10 Cara untuk Mencegah Jangkitan Yis pada faraj

yisJangkitan yis pada yis sangat kerap terjadi dan merupakan salah satu masalah utama lawatan wanita ke klinik pakar sakit puan. Setiap wanita berisiko akan mengalami jangkitan yis ini sekurang kurangnya sekali seumur hidup. Bagi mereka yang tidak bernasib baik, ia mungkin terjadi dengan lebih kerap kadang kadang 2-3 kali setiap bulan. Gejala-gejala jangkitan yis termasuklah, lelehan faraj keterlaluan yang berbau busuk, kegatalan dan rasa pedih sekitar faraj.
Walaupun anda tidak boleh mengelakkan 100% dari mendapat jangkitan yis, anda boleh mengurangkan risiko anda jangkitan ini dengan mengamalkan garis panduan ini: Teruskan membaca

Lelehan faraj Semasa Hamil

Adakah anda perasan yang anda mempunyai lelehan faraj yang berlebihan semasa hamil? Jangan bimbang, keadaan ini adalah normal.

Lelehan faraj normal atau vaginal discharge akan kelihatan agak keputihan, tidak berbau atau sedikit berbau. Walaupun ia mengalir dengan kuantiti yang lebih banyak semasa hamil, ia kelihatan seperti lelehan yang keluar beberapa hari sebelum anda datang haid. Hormon estrogen yang banyak dikeluarkan oleh uri dan bertambahnya aliran darah disekitar faraj adalah punca kepada fenomena ini.

Anda akan dapati ia akan bertambah dengan banyak sepanjang kehamilan anda. Pada saat-saat akhir kehamilan, anda mungkin akan mengeluarkan plug mukus yang tebal yang membawa isyarat yang kelahiran sudah dekat. Teruskan membaca