Ketidakselesaan semasa hamil biasa berlaku termasuklah rasa loya dan mual, muntah sekali sekala terutamanya pada 3 bulan pertama dan juga pedih ulu hati, kerap kencing, sakit belakang, payudara dan keletihan.
Walau bagaimanapun, tanda-tanda di bawah adalah serius yang mungkin memberikan isyarat bahawa anda perlu berjumpa dengan doktor secepat mungkin.
Tanda-tanda serius tersebut adalah:
- Sakit, tekanan atau kekejangan pada perut secara perpanjangan,
- Pengecutan rahim yang semakin kuat anda kera,
- Keluar air seperti air kencing daripada faraj,
- Pendarahan faraj,
- Muntah keterlaluan,
- Suhu badan melebihi 37.8°C,
- Sakit kepala yang teruk dan berterusan,
- Penglihatan menjadi kabur,
- Pergerakan bayi menjadi kurang,
- Bengkak pada keseluruhan badan, pergelangan kaki, muka atau tangan,
- Darah dalam air kencing anda dan pedih semasa membuang air kecil,
- Cirit-birit yang tidak surut dan berpanjangan,
- Keluar keputihan dengan bau busuk dari faraj disertai kegatalan, dan
- Sawan.