Tahukah anda gigi dan gusi bermasalah boleh menganggu kehamilan anda?

gusiTidak ramai wanita yang tahu kepentingan berjumpa doktor gigi semasa hamil kerana kehamilan mendedahkan anda kepada masalah jangkitan kuman dan diantara jangkitan yang kerap terjadi ialah jangkitan gigi dan gusi.

Jadi adalah penting untuk setiap wanita hamil mendapatkan pemeriksaan gigi kerana ia bukan sahaja membantu mengesan masalah pergigian sebelum dan selepas kehamilan. Teruskan membaca “Tahukah anda gigi dan gusi bermasalah boleh menganggu kehamilan anda?”

Manfaat ‘Delayed Cord Clamping’ selepas lahir

potong-tali-pusat

Adalah menjadi satu amalan biasa untuk memotong tali pusat bayi sejurus selepas kelahiran, iaitu dalam tempoh 15-20 saat. Walau bagaimanapun, kajian terbaru menunjukkan apabila tali pusat dipotong sekurang-kurangnya 30-60 saat lebih lewat,ia boleh memberikan manfaat yang besar terhadap bayi terutamanya kepada bayi yang dilahirkan tidak cukup bulan.

Manfaat -Manfaat

Teruskan membaca “Manfaat ‘Delayed Cord Clamping’ selepas lahir”

11 Manfaat Sentuhan Kulit ke Kulit Selepas Lahir

kulit ke kulitSemasa dalam kandungan, bayi mendapatkan kehangatan, makanan, perlindungan dan oksigen dari badan ibu mereka tetapi selepas dilahirkan ke dunia, kenikmatan tersebut terputus dengan tiba tiba, jadi tidak hairanlah sentuhan kulit ke kulit sangat penting untuk bayi sebaik sahaja dilahirkan. Manfaat menjadi optimal sekiranya kulit bayi terdedah sepenuh dan bersentuh dengan kulit ibu kerana suhu kulit ibu memberikan kehangatan yang serupa sebagaimana dalam kandungan. Teruskan membaca “11 Manfaat Sentuhan Kulit ke Kulit Selepas Lahir”

Bersenam Semasa Hamil

Kenapa Perlu Bersenam?

Kecuali anda mengalami masalah perubatan, wanita hamil boleh dan patut cuba untuk membuat senaman sekurang-kurangnya 30 min sehari, 3-4 kali seminggu. Senaman menolong kita merasa lebih sihat secara emosi atau fizikal dan kalori yang dibakar semasa senaman boleh mengurangkan berat badan yang berlebihan. Mereka yang bersenam secara teratur akan mempunyai otot, jantung dan sendi yang lebih kuat. Ia juga mengurangkan risiko kematian pra-matang, serangan sakit jantung dan penyakit serius yang lain.

Tambahan pula, senaman boleh megurangkan tekanan dan membina stamina yang diperlukan untuk proses bersalin.
Sebaiknya bertanyalah dahulu kepada doktor anda sebelum anda mencuba untuk sebarang program senaman. Anda mungkin mengalami masalah perubatan yang boleh menghalang anda dari bersenam. Elakkan aktiviti atau senaman yang terlalu lasak. Teruskan membaca “Bersenam Semasa Hamil”