Alat Perancang Keluarga Mirena

mirenaMirena adalah alat kontrasepsi berhormon (IUD) yang dimasukkan di dalam rahim untuk mencegah hamil dan bertindak dalam jangka masa yang lama.Mirena berbentuk huruf T dan merembeskan hormon progestin dalam dos yang kecil tetapi berterusan.

Mirena memekatkan lendir serviks untuk menghalang sperma daripada sampai salur fallopian seterusnya menghalang persenyawaan dengan telur.

Mirena juga bertindak menipiskan lapisan rahim dan menghalang implantasi dari berlaku. Mirena menghalang kehamilan dari berlaku sehingga lima tahun selepas dimasukkan.

Mirena menawarkan cara merancang keluarga yang berkesan dalam jangka panjang yang panjang. Mirena juga sesuai digunakan untuk mereka yang mengalami haid yang banyak dan tidak lagi berhasrat untuk melahirkan anak. Mirena juga kerap disarankan kepada mereka yang mengalami kesan sampingan dengan IUD biasa seperti Multiload.

Kelebihan dan Manfaat Mirena termasuk

  • Tidak perlu ingat dan berdisiplin sepertimana pil perancang.
  • Tidak memerlukan penglibatan dari suami seperti mana kondom.
  • Kekal di dalam rahim sehingga lima tahun
  • Boleh dikeluarkan pada bila-bila masa sebelum 5 tahun dan kesuburan pulih serta merta
  • Mengurangkan pendarahan dan aliran haid
  • Mengurangkan senggugut
  • Mengurangkan risiko penyakit jangkitan pelvis yang disebabkan oleh jangkitan kelamin kerana mukus tebal menghalang jangkitan bakteria.
  • Mengurangkan risiko kanser endometrium dan mungkin juga kanser serviks
  • Sesuai digunakan semasa menyusukan bayi
  • Tidak membawa risiko kesan sampingan yang berkaitan dengan kaedah perancang  keluarga yang mengandungi estrogen

Siapa yang tidak sesuai memakai Mirena

Walaupun penggunaan Mirena sangat berkesan dan selamat, tidak semua wanita sesuai memakai Mirena. Doktor anda mungkin tidak menggalakkan penggunaan Mirena jika anda:

  • Mempunyai sejarah kanser payudara
  • Mempunyai barah rahim atau serviks
  • Mempunyai penyakit hati
  • Mempunyai masalah ketumbuhan pada rahim seperti fibroid
  • Mempunyai jangkitan pelvis aktif atau mempunyai sejarah penyakit keradangan pelvis
  • Mempunyai pendarahan faraj yang belum diketahui sebabnya.
  • Alergi kepada mana-mana komponen Mirena seperti hormon progestin.
Sebelum pemakaian, pastikan anda memberitahu doktor jika anda:
  • Mengambil apa-apa ubat-ubatan seperti ubat tradisional atau produk herba
  • Mempunyai diabetes atau tekanan darah tinggi
  • Mempunyai masalah jantung atau pernah mempunyai serangan jantung
  • Mempunyai migrain yang teruk
  • Mempunyai masalah pembekuan darah atau telah pernah mengalami strok

Kelemahan Mirena

  • Wanita berisiko untuk mengalami kehamilan ektopik sekiranya hamil semasa menggunakan Mirena.
  • Mirena tidak menawarkan perlindungan daripada jangkitan kelamin (STI).

Kesan sampingan Mirena

Kesan-kesan sampingan yang dikaitkan dengan Mirena termasuk:

  • Sakit kepala
  • Tumbuh Jerawat
  • Haid menjadi tidak teratur
  • Ketiadaan haid terutamanya selepas satu tahun penggunaan
  • Perubahan Emosi
  • Naik berat badan
  • Kekejangan atau sakit pelvis

Risiko Mirena Terkeluar Sendiri ( Expulsion)

Ada 4% risiko yang Mirena terkeluar sendiri dan wanita lebih cenderung mengalami risiko ini termasuk:

  • Mempunyai sejarah haid yang banyak dan berpanjangan
  • Mempunyai senggugut teruk sebelum pemakaian
  • Mirena dimasukkan sebaik selepas melahirkan atau keguguran
  • Mirena dimasukkan sebaik selepas melahirkan anak atau keguguran

Anda dinasihatkan membuka Mirena sekiranya terjadi:

  • Jangkitan pelvis selepas kemasukan
  • Endometritis- Jangkitan kuman pada lapisan rahim
  • Mengalami endometrium atau kanser serviks
  • Peningkatan yang ketara dalam tekanan darah

Bagaimana Mirena di Masukkan

Mirena biasanya dimasukkan di klinik doktor. Doktor akan memasukkan spekulum ke dalam faraj anda dan membersihkan faraj dan serviks anda dengan ubat antiseptik. Kemudian, dengan menggunakan alat doktor perlahan-lahan untuk mengukur kedalaman rongga rahim anda.

Seterusnya, dengan menggunakan aplikator khas, Mirena diletakkan dengan berhati hari dalam rahim anda. Apabila tiub aplikator dikeluarkan, Mirena akan kekal di dalam rahim anda. Doktor anda akan memotong tali Mirena supaya ia tidak terlalu panjang.

Semasa kemasukan Mirena, anda mungkin mengalami kekejangan perut, pening dan rasa loya. Dalam kes yang sangat jarang, Mirena menembusi dinding rahim dan terkeluar ke dalam pelvis. Sekiranya ini terjadi, pembedahan untuk membuang Mirena akan dilakukan.

Selepas prosedur

Sebulan sekali, cuba rasa tali Mirena samada ia lebih panjang dari biasa. Selepas satu bulan, doktor biasa akan memeriksa anda semula untuk memastikan Mirena tidak bergerak dari rahim dan memeriksa samada terdapat tanda-tanda jangkitan kuman.

Hubungi doktor anda dengan segera jika anda:

  • Anda rasa anda hamil selepas pemasangan.
  • Berlaku pendarahan faraj yang berterusan
  • Mempunyai sakit perut atau sakit semasa seks
  • Mempunyai demam yang berterusan dan tidak tahu punca
  • Mengalami keputihan yang berbau busuk
  • Mengalami sakit kepala yang teruk atau migrain
  • Mempunyai kekuningan kulit atau mata
  • Terkena jangkitan kuman kelamin
  • Anda tidak lagi merasa tali Mirena
  • Terasa ada benda keras dalam faraj anda

Pengeluaran Mirena

Mirena boleh kekal di dalam rahim sehingga lima tahun. Untuk mengeluarkan Mirena, doktor anda mungkin akan menggunakan alat forsep dengan menarik keluar tali Mirena. Ia cuma memakan masa kurang dari 5 minit.

Sedikit pendarahan dan kekejangan adalah perkara biasa semasa pengeluaran. Jarang-jarang Mirena sukar untuk dikeluarkan disebabkan tali sudah putus atau tidak lagi dijumpai, jadi prosedur kecil menggunakan Hysteroscopy mungkin perlu dibuat

Keberkesanan Mirena

Mirena sangat berkesan dengan kadar kehamilan cuma 1 dalam 1000.

18 thoughts on “Alat Perancang Keluarga Mirena”

  1. Assalamualaikum Dr ,

    Sy salah seorang yang mengunakan IUD mirena untuk mengantikan provera yg sy telah ambil hampir setahun atas nasihat dr untuk endometriosis dan dinding rahim yg tebal… Setelah seminggu IUD mirena dimasukkan saya period dan sy dapati tali mirena jd lebih panjang dr sebelumnya. Apa yg perlu sy lakukan adakah sy perlu merujuk Dr pakar? Saya risau sekiranya IUD Morena tersebut terjatuh sebab sebelum ambil provera sy memang mengalami period yg sgt heavy

    1. kena suspect mirena mungkin beralih. jumpa doktor untuk buat ultrsound.kalau masih didalam rahim, boleh continue pakai

  2. Assalammualaikum Dr .

    Bagaimana cara mengambil pil minipil 20 ? Adakah pil tersebut boleh diambil semasa hari period yang ke-3 seperti yang disarankan oleh doktor . Selepas tamatnya period . Saya bersetubuh bersama suami saya tanpa menggunakan sebarang peralatan untuk mencegah kehamilan seperti kondom tetapi saya tetap mengambil pil tersebut setiap hari . Adakah saya akan hamil

  3. Hi doc….setelah 2 minggu pemasangan iud, saya mengalami sakit perut dan seterusnya perut menjadi kram..kemudian bahagian ari2 seperti da benda menyucuk..untuk mengelak sakit saya mkn panadol trus tiada berasa sakit lagi…ada kah itu normal setelah pemasangan nya atau segera berjumpa doctor?

  4. As salam Doc.sya mengalami period yg berpjgan adakah ia sesuai utk sye pakai.Adakah berat badan akan naik.

  5. Assalamualaikum Doctor, saya memasang IUD kedua pada bulan 6 tahun lalu untuk 3 thn. (IUD pertama berjaya selama 3 tahun). Pada 9.01.18, IUD saya terkeluar dengan sendirinya. Haid pertama saya pada bulan Dec ialah 15.12.2017. Sekarang saya lewat sehari period. Adakah potensi kehamilan?

    1. memang ada potensi, elok jumpa doktor utk pastikan puan tidak hamil dan cari cara lain seperti implanon untuk merancang keluarga

  6. Doc, saya baru memakai iud medina dalam seminggu. Saya mengalami demam yang teruk dan pening kepala yang amat sakit dan berterusan. Saya mengambil panadol untuk demam dan pening kepala. Soalan saya, sampai bila kesan pening kepala akan saya hidapi? Angin dalam badan juga banyak. Adakah pening kepala kerana angin? Adakah saya perlu berpantang dan menjaga pemakanan berangin n sejuk?

  7. assalam dr..saya mengalami pendarahan yng sgt banyak ,kadang2 spt ketulan daging diikuti darah yang banyak..selepas beberapa bulan dirawat dgn pil minulet pendarhan masih berlaku. dr pakar cadangkan uterus saya dibuang krn minulet tidak mampu menghentikan darah lagi. tetapi beliau cadangkan mencuba satu lagi kaedah iaitu mirena.apakah kebaian dan keburukan atau kesan jika uterus wanita dibuang. saya bimbang dengan kesan memakai mirena dan kesan jjika uterus dibuang..tq dr.

    1. sekiranya puan pakai mirena, mirena boleh dibuang dengan mudah kalau ada kesan sampingan, tapi kalau puan buang rahim, tidak ada apa lagi yang boleh puan buat kalau buang rahim ada kesan sampingan.

  8. Salam dr,saya dh menjalani rawatan dgn O&G selama hampir 2thn dgn masalah atipikal endometrium hyperlasia,dan 2 kali juga tlh hitereskopi dan kedua2 sampel normal.saya berumur 42thn dan mempunyai 3org anak.apakah rawatan terbaik saya,
    1.pakai iucd mirena
    2.buang rahim
    Tolong bg pendapat dr saya sgt keliru,sbb ada dr yg srh buang rahim,dan ada dr srh pakai mirena.

    1. kalau dah normal. elok terus dengan mirena. pakai sampai menopos. tapi kena pantau la puan – munkin setiap 6 bulanbuat vaginal US

      1. Alhamdulillah..tima kasih Dr sudi jwb soalan saya.saya sgt2 hargai pendapat Dr.Pendapat Dr menguatkan lg keputusan saya utk pakai mirena.Tima kasih sekali lg Dr.

        Pada Kha, 11 Ogo 2022, 9:23 AM Dr R Juhaidah Blog < comment-reply@wordpress.com> menulis:

        drju commented: “elok pakai mirena sampai menopos sekiranya ia sudah > normal. ” >

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: