Kaedah Merancang Keluarga Yang Selamat Semasa Menyusu Badan

susu-ibu

Terdapat beberapa kaedah yang boleh anda amalkan dengan selamat semasa menyusu badan.

Terdapat dua jenis pil kawalan kelahiran iaitu;

1. Pil perancang kombinasi yang mengandungi hormon estrogen dan progestin, dan

2. Pil perancang mini pil dimana ia cuma mengandungi progestin

Pil perancang kombinasi cuma elok dipakai selepas 6 bulan bersalin kerana ia boleh mengurangkan jumlah susu kalau digunakan sebelum 6 bulan.

Jadi yang disarankan ialah pil perancang mini pil kerana ia tidak akan mengganggu jumlah aliran susu dan sangat sesuai untuk mereka yang menyusu badan dan boleh bermula pada bila bila masa selepas bersalin.

Pemakaian pil memerlukan disiplin yang tinggi dan perlu dimakan pada masa yang tepat untuk memastikan tahap pencegahan kehamilan yang tinggi yang hampir 100 % jika diambil sebagaimana yang disarankan.

Jika anda tiada disiplin, anda mungkin ingin mempertimbangkan IUD (alat dalam rahim) alat pencegah hamil. Ia selalunya dibuat 6 minggu selepas bersalin.

Anda tidak perlu ingat seperti mana pil perancang yang perlu diambil setiap hari atau memakai kondom sebelum seks.

Terdapat  2 jenis IUD:

1. Jenis mengandungi tembaga, dan

2. Jenis mengandungi hormon progestin ( MIRENA)

Kedua-dua tidak menjejaskan jumlah aliran susu anda dan selamat untuk digunakan semasa menyusu badan.

Anda mungkin ingin menunggu sehingga pemeriksaan post-natal iaitu 6 minggu selepas bersalin sebelum mengambil keputusan menggunakan alat IUD. Cara memasukkan agak mudah dan cuma dibuat semasa pesakit luar iaitu di klinik doktor.

Implan dan Suntikan

Kaedah ini berasaskan hormon dan tidak perlu dimakan setiap hari serta tidak akan mengurangkan bekalan susu anda.

Implan boleh menghalang kehamilan selama 3 tahun dan ditanam pada lengan anda dengan mudah, serta boleh dibuat pada bila-bila masa selepas bersalin.

Ia senang dilakukan dan sangat efektif serta selamat untuk mereka yang menyusu badan.

Suntikan Depo

Doktor anda boleh memberikan anda injeksi hormon Depo ini setiap 3 bulan. Ia sangat efektif dan selamat semasa menyusu tetapi mungkin tidak sesuai untuk semua orang dan mempunyai kesan sampingan yang banyak. Suntikan boleh diberikan pada bila-bila masa selepas bersalin.K

Kaedah barrier

Alat ini yang tidak mempunyai hormon dan cuma dipakai pada saat anda ingin melakukan hubungan seks.

Kondom

Ia mudah digunakan dan boleh mencegah kehamilan jika anda menggunakannya dengan cara yang betul setiap masa. Walaupun keberkesanan tidak seperti mana kaedah lain di atas, jika anda gabungkan dengan spermisida (buih atau krim yang membunuh sperma), anda akan mengurangkan peluang kehamilan anda dengan lebih berkesan.

Kaedah barrier lain seperti cervical cap dan diaphram juga boleh digunakan tetapi ia tidak begitu popular di Malaysia.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: