Fibroid adalah ketumbuhan yang berlaku pada rahim. Ia bukan kanser dan agak kerap ditemu secara tidak sengaja. Kajian menunujukkani 1 dan 5 wanita dikatakan mengalami fibroid samada mereka sedar atau tidak.
Fibroid boleh tumbuh di dalam otot rahim permukaan luar rahim dan juga rongga rahim dan boleh memberikan konplikasi yang berbeza bergantung kepada dimana fibroid tumbuh
Baca lagi : Bagaimana Fibroid Menjejaskan Kesuburan Dan Kehamilan
Baca lagi : Fibroid dan Keguguran
Video: Myomectomy
Fibroid boleh mengubah bentuk rahim semasa mereka tumbuh dan juga boleh mengubah posisi organ pelvis dalaman di sekitarnya .
Wanita yang berusia lebih cenderung mengalami fibroid, terutamanya dari usia 30-an dan 40-an sehingga peringkat menopos.
Kebanyakannya mempunyai gejala ringan atau tiada gejala langsung.
Tetapi fibroid juga boleh menyebabkan senggugut yang teruk, haid yang banyak dan masalah lain.
Sebab terjadi fibroid masih belum diketahui tetapi ia membesar dengan kehadiran hormon estrogen dan progesteron, sebab itulah fibroid membesar semasa hamil dan mengecut selepas menopos.
Walaubagaimanapun, anda tidak perlukan rawatan terhadap fibroid anda jika
1. Anda tidak ada sebarang gejala
Walaupun ramai yang mengalami masalah dengan kehadiran fibroid ada juga yang tiada sebarang gejala. Jika ia tidak menganggu kehidupan anda, anda tidak perlu membuang fibroid anda. Anda cuma perlu pantau tumbesaran fibroid dengan membuat pemeriksaan ultrasound 6 bulan hingga satu tahun sekali.
2. Fibroid Anda Kecil
Fibroid yang kecil mengambil masa bertahun tahun untuk membesar dan sekiranya ia tidak memberikan sebarang gejala, anda tidak perlu buang fibroid tersebut.
3. Anda Sudah hampir Menopos
Fibroid membesar dengan kehadiran hormon estrogen dan apabila anda menopos hormon estrogen menjadi kurang seterusnya boleh mengecutkan fibroid anda secara semulajadi.
Perkara penting untuk anda ketahui
Anda mungkin mahu memilih untuk menjalani pembedahan jika fibroid memberikan kesukaran untuk anda hamil atau jika anda mempunyai gejala lain yang menjejaskan kualiti hidup anda, atau rawatan lain tidak berkesan untuk anda.
Terdapat dua rawatan pembedahan untuk fibroid: membuang fibroid keluar dari rahim (myomectomy) dan membuang rahim (histerektomi).
Rawatan ubat terbaru seperti ESMYA boleh membantu anda sekiranya pembedahan bukan menjadi pilihan anda.
Rawatan lain termasuk MIRENA alat dalam rahim yang boleh mengecutkan saiz fibroid tetapi tak semua pesakit respon dengan ubatan jadi hasil rawatan adalah berbeza pada setiap wanita.
Jika anda ingin hamil dan satu satunya cara adalah dengan membedah keluar fibroid dapat, anda mungkin perlu menjalani pembedahan caesarean sekiranya anda berjaya hamil kerana rahim anda berisiko untuk koyak semasa bersalin.
Hysterectomyatau atau membuang rahim adalah satu-satunya cara yang paling efektif kerana myomectomy tidak dapat memastikan yang fibroid anda tidak akan tumbuh semula.
Assalammualaikum.. Dr, nama sy Erni . Saya mengalami period yg panjng & banyak (berketul2) sy menghadap I nya lebih kurang 4 bulan dan setiap kali dtg period akan mengambil masa 10-17 hari dengan banyak dan berketul2 .. tapi kali ini period buat sy takut dan tertanya2 😣😣 patut tak sy pergi ke klinik 😣😣
mungkin puan ade ade submucosal fibroid atau adenomyosis. jumpa dokor untuk pemeriksaan faraj and ultrasound melaalui faraj
salam, memang patut puan verjumpa dengan doktor, ketulan darah mungkin bermaksud puan ade ketumbuhan dalam rahim seperti fibroid