
Sista Ovari atau Ovarian Cyst adalah nama yang diberikan kepada cyst atau poket yang berisi lendir/air yang terjadi di dalam atau di permukaan ovari
Kebanyakan sista Ovari tidak menyebabkan apa-apa gejala dan hilang dengan sendiri. Walaubagaimanapun bagi sesetengah wanita sista ovari tumbuh dengan lebih besar dan boleh memberikan masalah serius.
Sista ovari yang besar boleh menyebabkan rasa tidak selesa pada perut. Jika ia menekan pundi kencing anda, anda mungkin akan kerap rasa mahu kencing.
Bagi setengah wanita kewujudan sista Ovari langsung tidak disedari sehinggalah berlaku komplikasi serius seperti sista menjadi terpintal (torsion) atau pecah dan berdarah. Kes begini memerlukan pembedahan kecemasan kerana ia membahayakan nyawa.
Video : Ovari Terpintal
Sista juga kerap ditemui secara tidak sengaja semasa pemeriksaan ultrasound. Sekiranya anda sudah mengalami menopos ada kemungkinan ia adalah sista kanser ( Ovarian Cancer)
Itulah sebabnya adalah penting untuk mempunyai pemeriksaan pelvis secara rutin. Pemeriksaan juga disaran terutama jika berlaku rasa ketidakselesaan pada perut yang masih tidak hilang-hilang atau berterusan.
Sekiranya anda mengalami tanda-tanda dan gejala-gejala seperti dibawah, eloklah berjumpa doktor anda tanpa berlengah lagi.
- Sakit pelvis disertai oleh sakit belakang dan peha
- Sakit pada perut beberapa hari sebelum haid anda bermula
- Sakit pelvis semasa hubungan seks (dyspareunia)
- Sakit semasa buang air besar
- Rasa ada tekanan atau rasa berat pada perut anda
- Perut menjadi buncit dan seluar menjadi semakin ketat.
- Kerap membuang air kecil. Kencing rasa tidak habis.
- Loya, muntah atau sakit payu dara
Berjumpa doktor dengan segera sekiranya
Sakit memulas secara tiba tiba disertai dengan muntah. Ia mungkin tanda ovari anda sudah terpintal atau pecah.
Ujian ultrasound terutamanya dengan teknologi 3D dengan senang dapat memberikan diagnosa sista ovari dan jenisnya. Jumpa doktor anda hari ini
Tinggalkan Jawapan kepada rohaidah Batal balasan