Rasa Tegang Pada Perut. Adakah ia Tanda Sakit Bersalin?

bhPada lewat kehamilan, anda mungkin kerap merasa ketegangan pada rahim yang dikenali sebagai kontraksi Braxton Hicks. Tegangan atau kontraksi ini terjadi kerana ia adalah salah satu cara badan kita bersiap sedia untuk menyambut kedatangan kelahiran sebenar.

Kontraksi Braxton Hicks bukan tanda anda akan bersalin dalam masa terdekat, tetapi ramai wanita hamil menjadi keliru kerana kontraksi tersebut agak sama dengan tanda awal bersalin. Teruskan membaca

10 Cara untuk Mencegah Jangkitan Yis pada faraj

yisJangkitan yis pada yis sangat kerap terjadi dan merupakan salah satu masalah utama lawatan wanita ke klinik pakar sakit puan. Setiap wanita berisiko akan mengalami jangkitan yis ini sekurang kurangnya sekali seumur hidup. Bagi mereka yang tidak bernasib baik, ia mungkin terjadi dengan lebih kerap kadang kadang 2-3 kali setiap bulan. Gejala-gejala jangkitan yis termasuklah, lelehan faraj keterlaluan yang berbau busuk, kegatalan dan rasa pedih sekitar faraj.
Walaupun anda tidak boleh mengelakkan 100% dari mendapat jangkitan yis, anda boleh mengurangkan risiko anda jangkitan ini dengan mengamalkan garis panduan ini: Teruskan membaca

Barangan Keperluan bersalin- Apa Yang perlu dibawa

beranakAnda akan bersalin tak lama lagi? Pening tentang barang atau keperluan apa yang perlu dibawa? Jangan risau… Jika anda merancang bersalin di hospital swasta, kebanyakan keperluan sudah disediakan oleh pihak hospital. Jadi jangan panik! Sekiranya anda dalam tergesa gesa, anda cuma perlu membawa badan anda sahaja. Barangan wajib cuma perlu disediakan apabila anda sudah bersedia untuk membawa bayi pulang.

Walaubagaimanapun, sekiranya anda merancang untuk bersalin di hospital kerajaan, anda mungkin perlu bertanya pada pihak hospital tentang barangan wajib yang perlu anda bawa kerana setiap hospital kerajaan mempunyai protokol adalah berbeza.

Secara asasnya, barang yang perlu dibawa termasuk: Teruskan membaca

Menjaga Luka Episiotomi

epi.jpg

Sekiranya anda mengalami kelahiran normal dan melahirkan anak sulung, kemungkinan besar anda mempunyai luka episiotomi. Untuk memastikan luka anda pulih dengan baik, cuba amalkan tip-tip ini:

1. Gunakan Pad Ais

Sebaik sahaja melahirkan, letakan pad ais pada luka, ia bukan sahaja mengalakkan luka cepat baik malahan mengurangkan sakit. Letak pada luka selama 10 minit 3-4 jam sekali. Teruskan membaca

11 Tip Membantu mempercepatkan Luka Caesarean

luka-csSekiranya anda menjalani pembedahan Ceasarean, penjagaannya agak berbeza kerana luka anda adalah pada perut dan bukannya pada vagina. Luka akibat pembedahan memerlukan lebih penjagaan dan perhatian rapi kerana jahitannya lebih besar serta dalam berbanding luka episiotomi.

Berikut adalah tip-tip mudah yang boleh anda amalkan untuk memastikan luka pembedahan pulih dengan cepat, iaitu; Teruskan membaca

Sperma- Apa Yang Anda Perlu Tahu

SpermaSelepas ejakulasi, sperma terdedah kepada udara apabila tercalit pada pakaian, cadar atau tempat duduk. Ia akan kehilangan upaya berenang dengan serta merta dan mati dengan cepat sekiranya air mani menjadi kering.
Di dalam faraj wanita, kebanyakan sperma mati dalam tempoh kurang daripada 30 minit tetapi dalam rahim, pangkal rahim dan tiub fallopian, sperma boleh hidup sehingga 5-6 hari.

Teruskan membaca

Memilih Doktor Yang Sesuai

doktorpesakitDoktor adalah individu yang paling penting pada anda semasa hamil, selain dari pasangan dan kaum keluarga anda. Beliaulah yang akan menjadi tempat rujukan, meminta pandangan dan nasihat tentang segala yang berkaitan dengan kehamilan anda. Oleh itu, pemilihan doktor bersalin adalah satu aspek yang penting dan harus diberikan perhatian oleh setiap pasangan yang berhasrat menimang cahaya mata. Pilihlah doktor yang sesuai dan dapat memberikan keselesaan kepada anda sama ada di hospital mahupun klinik swasta. Teruskan membaca

Menaiki Kapal Terbang Semasa Hamil

Ramai wanita yang merasa curiga samada mereka selamat atau tidak untuk menaiki kapal terbang semasa hamil. Secara umumnya, wanita yang sihat adalah selamat untuk menaiki kapal terbang, walaubagaimana selepas 36 minggu ia tidak digalakan. Pastikan anda mengetahui tentang polisi syarikat penerbangan masing-masing ada yang menghadkan 32 minggu sebagai tahap yang dibenarkan dan ada juga yang melarang sekiranya kandungan sudah melebihi 28 minggu.

Wanita yang mengalami pelbagai komplikasi kehamilan dan di anggap sebagai ‘high risk’ tidak digalakan untuk menaiki kapal terbang. Ini termasuk kencing manis yang tidak terkawal, placenta previa, darah tinggi dan mereka yang berisiko untuk keguguran dan kelahiran pra-matang. Teruskan membaca