Episiotomi selalunya akan sembuh selepas 10 hari dan jahitan sepatutnya sembuh sepenuhnya dalam masa 4 minggu.
Jika luka episotomi anda dalam ia mungkin mengambil lebih lama. Anda mungkin perasan terdapat benang pada seluar dalam anda, jangan risau kerana ia sesuatu yang biasa.
Episotomi di jahit dengan benang yang akan hancur dengan sendiri selepas beberapa minggu jadi anda tidak perlu tertanya tanya bila anda perlu membuka benang tersebut.
Pastikan luka episiotomi sentiasa bersih dengan membasuh dengan air dengan kerap dan pastikan juga ia kering sepanjang masa untuk memastikan luka anda sembuh dengan cepat.
Sekiranya luka menjadi lebih sakit dan terdapat bau busuk dari faraj, elok jumpa doktor untuk pastikan tiada jangkitan kuman pada episiotomi anda.
Anda selalunya anda diberikan temu-janji oleh doktor selepas 1 minggu bersalin supaya luka episiotomi anda boleh diperiksa dan memastikan ia boleh sembuh dengan sempurna.