Jangkitan Chlamydia

chlamydia

Chlamydia adalah jangkitan kelamin yang kerap terjadi dan disebar melalui hubungan seks. Anda mungkin tidak tahu anda yang mengalami jangkitan chlamydia kerana ramai wanita tiada ada gejala dan tanda yang menunjukkan tanda jangkitan seperti sakit pelvis dan lelehan luar-biasa dari faraj.

Chlamydia boleh memberikan masalah kepada lelaki atau perempuan walaupun kadar jangkitan terhadap wanita lebih tinggi. Ia senang dirawat sekiranya jangkitan dikesan pada peringkat awal, walaubagaimanapun, sekiranya ia gagal dikesan dan tiada rawatan diberikan, Chlamydia boleh memberikan masalah yang serius.

Tanda dan Gejala Jangkitan

Gejala selalunya bermula selepas satu hingga tiga minggu selepas jangkitan. Ia mungkin ringan dan hilang dengan sendiri menyebabkan pesakit tidak sedar mereka sebenarnya mengalami jangkitan Chlamydia

Tanda dan gejala jangkitan chlamydia termasuk:

  • Sakit semasa membuang air kecil
  • Sakit pada ari ari atau bawah perut
  • Masalah Keputihan pada wanita
  • Keluar lelehan dari zakar pada lelaki
  • Sakit semasa hubungan seks
  • Pendarahan faraj di tengah kitaran
  • Sakit pada buah zakar

Bila perlu berjumpa doktor

Jumpa doktor dengan segera sekiranya anda mensyakki yang anda atau pasangan/suami anda mungkin mengalami jangkitan Chlamydia kerana jika terbukti ia disebabkan oleh Chlamydia, anda memerlukan rawatan antibiotik untuk mengelak dari komplikasi serius

Risiko Jangkitan Chlamydia

Faktor-faktor yang meningkatkan risiko chlamydia termasuk:

  • Umur bawah 24
  • Mempunyai pasangan seks berbilang
  • Tidak menggunakan kondom secara konsisten
  • Sejarah jangkitan kelamin sebelumnya

Komplikasi Chlamydia

  • Terdedah Kepada Jangkitan Kelamin lain.

Pesakit Chlamydia mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mengalami jangkitan kuman kelamin yang lain termasuk gonorea dan HIV.

  • Penyakit radang pelvik (PID).

PID adalah jangkitan serius pada rahim dan tiub fallopio. Jangkitan yang teruk memerlukan rawatan di hospital untuk rawatan antibiotik intravena.

PID boleh merosakkan tiub fallopio, ovari dan rahim yang menjurus kepada menyebabkan kerosakan pada pelvis. Bagi kaum lelaki jangkitan pada zakar boleh menyebabkan buah zakar menjadi bengkak disertai dengan demam. Jangkitan pada prostat pula menyebabkan kesakitan semasa kencing.

  • Jangkitan pada bayi baru lahir.

Jangkitan chlamydia boleh dipindahkan kepada bayi semasa bersalin dan ini boleh membawa kepada jangkitan paru paru dan jangkitan mata yang serius pada bayi.

  • Infertiliti

Jangkitan Chlamydia boleh menyebabkan parut pada pelvis dan tiub fallopio yang tersumbat akan menyukarkan anda untuk hamil.

  • Artritis reaktif

Orang yang mempunyai chlamydia adalah berisiko tinggi mendapat artritis reaktif, juga dikenali sebagai sindrom Reiter ini. Ia memberi kesan kepada sendi, mata dan uretra.

Ujian untuk mengesan Chlamydia

Jika anda fikir anda mungkin mempunyai jangkitan chlamydia, jumpa doktor anda dengan segera. Saringan dan diagnosis chlamydia adalah akan dibuat dan rawatan tepat pasti daapt mengurangkan komplikasi serius.

Sampel dari faraj diambil dengan swab dan sampel dari urethra lelaki untuk kultur dan mengesanan antigenChlamydia.

Ujian air kencing. Sampel air kencing anda boleh menunjukkan kehadiran jangkitan ini.

Rawatan

Chlamydia dirawat dengan antibiotik. Bergantung kepada keterukan jangkitan, anda mungkin akan diberikan ubat makan untuk lima sehingga 10 hari. Kalau jangkitan serius dikesan antibiotik intravena mungkin perlu diberikan dimana akan akan dimasukkan ke hospital.

Dalam kebanyakan kes, jangkitan hilang dalam masa satu hingga dua minggu selepas rawatan. Pada masa itu, anda perlu menahan diri daripada seks. Pasangan/suami anda juga memerlukan rawatan walaupun mereka tidak mempunyai sebarang tanda-tanda atau gejala.

Cara Pencegahan

Cara yang paling pasti untuk mengelakkan jangkitan chlamydia adalah untuk menahan diri daripada aktiviti seks. Selain pada itu anda boleh:

  • Menggunakan kondom. Gunakan kondom secara rutin untuk setiap kali berhubungan.
  • Elak dari seks berbilang pasangan.
  • Dapatkan pemeriksaan Rutin. Jika anda aktif berhubungan seks, anda dinasihatkan untuk membuat ujian ulangan kerana jangkitan boleh berulang.
  • Elakkan douching. Wanita tidak sepatutnya membilas vagina kerana ia mengurangkan jumlah bakteria baik di dalam faraj dan boleh meningkatkan risiko jangkitan.
Advertisements

4 thoughts on “Jangkitan Chlamydia

  1. Rozmewarni Nny Mac 10, 2017 / 4:36 pm

    Salam puan nak tye. Saya tengah berusaha utk mengandung. Saya sgt suka akan green tea.. Boleh tak minum green tea kotak? Sudah 4 bln kahwin blum ada rezeki anak.

    • drju Mac 11, 2017 / 5:28 pm

      tiada masalah. Ia selamat

  2. Doraying Jun 11, 2017 / 5:20 pm

    Salam Dr. Ju nak Dr sejak kebelakangan ni sy mempunya masalah keputihan yg berketul sedikit kekuningan gatal dan berbau ada kah ini gejalah jangkitan Chlamydia?
    Terima kasih

    • drju Jun 11, 2017 / 8:47 pm

      Macam jangkitan yis. Tapi elok jumpa doktor dulu. Pastikan ia bukan jangkitan serius.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s