Apakah itu GBS ( Group B Streptococcus) ?
2 GBS adalah salah satu dari ribuan bakteria yang ada di dalam badan kita. Ia biasanya tidak menyebabkan kemudaratan. Ia dianggarkan bahawa satu dalam 4 wanita hamil membawa GBS dalam […]
Info Kehamilan dan Sakit Puan
2 GBS adalah salah satu dari ribuan bakteria yang ada di dalam badan kita. Ia biasanya tidak menyebabkan kemudaratan. Ia dianggarkan bahawa satu dalam 4 wanita hamil membawa GBS dalam […]
2
GBS adalah salah satu dari ribuan bakteria yang ada di dalam badan kita. Ia biasanya tidak menyebabkan kemudaratan. Ia dianggarkan bahawa satu dalam 4 wanita hamil membawa GBS dalam sistem usus atau vagina mereka. Ia dipanggil kolonisasi oleh GBS.
Di saat melahirkan bagi ibu yang mempunyai GBS, bayi akan terdedah dengan kuman GBS tetapi kebanyakan dari bayi tidak akan dijangkiti dan dilahirkan sihat tanpa sebarang masalah.
Walaubagaimanapun, segelintir kecil dari bayi yang dijangkiti akan mengalami masalah serius dan perlu mendapatkan rawatan selepas dilahirkan.
GBS tidak boleh dicegah seratus peratus tetapi doktor akan memberikan lebih perhatian kepada mereka yang berisiko tinggi seperti:
Diagnosa selalunya dibuat mengunakan swab kultur vagina pada kandungan 32-36 minggu. Sekiranya berpositif terhadap GBS, antibiotik akan diberikan. Ujian ini selalunya tidak dibuat secara rutin cuma wanita berisiko akan dinasihatkan menjalani ujian ini. Walaubagaimanapun anda boleh berbincang dengan doktor anda sekiranya anda rasa ia perlu dilakukan.
Sekiranya anda disahkan positif secara kultur, doktor selalunya akan memberikan rawatan antibiotik dan semasa saat bersalin ibu mungkin akan diberikan antibiotik profilaxis untuk mengurangkan risiko jangkitan terhadap bayi. Rawatan antibiotik juga disarankan pada mereka yang pecah ketuban melebihi 12 jam kerana dikhuatiri mungkin dijangkiti GBS.
Kebanyakan bayi yang dijangkiti, akan mengalami gejala dalam tempoh 12 jam selepas kelahiran. Gejala-gejala( simtom) termasuk:
Kebanyakan bayi yang dijangkiti yang di kesan pada peringkat selalunya pulih seratus peratus selepas rawatan. Sebilangan kecil, menjadi lebih serius sekiranya kuman merebak ke paru paru atau otak yang boleh membawa kepada masalah yang lebih berat seperti cerebral palsi, buta atau pekak.
GBS juga boleh memberikan komplikasi ada ibu seperti jangkitan rahim atau salur kencing. Dalam keadaan yang lebih serius ibu mungkin boleh mendapat septisemia yang boleh membawa maut sekiranya tidak mendapat rawatan yang sepatutnya.
Jika anda pembawa GBS atau anak anda pada kandungan yang lepas pernah dijangkiti GBS, doktor selalunya akan memantau kesihatan bayi anda dengan teliti sekurang-kurangnya 12 jam selepas kelahiran. Doktor bayi juga mungkin akan memulakan rawatan antibiotik pada bayi sehingga ujian darah mengesahkan tidak ada jangkitan GBS dalam darah bayi anda.
Kuman GBS yang dijangkiti bayi lebih dari tujuh hari selepas kelahiran selalunya tidak berkait dengan kehamilan. Bayi itu mungkin menjadi dijangkiti selepas kelahiran daripada orang lain dan bukan dari faraj ibunya. Jangkitan GBS selepas usia tiga bulan adalah amat jarang berlaku.
Penyusuan susu ibu tidak meningkatkan risiko jangkitan GBS sebaliknya ia akan melindungi bayi anda daripada jangkitan lain.
salam…dr saya nk tanya ..sya pregnent 11 week..dan dr telah sahkan ank sya dlm kandungan telah meninggal …sample urin c&s telah di ambil ..results group b streptococus..sblm pregnant sya ada mkn ubat diabetic. empafloprasine 25mg..ada kah itu kesan dari ubatan.
salam, ubat itu tiada kaitan dengan keguguran.
assalammualaikum dr , saya pembawa GBS , jika saya merancang untuk hamil , boleh ke saya cegah awal GBS ini ? bleh ke dibuang GBS ini ?
jumpa doctor dan buat test sekali lagi, kalau dah hilang anda tidak lagi ade gbs