Tag: sista
Apakah Sista Ovari Atau Ovarian Cyst?
Sista ovari kantung yang berisi cecair yang biasanya bukan kanser. Tidak ramai yang menyedari kehadiran sista ovari kerana pesakit jarang mengalami sebarang gejala.
Kehadiran sista ovari mungkin berkait dengan kitaran haid dan ia boleh hilang sendiri beberapa bulan kemudiannya. Teruskan membaca “Apakah Sista Ovari Atau Ovarian Cyst?”
Anda Mungkin Ada Ovarian Cyst Tapi Anda Tidak Tahu
Sista Ovari atau Ovarian Cyst adalah nama yang diberikan kepada cyst atau poket yang berisi lendir/air yang terjadi di dalam atau di permukaan ovari
Kebanyakan sista Ovari tidak menyebabkan apa-apa gejala dan hilang dengan sendiri. Walaubagaimanapun bagi sesetengah wanita sista ovari tumbuh dengan lebih besar dan boleh memberikan masalah serius.
Teruskan membaca “Anda Mungkin Ada Ovarian Cyst Tapi Anda Tidak Tahu”
Sista Ovari Functional ( Functional Ovarian Cyst)

Apa itu Sista ovari functional?
Sista ovari functional adalah kantung yang terbentuk di permukaan ovari wanita semasa atau selepas ovulasi. Ia mengandungi telur matang yang biasanya mengecut sebaik sahaja ovulasi terjadi.
Jika ovulasi tidak terjadi dimana telur gagal di lepaskan, sista ovari akan terbentuk.
Ia juga boleh terbentuk sekiranya kantung tertutup selepas telur dilepaskan dan menjadi kembang dengan mengumpul cecair di dalamnya.
Sista ovari berbeza daripada ketumbuhan ovari yang disebabkan oleh masalah-masalah lain seperti kanser. Kebanyakan sista ini adalah tidak berbahaya. Mereka tidak menyebabkan masalah dan akan hilang tanpa rawatan. Walaubagaimanapun, jika sista menjadi besar, ia boleh terpintal, pecah atau berdarah dan menyebabkan kesakitan. Teruskan membaca “Sista Ovari Functional ( Functional Ovarian Cyst)”