Endometrial Hyperplasia

Hiperplasia endometrial berlaku apabila endometrium lapisan dinding lapisan rahim tumbuh tanpa kawalan dan menjadi terlalu tebal. Ia bukan kanser tetapi berpotensi menjadi kanser rahim.

Fisiologi Endometrium

Endometrium berubah di sepanjang kitaran haid dari tindak balas hormon yang berubah dari hari kemhari. Pada awal kitaran, perubahan pada endometrium dikawal oleh hormon estrogen yang dirembes dari ovari.

Ia menebal sebagai persediaan untuk menerima kedatangan embrio yang bakal dikeluarkan ditengah bulan. Bila ovulasi terjadi, hormon progesteron dirembes dengan banyak untuk menyuburkan lagi telur yang bakal disenyawakan.

Jika kehamilan tidak berlaku, tahap progesteron akan berkurangan dan lapisan dinding rahim gugur dan kitaran haid baru bermula.

Bagaimana hiperplasia endometrium terjadi?

Hiperplasia endometrium disebabkan dengan tindakan estrogen yang berlebihan. Ia kerap dikaitkan dengan masalah tiada ovulasi.

Ketiadaan hormon progesteron mengalakkan pertumbuhan berterusan pada sel sel endometrium dan ia akan membentuk lapisan yang dipanggil hiperplasia. Lima peratus dari hiperplasia berpotensi untuk menjadi kanser.

Mereka yang berisiko

  • Penggunaan ubat-ubatan berasakan estrogen
  • PCOS
  • Obesiti
  • Berusia melebihi 35 tahun
  • Wanita yang tidak pernah hamil
  • Kencing Manis
  • Perokok

Apakah tanda-tanda dan gejala hiperplasia endometrium?

Tanda paling kerap adalah adalah pendarahan faraj yang tidak normal. Sekiranya anda mempunyai tanda tanda yang berikut, anda perlu berjumpa dengan doktor anda:

  • Pendarahan melebihi 14 hari
  • Kitaran haid yang lebih pendek daripada 21 hari
  • Pendarahan selepas menopos

Bagaimana diagnosa hiperplasia endometrium dibuat?

Ultrasound faraj dilakukan dengan mengukur ketebalan endometrium. Endometrium tebal mungkin menunjukan anda ada hiperplasia.

Biopsy. Satu-satunya cara untuk mengetahui dengan pasti adalah mengambil sampel kecil tisu dari endometrium dan mengkajinya di bawah mikroskop. Ini boleh dilakukan dengan prosedur yang dipanggil D&C atau histeroskopi.

biopsi

Apakah rawatan yang tersedia untuk hiperplasia endometrium?

Untuk kebanyakan kes, hiperplasia endometrium boleh dirawat dengan progestin yang boleh diberikan secara ubat makan, injeksi atau alat dalam rahim MIRENA.

Berapa banyak dan berapa lama anda perlu mengambilnya bergantung pada umur anda dan jenis hiperplasia yang anda ada.

Walaubagaimanapun, sekiranya anda sudah berusia dan mempunyai hiperplasia atipikal iaitu jenis yang lebih serius, anda mungkin akan disarankan untuk menjalani pemebdahan membuang rahim iaitu histerektomi disebabkan risiko kanser yang lebih tinggi.

mirena

8 thoughts on “Endometrial Hyperplasia”

    1. Sekira nya pesakit endometrium hyperplasia with atypia ni..jika dia x nak ambik keputusan untuk buang rahim…apa Yg akn tjadi? Adakh boleh mbawa maut?

    1. Jangkitan yis tu. Beli ubat ni tablet diflucan 150mg sebiji sahaja. Beli kat farmasi, kalau masih keluar keputihan selepas 1 minggu jumpa doktor

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: