Implanon NXT sebagai Kaedah Perancang Keluarga

imagesApa itu Implanon NXT?

Implanon adalah sejenis implan pencegah kehamilan berhormon yang dimasukkan pada bawah kulit pada lengan anda. Ia berbentuk seperti rod nipis berukuran 40 mm panjang dan setebal 2 mm lebih kurang panjang stik mancis. Ia diperbuat dari plastik yang fleksibel yang mengandungi hormon progestin, berkesan untuk memberikan perlindungan maksima terhadap kehamilan selama 3 tahun.

Prosedur memasukkan implanon cuma memerlukan anestetik setempat dan hanya mengambil masa beberapa minit. Implanon juga boleh dikeluarkan bila-bila masa sebelum 3 tahun.

Bagaimana Ia bertindak dalam menghalang kehamilan?

Implanon merembeskan hormon progestin dalam dos rendah secara berterusan dan cukup berkesan dalam menghalang ovulasi dari berlaku. Ia juga menyebabkan mukus serviks menjadi tebal dan menyukarkan sperma untuk memasuki rahim. Ia juga mengubah ketebalan lapisan rahim ( endometrium) menyebabkan ia tidak sesuai untuk kehamilan.

Kesannya maksima dicapai selama 3 tahun dan selepas 3 tahun, rembesan hormon masih berjalan tetapi ia tidak cukup kuat untuk menghalang kehamilan dari berlaku.

Kelebihan Implanon

  • Ia adalah selamat dan sangat berkesan hampir 100% dalam menghalang kehamilan
  • Memberikan pencegahan kehamilan yang berterusan selama 3 tahun dan boleh dikeluarkan bila-bila masa dalam tempoh 3 tahun
  • Satu pilihan alternatif yang baik untuk wanita yang tidak boleh menggunakan berasaskan estrogen.
  • Selepas dikeluarkan, keupayaan wanita untuk hamil semula dengan cepat, sesetengah wanita telah dilaporkan hamil dalam masa beberapa hari selepas penyingkiran Implan kontraseptif.
  • Ia membolehkan kawalan kelahiran berterusan, berpanjangan tanpa perlu mengikat salur tiub fallopia anda.
  • Ia mudah dimasukan dan sebaik dimasukkan, anda tidak perlu berbuat apa-apa lagi.
  • Ia boleh digunakan semasa menyusu badan.
  • Mengurangkan sakit haid dan aliran haid anda.
  • Implanon boleh memperbaiki kehidupan seks wanita kerana anda tidak perlu berhati hati atau risau tentang risiko kehamilan kerana ia sangat efektif.
  • Tidak perlu kaedah kawalan kelahiran yang lain seperti kondom.Mempunyai tahap hormon yang rendah dalam darah jadi ia selamat dipakai walau bertahun tahun.

Kelemahan Implanon atau Kesan sampingan

Pendarahan haid yang tidak teratur– Merupakan kesan sampingan yang paling kerap terjadi. Bagi kebanyakan wanita, tempoh haid menjadi kurang dan lebih ringan atau mungkin berhenti sama sekali. Cuma sejumlah kecil wanita melapurkan tempoh aliran yang lebih lama dan banyak dari biasa. Kajian menunjukkan, kira-kira 1 daripada 10 wanita berhenti menggunakan Implanon kerana perubahan dalam aliran haid. Secara kasar 30% dari wanita tidak mengalami haid langsung manakala 30% lagi mengalami haid seperti biasa.

Ia memerlukan “minor surgery” untuk pemasangan dan pembuangan.

Hematoma– Sakit pada tempat suntikan disebabkan berlaku hematoma (darah beku bawah kulit), kemerahan dan bengkak berlaku dalam kadar 5%.

Segelintir  wanita mengalami perubahan mood, kenaikan berat badan, sakit kepala, jerawat, sakit payudara dan kemurungan.

Alahan kepada ubat bius setempat. Sangat jarang terjadi.

Tidak menghalang jangkitan kuman kelamin tidak seperti mana kondom.

4v30n06-90062276fig17Komplikasi Implanon

Masalah serius dikaitkan dengan Implanon jarang berlaku, tapi penting bagi anda untuk melaporkan sebarang komplikasi kepada doktor anda dengan segera.

  • Kehilangan Implanon–  Kehilangan Implanon jarang terjadi tetapi ia kerap dikaitkan dengan implanon yang terjatuh dari jarum tanpa disedari sebelum jarum dimasukkan pada lengan. Jadi adalah menjadi kebiasaan kepada doktor dan anda sendiri untuk merasa kehadiran implanon bawah kulit sebaik sahaja dimasukkan.
  • Kesukaran untuk membuang implanon: Ia menjadi sukar sekiranya implanon tidak dapat dikesan atau hilang dari tempat yang sepatutnya di tanam.
  • Kehamilan di luar rahim. Walaupun Implanon mempunyai kadar kegagalan yang sangat rendah, sekiranya anda hamil, kehamilan anda mungkin di luar rahim.
  • Interaksi dengan Ubat tertentu: Sesetengah ubat yang dimakan mungkin mengurangkan keberkesanan implanon, jadi beritahu doktor anda sekiranya anda mengambil sebarang ubat ubatan atau merancang untuk memakan ubat ubat tertentu semasa menggunakan implanon.

Siapa yang sesuai mengunakan implanon?

Implanon selamat untuk kebanyakan wanita sihat tetapi amat penting untuk anda membincangkan tentang sejarah perubatan anda sebelum bercadang untuk menggunakannya sebagai kaedah perancang keluarga. Penggunaan Implanon tidak disarankan jika anda:

  • Hamil atau anda mungkin hamil
  • Mempunyai sejarah kanser payudara
  • Mempunyai pendarahan faraj yang tidak tahu sebabnya
  • Mempunyai Penyakit hati (hepatitis)
  • Mempunyai masalah kemurungan yang teruk
  • Mengalami penyakit darah beku yang serius seperti: darah beku di kaki anda (DVT) , embolisma paru-paru (Pulmonary Embolism), mata (retina thrombosis), Sakit Jantung atau strok.

Selain dari itu, berbincang dengan doktor anda samada anda sesuai untuk memasang Implanon jika anda mengalami penyakit kencing manis, kolesterol tinggi, kerap sakit kepala, sawan / epilepsi, batu pundi hempedu, penyakit buah pinggang, tekanan darah tinggi.

Bagaimana kalau saya berminat untuk menggunakannya?

Selalunya doktor akan menerangkan tentang pros and cons implanon dan kesan sampingan yang mungkin anda hadapi. Sekiranya anda mengalami sebarang masalah kesihatan atau sedang mengambil ubat dalam jangka masa yang panjang beritahu doktor anda kerana implanon mungkin tidak sesuai untuk anda.

Pemasangan Implanon dibuat secara prosedur pesakit luar dan selalunya dibuat pada hari haid anda. Ia memakan masa kurang dari 5 minit. Pembuangan juga ringkas yang memerlukan bius setempat dan tidak menyakitkan.

Keberkesanan

Implanon adalah 99.9% berkesan menghalang kehamilan untuk selama 3 tahun pemakaian. 

 

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

w

Connecting to %s