Cardiotocography atau CTG adalah ujian yang kerap dilakukan terutama pada lewat trimester ke 3 dan pada saat bersalin.
Ia dilakukan untuk mengesan samada jantung bayi anda berdegup pada kadar normal.
Biasanya, kadar denyut jantung bayi adalah di antara 110 dan 160 denyutan seminit dan meningkat apabila bayi bergerak. CTG juga akan melihat bagaimana kadar denyut bayi anda terjejas oleh kontraksi anda.
Terdapat beberapa sebab mengapa CTG dibuat semasa hamil, diantaranya
- Bayi anda kurang bergerak
- Air ketuban rendah
- Jika anda mengalami kencing manis atau darah tinggi yang tidak terkawal.
- Ia juga dilakukan sekiranya anda mengalami kontraksi dengan kerap walaupun belum sampi bulan. Ia untuk memastikan anda tidak berisiko untuk melahir secara pra-matang.
CTG mempunyai 2 monitor yang akan dilekatkan pada perut anda dan bersambung pada mesin yang mengukur kadar jantung dan juga boleh mengesan sebarang kontraksi pada rahim anda. Anda selalunya berbaring pada katil dan ia selalunya berlangsung selama 30-40 min.
Hanya terdapat 2 keptutusan dari CTG ini iaitu samada ia ‘reaktif’ atau ‘tidak reaktif’. Hasil reaktif selalunya menandakan bayi anda dalam keadaan yang memuaskan.
Hasil bukan reaktif tidak semestinya menunjukkan bayi ada masalah. Bayi anda mungkin telah tidur sebentar sementara ujian sedang dilakukan. Sekiranya keputusan ‘tidak reaktif’, doktor anda mungkin meminta anda kembali untuk ujian lain selepas satu jam.
CTG juga kadang-kadang dilakukan semasa bersalin apabila bayi memerlukan pemantauan yang berterusan. Ia selalunya dilakukan pada kandungan berisiko seperti kencing manis atau darah tinggi atau jika anda mempunyai aliran Syntocinon.
Ia untuk mempastikan bayi anda dalam keadaan memuaskan sepanjang proses bersalin.
Keputusan CTG yang tidak normal mungkin menunjukkan bayi anda lemas dan doktor mungkin menyarankan pembedahan cesarean untuk menyelamatkan bayi anda.
Salam dr. Sy wawa. Saya nak tnya. Saya priod 6/7 and 13/7 sy dah hbis period. Tapi pd 23/7 mlm sy dapati darah keluar semula bersama lendir. And esknya tiada darah, just coklat2 n lendir. Hari semalam tnghri, sy dapafi darah keluar balek and sy mula sakit perut mcm cramp. Sblom ni hnya pakai pantiliner, tapi pagi ni sy pakai pad sbb x selesa. So, adakah ni period or symptom lain???
elok jumpa doktor untuk ultrasound ia mungkin masalah serius.