Fibroid adalah ketulan tisu yang tumbuh di dinding rahim tetapi ia bukan kanser. Fibroid sangat kerap terjadi dan dianggarkan antara 20 hingga 30 peratus daripada wanita mengalami ketumbuhan fibroid.
Bagi kebanyakan wanita, fibroid tidak menyebabkan sebarang masalah. Segelintir mengalami haid yang banyak, senggugut dan ada juga mengalami masalah sukar hamil. Fibroid juga boleh menyebabkan keguguran berulang.
Menurut satu kajian, lima (5) peratus daripada mereka yang mengalami keguguran dan masalah sukar hamil adalah disebabkan oleh fibroid. Ia berkait rapat dengan lokasi dan saiz fibroid di dalam rahim.
Fibroid submucosa yang terbentuk di dalam rongga boleh menyukarkan implantasi janin dan seterusnya menyebabkan wanita sukar untuk hamil.
Saiz fibroid yang menghimpit ruang rahim mengurangkan aliran darah dan nutrisi ke janin yang sedang membesar. Ini seterusnya boleh menyebabkan keguguran.
Keguguran juga boleh terjadi sekiranya berpunca daripada tumbesaran janin yang terbantut. Ini disebabkan oleh ruang rahim menjadi sempit kerana saiz fibroid berganda dan apabila wanita hamil akibat oleh rangsangan hormon kehamilan.
Bagaimana diagnosa Fibroid dijalankan
Fibroid submucosa dengan senang dapat dikesan dengan pemeriksaan ultrasound vagina terutamanya menggunakan teknik 3D. Doktor juga mungkin akan mencadangkan prosedur Hysteroscopy untuk diagnosa yang lebih tepat.
Rawatan
Myomectomi adalah merupakan cara pembedahan pilihan bagi wanita yang berhasrat untuk hamil. Bagaimana pun Hysteroscopy akan dibuat terlebih dahulu untuk diagnosa yang tepat.
Sekiranya fibroid dijumpai, prosedur yang dinamakan Trans-cervical-Resection of Endometrium (TCRE) akan dibuat untuk membuang fibroid tersebut.
TCRE boleh dijalankan sebagai Pembedahan secara Daycare sahaja. Untuk itu pesakit tidak perlu dimasukkan ke wad dan dibenarkan pulang pada hari yang sama.
Sekiranya anda mengalami masalah sukar hamil dan kerap gugur, jumpa doktor anda hari ini untuk pemeriksaan lanjut.
Assalamualaikum Dr. Saya Ida Berusia 34 Tahun. Sya ingin Bertnya pada Dr. Sblm tu sya ingin memberitahu serba sedikit sejarah kehamilan saya. berkahwin diusia 18 tahun pada tahun 2001.sebulan selepas berkahwin sya disahkan mengandung (perkahwinan pertama ada 3 org anak).
Kini sya berusia 34 tahun dan dah berkahwin utk kali ke 2. hampir 9 bulan usia perkahwinan tapi sya still tak pregnant lagi. Dari segi period sya tiada masaalah setiap bulan akan dtng kitaran haid tetap 25 hari. Pertanyaan sya Dr Apakah sebenarnya masaalah sya.
puan mungkin tiada masalah, tetapi suami puan mungkin. elok jumpa doktor untuk cek air mani. kalau air mani normal, buat ujian ultrasound dan pastikan tiada masalah dalam rahim puan.
Hai Dr. Saya Aishah dan berumur 27 tahun. Saya mengandung 38 minggu. Saya mempunyai masalah dan berharap dr boleh bagi saya pendapat.
Pada 6-7 tahun lepas, saya discover dinding vagina saya mempunyai biji biji kecil sebesar batu yg amat kecil. Di dinding kiri, ada 6 biji di kawasan yg sama, dan di dinding kiri ada 2 biji. Bila saya picit, ianya keras dan tidak sakit. Ada kalanya ia gatal tetapi tidak kerap.
Saya pernah berjumpa dengan doktor swasta, tetapi katanya itu bukan herpes sebab tidak luka dan melepuh. Mungkin infection kerana shaver and hygiene. Dia memberikan saya ubat cream tetapi tidak hilang.
Adakah saya selamat untuk bersalin dan memberi risiko kepada bayi saya?
Saya berharap dr boleh respon pertanyaan saya. Terima kasih dr.
puan boleh hantar gambar utk saya tengok. email saya drju99@gmail.com