Jangkitan yis pada yis sangat kerap terjadi dan merupakan salah satu masalah utama lawatan wanita ke klinik pakar sakit puan. Setiap wanita berisiko akan mengalami jangkitan yis ini sekurang kurangnya sekali seumur hidup. Bagi mereka yang tidak bernasib baik, ia mungkin terjadi dengan lebih kerap kadang kadang 2-3 kali setiap bulan. Gejala-gejala jangkitan yis termasuklah, lelehan faraj keterlaluan yang berbau busuk, kegatalan dan rasa pedih sekitar faraj.
Walaupun anda tidak boleh mengelakkan 100% dari mendapat jangkitan yis, anda boleh mengurangkan risiko anda jangkitan ini dengan mengamalkan garis panduan ini:
- Pakai panti ( seluar dalam) yang berasaskan dari kain kapas. Elakkan memakai panty liner kerana ia boleh menghalang pengudaraan yang menyebabkan faraj menjadi lembab. Yis cenderung untuk membiak dengan cepat dalam persekitaran lembap
- Elakkan dari memakai seluar ketat. Seluar yang terlalu ketat memerangkap peluh dan meninggikan risiko jangkitan.
- Elakkan dari memakai pantyhose nilon atau sintetik setiap hari. Jika anda perlu memakai ini kerana menjadi sebahagian dari tugas, pakai dari jenama yang diperbuat dari kapas untuk menyerap lembapan dari badan anda.
- Tukar seluar dalam dengan segera apabila ia sudah lembab dan pastikan seluar anda kering sepanjang masa terutama selepas bersenam atau aktiviti berpeluh.
- Jangan gunakan douches, serbuk wangi, tampon wangi, dan semburan deodoran faraj. Ia mengandungi bahan kimia dan haruman yang boleh memberikan alergi kepada pemakai disamping mengganggu keseimbangan semulajadi bakteria/mikroorganisma baik dalam faraj
- Lap kering dari depan ke belakang selepas ke bilik air untuk mengelakkan penyebaran bakteria dubur ke vagina. Sebaik-baiknya, gunakan towel kecil bukan tisu.
- Jika anda mempunyai kencing manis, kawal tahap gula dalam darah anda. Risiko untuk mendapat jangkitan yis berulang dikaitkan dengan paras glucos yang tinggi dalam darah.
- Amalkan makan yogurt kerana ia mengandungi kultur hidup lactobacillus acidophilus semulajadi yang boleh membantu mencegah jangkitan yis. Anda juga boleh memakan probiotik, ubat yang boleh membantu pembiakan kuman baik dalam faraj.
- Elak dari memakan antibiotik yang berpanjangan kerana ia boleh membunuh bakteria/mikroorganisma baik dalam faraj anda. Bakteria baik boleh mengawal pembiakan yis.
- Kurangkan makanan manis dan minum air secukupnya.