. Pertama sekali, pastikan ia betul betul air ketuban. Pergi ke bilik air, kencing, lap kering, berdiri dan batuk. Kalau terdapat air meleleh ke celah peha kemungkinan besar anda sudah pecah ketuban.

Teruskan membaca “Oh… Saya Sudah Pecah Ketuban!”

11 Manfaat Sentuhan Kulit ke Kulit Selepas Lahir

kulit ke kulitSemasa dalam kandungan, bayi mendapatkan kehangatan, makanan, perlindungan dan oksigen dari badan ibu mereka tetapi selepas dilahirkan ke dunia, kenikmatan tersebut terputus dengan tiba tiba, jadi tidak hairanlah sentuhan kulit ke kulit sangat penting untuk bayi sebaik sahaja dilahirkan. Manfaat menjadi optimal sekiranya kulit bayi terdedah sepenuh dan bersentuh dengan kulit ibu kerana suhu kulit ibu memberikan kehangatan yang serupa sebagaimana dalam kandungan. Teruskan membaca “11 Manfaat Sentuhan Kulit ke Kulit Selepas Lahir”

Barangan Keperluan bersalin- Apa Yang perlu dibawa

beranakAnda akan bersalin tak lama lagi? Pening tentang barang atau keperluan apa yang perlu dibawa? Jangan risau… Jika anda merancang bersalin di hospital swasta, kebanyakan keperluan sudah disediakan oleh pihak hospital. Jadi jangan panik! Sekiranya anda dalam tergesa gesa, anda cuma perlu membawa badan anda sahaja. Barangan wajib cuma perlu disediakan apabila anda sudah bersedia untuk membawa bayi pulang.

Walaubagaimanapun, sekiranya anda merancang untuk bersalin di hospital kerajaan, anda mungkin perlu bertanya pada pihak hospital tentang barangan wajib yang perlu anda bawa kerana setiap hospital kerajaan mempunyai protokol adalah berbeza.

Secara asasnya, barang yang perlu dibawa termasuk: Teruskan membaca “Barangan Keperluan bersalin- Apa Yang perlu dibawa”

10 kebaikan kelahiran cesarean elektif yang mungkin anda tidak tahu.

bbKelahiran secara caesarean menjadi semakin popular kebelakangan ini, kalau 10 tahun dahulu ia cuma sekitar 15%, hari ini kadar sudah meningkat dua kali ganda dan mungkin setinggi 50% sekiranya kelahiran berlaku di hospital swasta.

Walaupun kelahiran cesarean lebih berisiko berbanding dengan kelahiran normal, kelahiran cesarean yang dibuat secara elektif ( Planned Caesarean) sebenarnya mempunyai kebaikannya yang tersendiri.

Diantaranya: Teruskan membaca “10 kebaikan kelahiran cesarean elektif yang mungkin anda tidak tahu.”

Bila Perlu Ke Hospital

Sentuhan Kulit ke Kulit digalakan

Jika ini  kehamilan pertama anda, anda mungkin merasa tidak pasti tentang bila anda perlu pergi ke hospital kerana tiada pengalaman. Jalan terbaik ialah datang saja ke hospital dan biarkan bidan menilai tahap ‘labour’ anda. Sekiranya anda masih di peringkat awal, anda akan dibenarkan pulang dan menunggu sehingga sakit menjadi lebih kuat.

Jika air ketuban anda sudah pecah, anda dinasihatkan pergi ke hospital seberapa segera tanpa berlengah lagi. Ketuban pecah sebelum sakit bermula cuma berlaku pada segelintir 15% wanita hamil sahaja. Teruskan membaca “Bila Perlu Ke Hospital”